CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2707|Reply: 6

Kim Hyun Joong Rasa Diri Hina - Harian Metro

[Copy link]
Post time 7-1-2021 09:56 AM | Show all posts |Read mode


Georgie Joseph
[email protected]

ANNYEONGHASEYO! Sejak berita kontroversi berhubung kes keganasan terhadap bekas kekasihnya beberapa tahun lalu, pelakon Kim Hyun Joong lebih banyak mendiamkan diri. Kerjaya seninya juga semakin perlahan dalam tempoh tiga tahun sebelum ini.

Tampil menjadi tetamu jemputan program KBS, Ask Us Anything Fortune Teller baru-baru ini, dia berkongsi mengenai keberadaan serta situasi dialaminya. Yang pasti, dia berdepan masalah keyakinan diri sehingga tahap merasakan dirinya hina di mata orang.

Itulah yang dia dedahkan dalam program itu di mana setiap hari dia bertanya kepada diri sendiri bagaimana harus menggembirakan hatinya. Apatah lagi setiap kali memikirkan pandangan orang terhadap dirinya sekarang.

"Saban hari, saya sentiasa risau bagaimana orang memandang diri saya. Asalnya, saya memang periang, namun sekarang semakin rasa diri seperti sangat kerdil. Bagaimana saya harus buang rasa itu dan hidup lebih ceria?

"Saya cuma selesa depan keluarga tapi terus hilang semangat setiap kali berjumpa dengan orang baharu. Saya rasa seperti orang akan menghukum saya. Saya juga tidak berani menghubungi rakan selebriti lain.

"Saya rasa kewujudan saya itu sendiri seperti sangat menyusahkan. Dalam fikiran saya adalah tiada satu kepentingan pun buat mereka cuba untuk mendekati saya semula," katanya kepada hos program itu, Seo Jang Hoon.

Dalam perbualan mereka, hos terbabit turut berbicara mengenai banyak perkara yang menimpa Hyun Joong termasuk kes saman terhadapnya pada 2014. Kes saman itu mengejutkan industri hiburan Korea Selatan selepas dia didapati memukul bekas kekasih.

Bagaimanapun, dia tidak berselindung atau cuba mengelak pun selepas diajukan soalan terbabit.

Menurutnya, tiada satu hari pun hatinya tenang akibat dihantui detik hitam dalam hidupnya itu.

"Ia berlaku sewaktu saya berusia 29 tahun, lima tahun yang lalu. Semestinya, saya tidak boleh katakan bahawa diri saya tidak bersalah. Saya masih terbayangkan perkara itu setiap hari," katanya.

Walaupun kes terbabit sudah selesai pada November lalu, Hyun Joong belum memutuskan kembali untuk aktif dalam penggambaran drama. Drama terakhir lakonannya adalah menerusi When Time Stopped pada 2018.

Namun, bukan semua tawaran yang hadir padanya ditolak mentah-mentah. Baru-baru ini, dia mengakui sangat tertarik dengan sebuah filem indie yang hampir ditolak juga disebabkan konflik dalaman dialaminya.

"Sebenarnya, saya masih terus bekerja tapi tidak mahu terlalu terbuka mengenainya. Ia menyebabkan ramai menyangka saya tidak melakukan apa-apa. Baru-baru ini, pengurus saya memberikan skrip filem indie berjudul Indian Pink.

"Awalnya, saya menolak. Namun pengarahnya memberitahu watak itu sangat kena dengan saya dan kemudian bersetuju. Emosi saya tiba-tiba tersentuh sewaktu berada depan kamera. Saya terfikir, ini adalah perkara yang saya bagus lakukan, apa saya buat selama ini?" katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2021 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Once ... was my fav singer and actor...
aku ada both solo album dia ....

lagu kiss kiss tu comel jerrr

tapi mmg kesian la dia ni
tak sangka orang buat dia sampai cam tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 11:12 AM | Show all posts
samada pendukung atau penjaham lelaki adalah perempuan...

salah pilih habis..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni yg berlakon dlm drama boys over flower tu ke??nampak lain skrg waktu bof tu handsome,ke aq salah org???
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Knet pun something jugak.. Padahal org tu da terbukti x bersalah dorang still x blh accept
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 12:39 PM | Show all posts
aku teringat la dulu KHJ masa masih join ss501 tu. die join program we got married. wife die dalam show tu lagi tua dari die. masa tu diorang ni tengah main lumba lari ke, si KHJ ni gi tarik wife die sampai jatuh.  terluka hokkay, tapi KHJ mintak maap pun tak. terkejut aku

KHJ kasi alasan die ni competitive jenis suka menang.  pastu aku dah rasa macam KHJ ni handsome je tapi die bkn gentleman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2021 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 10-1-2021 12:39 PM
aku teringat la dulu KHJ masa masih join ss501 tu. die join program we got married. wife die dalam s ...

Masa dgn hwang bo dia x perasan yg hwangbo tu luka .. ..hanya vila hwangbo ckp husband yg buat ... Tapi dia x pasti hwangbo ckp betul atau menipu ... Sbb hwangbo kan suka main2... Infact lepas2 tu dia jaga je hati buin dia .. ntah laaa ..

Aku tgk dia macam hadek2 kdg2 tu ..

Tapi sejak follow vlog dia .. mmg nampak la dia cuba bangkit dr masa silam dia .. .buat vlog tu mmg bukan diri dia .. tapi pandai jugak dia buat content yg dia tau fan dia suka .. bukan dia yg suka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.050302 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list