CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4143|Reply: 2

Gaming X Trio RTX 3060Ti Tawar Prestasi Mengagumkan

  [Copy link]
Post time 14-1-2021 10:53 AM | Show all posts |Read mode


Harian Metro

Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Pengguna desktop kelas permainan hari ini dilihat sangat prihatin terhadap kadar suhu perkakas mereka terutamanya membabitkan kad grafik yang digunakan ketika permainan.

Walaupun terdapat pelbagai jenama kad grafik di pasaran hari ini, namun MSI menerusi barisan produk Gaming X Trio untuk kad RTX 3060Ti adalah terbaik daripada aspek suhu sehingga kepada prestasinya.

Untuk kapasiti penuh, kad MSI Gaming X Trio RTX 3060Ti merekodkan bacaan suhu sekitar 55 darjah Celsius saja.

Secara teorinya, perkakas yang merekodkan bacaan suhu lebih rendah mempunyai jangka hayat lebih panjang di samping kejuruteraan yang terbaik untuk sesuatu perkakas itu.

Keputusan penunjuk suhu juga memperlihatkan sistem tiga kipas dengan teknologi Torx Fan 4.0 bersama Tri Frozr 2 merekodkan bacaan suhu tanpa kapasiti pada 27 hingga 32 darjah bagi suhu bilik manakala untuk kapasiti penuh merekodkan 55 darjah saja.

Ia adalah suhu paling rendah direkodkan jika dibandingkan dengan kad variasi sama jenama lain.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat spesifikasi lanjut menerusi pautan https://www.msi.com/Graphics-Car ... 0-Ti-GAMING-X-TRIO.

Kesan bunyi kipas juga tidak begitu kedengaran walaupun ketika resolusi diletak pada tahap tertinggi dan ia adalah kad grafik yang baik untuk resolusi 1080p serta 1440p.

Ujian penilai prestasi pula turut merekod situasi sama apabila kad jenis berkenaan adalah 'Raja' untuk kelas RTX 3060Ti jika dibandingkan dengan semua kad lain.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2021 05:03 PM | Show all posts
Masalahnya stock takda, ada pn kena beli bundle
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 09:16 AM | Show all posts
dah mula banyak jual tanpa bundle di lazada/shopee. tak semestinya dari MSI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.212231 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list