CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23293|Reply: 179

Lakonan Janna Nick Dalam ‘Misteri Mona’, “You Berlakon Memang Hebat”

  [Copy link]
Post time 29-12-2020 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
AMARAN lembut: spoiler untuk yang belum tonton.

"Kesimpulannya, kalau kau ada anak perempuan, takyahlah kahwin lagi. Macam-macam jadinya lepas kau kahwin."

Ha, teruk dan tidak adil betul kata-kata Mak Su malam tadi. Selepas tamat cerita Misteri Mona.

Tapi, pandangan ini hanya ditujukan kepada pelakon dalam cerita ini sahaja ya.

Rumah arwah suami dijual oleh suami baharu, tapi duit nak makan pun tak ada. Semua 'abah' yang sebat.

Elok-elok duduk kampung, rumah selesa, dah pindah bandar menyewa setinggan.

Sudah habis duit jual rumah, isterinya pula dijual. Umpannya dengan beli sate untuk anak-anak makan.

Ibu tidak memeriksa latar belakang suami baharu, yang rupa-rupanya penagih dadah. Tapi, sentiasa berharap suaminya akan berubah. Berharap sehingga punah maruah.

Lagi untung kalau dapat jual 2 orang anak tiri sunti. Tapi keduanya terselamat sekejap dari abah, apabila ibu mereka dilafazkan talak.

Keluar dari mulut abah, masuk ke mulut papa. Kali ini ibu berkahwin dengan majikannya yang kaya, dan nampak berhemah.

Rupa-rupanya, papa lelaki gila seks yang berselindung di sebalik baik bicara. Pernah merogol anak kandung sendiri, sekadar anak tiri apalah nak kira.

Kakak menjadi mangsa papa. Benci sungguh dia kepada ibu yang baginya punca segala.

"Asyik nak kahwin je!" Rungut Mona.

Kebencian kakak kepada ibu, diserap masuk oleh adik di bawah sedarnya.

Walaupun kakak terkorban di tangan abah, kakak tetap hidup dalam minda adik. Seksa fizikal dan mental kakak, menjadi deraan yang serius terhadap mental adiknya, Anom.

Fahmi Nadeem, anak kandung papa yang kacau jiwa dengan kekejaman papa, bersatu dengan Anom.

Penyatuan kedua-dua jiwa kacau ini, meletup apabila mereka berhenti mendapatkan rawatan profesional.

Fahmi Nadeem  yang perasan dia seorang psikiatrist, cuba merawat Anom dengan bantuan google. Ubat yang tidak lulus KKM disuakan ke otak Anom.

Dia mahu Anom lupa tentang Mona. Dia mahu Anom lupa tangannya pernah menikam ibu kandung sendiri. Dia tidak mahu Anom ingat, bayi mereka terbunuh angkara tangan Anom yang berotakkan Mona. Bahkan, dia mahu isterinya lupa yang dia pernah melahirkan anak.

Makan sahaja ubat, terus terlena. Dia bagaikan mayat hidup. Sukar mengingat apa-apa.

(Wah! Untunglah Janna Nick. Bangun tidur tak payah mekap pun boleh terus berlakon. Tidur bangun tidur bangun, kebanyakan wataknya.

Bayangkan kalau dia terlewat bangun untuk ke lokasi penggambaran. Selamba je pakai baju tidur boleh terus mulakan kerja).

Fahmi Nadeem  pula langsung tidak makan ubat. Setiap hari dia pergi bekerja sebagai seorang doktor mental. Kliniknya hanya di bilik bawah tanah rumah mereka.

Dengan harta peninggalan papa, dia mampu menggajikan Farah untuk menjaga isterinya yang sakit.

Penonton menyangka teruk benar sakit mental Anom. Rupa-rupanya, Nadeem lagi sakit. Dia ada kepercayaan palsu yang dia berurusan dengan pesakit mental, juga kakitangan lain di bawah bilik bawah tanahnya.

Walau apapun, setiap yang berlaku dalam hidup adalah ujian dari Allah. Tidak boleh kita salahkan perempuan kerana berkahwin lagi selepas kematian suami. Dia ada hak untuk hidup bahagia. Tiada siapa yang ingin berkahwin untuk terseksa. Apatah lagi untuk memperjudikan nasib anak-anak.

Jangan mudah menghakimi pesakit mental. Kita tidak tahu apa yang mereka pernah lalui.

Tahniah buat pengarah, Amor Rizan. Tahniah TV3 yang berani lari daripada kisah megah sungguh holding, datuk datin, membeli belah di luar negara, suami isteri yang tidak bersentuhan antara satu sama lain, dan sebagainya yang biasanya mudah diteka.

Watak Nadeem belum tentu dia sudah terbunuh. Anom pun masih hidup. Mona pun belum mati dalam minda Anom.

Farah pun terselamat.

Maknanya, nak sambung lagi?

#MisteriMona
.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2020 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
tetibe terasa nk jadi sepul
btw cite ni mmg best.. walaupum da baca spoiler
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
nordin84 replied at 29-12-2020 03:25 PM
tetibe terasa nk jadi sepul
btw cite ni mmg best.. walaupum da baca spoiler

So yg benar nya dua2 sakit mental ek?

Btw, kul 10 nye cerita makin best...lari dr drama klise. Tp nak tunggu jam 10 tu ngantuk yakmat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2020 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 29-12-2020 03:32 PM
So yg benar nya dua2 sakit mental ek?

Btw, kul 10 nye cerita makin best...lari dr drama klise.  ...


cite da hbs chuols.. iols tgk kat utube jah marathon dr pg td.. kurang sikit stress kalau tgk kat tv stress gakla nak tau sapa gile.. sbb viral je iols layan
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai tt menulis...aku rasa aku pun x sebagus tt kalau nk summarize citer...
Tahniah tt
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 03:42 PM | Show all posts

iols pon follow drama ni. bagi iols yg cemerlang lakonan is Mona aka Ruzaina and Nadeem aka Redza Rosli. Lakonan Janna as Anom beshe2 je.

Janna Nick aka Anom rengsek iols tgk part kalo dia menjerit2. Watak penjaga Anom adik Fasha Sanda tu lembik sangat. rasa nak debik je

overall mmg best drama ni . unexpected endingnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2020 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
best ke..aku rse nk muntah batu dgn suara kokspin nyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
wadiunong replied at 29-12-2020 03:42 PM
iols pon follow drama ni. bagi iols yg cemerlang lakonan is Mona aka Ruzaina and Nadeem aka Redza  ...

Aah setuju.sy puji lakonan redza dan ruzaina.janna biasa2 je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2020 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya ada gak org bukak thread pasal cite ni walaupon dah seminggu abis. best sgt cite ni tp sekejap sgt 8 ep je.. tp bagus gak la kejap je klau x mental gak nak tggu cite ni abis..
We want more drama mcm ni.. x cliche..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
aemon replied at 29-12-2020 03:44 PM
best ke..aku rse nk muntah batu dgn suara kokspin nyanyi

Abaikan sore kokspin. Layan cite je.. best kot. iolls mati2 ingat ni cite hantu gara2 sore mengilai kokspin nyanyi..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Janna biasa2 je sbb banyak tido

Redza always the best klu berlakon..soothing di mata iols

Ruzaina tu mmg best pun, cuma tak diexposed sangat.

Last sekali, we need more director & producer yg mcm ni..mcm khabir bhatiar sebelum ni.

Btw, baru tahu syafeetee tu anak ridhuan tee.. Elok rupanya tapi rengsa tengok braces heols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2020 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 29-12-2020 03:41 PM
Pandai tt menulis...aku rasa aku pun x sebagus tt kalau nk summarize citer...
Tahniah tt

kredit fesbuk.. alamak.. nak kena kreditkan ke cane.. iols lupe sapa tulis..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2020 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
wadiunong replied at 29-12-2020 03:42 PM
iols pon follow drama ni. bagi iols yg cemerlang lakonan is Mona aka Ruzaina and Nadeem aka Redza  ...

tp rmi puji jena dan elisa ok..lembik2 pun kena puji.. hhaha.. eh elisa ni kan kapel dgn ank cyst.. profesional ea dorg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2020 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
epal_ijau replied at 29-12-2020 03:58 PM
Akhirnya ada gak org bukak thread pasal cite ni walaupon dah seminggu abis. best sgt cite ni tp seke ...

iols xnk bukak benang sbb xnk di cop sepul no 2
cari kat board tv pun xde.. aiyo, cite best kot.. kalau cite ank dato jaya holding berbenang2 ok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2020 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 29-12-2020 04:25 PM
Janna biasa2 je sbb banyak tido

Redza always the best klu berlakon..soothing di mata iols

ye iols pun terkesima dgn syafee tu. tokpit atau sesiapa @Kurex xnk ulas ke pasal hanak ikan baru.. kalau pejam mata ingat patah yg berlakon sbb suara very macho
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita ni mmg best, pelakon2 pon membawa watak masing2 dgn baik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2020 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
epal_ijau replied at 29-12-2020 03:58 PM
Akhirnya ada gak org bukak thread pasal cite ni walaupon dah seminggu abis. best sgt cite ni tp seke ...

Yg 8 episode pun ramai dah mcm nak join sakit jiwa...inikan kalau lama lagi dah trntu2 adrenalin mencanak2 mental jugak dok pikir sapa yg sakit sebenarnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2020 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
iols plg suke zarynn min.. penghayatan dia sbg wanita teraniaya sgt hebat.. jarang2 dia berlakon sbg datin2 kat tv
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade satu lagi drama genre thriller dari pengarah Amor Rizan
Tajuk dia Hilang Yang Kembali. Pelakon dia nafiz muaz, aqasha, emelda rosmila
Cite ni pun best. Tayang tahun lepas kalau tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 05:29 PM | Show all posts
Maaf tak tengok tv. Fahmi bagi Anom makan ubat apa..expai (Eremine 5) ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.381774 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list