CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1492|Reply: 0

Kecelaruan Gender - Harian Metro

  [Copy link]
Post time 29-12-2020 11:08 AM | Show all posts |Read mode

Sekolah asrama atau alam kolej dikatakan tempoh banyak berlaku kes membabitkan kecelaruan identiti.


Nurul Husna Mahmus
nurul_husna@hmetro.com.my

GENDER dysporia atau krisis identiti jantina mungkin istilah yang jarang didengar dalam masyarakat umum, sedangkan isu ini 'dekat' dengan kita.

Jantina hanya ada dua iaitu lelaki dan perempuan. Jika selain itu mungkin golongan ini terkeliru atau lari dari 'fitrahnya.'

Golongan berkenaan yang dikatakan 'keliru' kerana dikatakan dipengaruhi pelbagai faktor dan semestinya persekitaran serta rakan sebaya antara punca utama membuatkan mereka memilih untuk 'lari' daripada jantina asal.

Menurut Pensyarah Kanan dan Pakar Psikologi Kanak-kanak, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Dr Noor Aishah Rosli, kecelaruan identiti jantina itu berlaku apabila individu tidak lagi selesa dengan jantina asal lalu memilih untuk bersikap sebaliknya.

"Apabila seseorang tidak lagi selesa menjadi perempuan, mereka ini akan berfikir untuk menjadi sebaliknya.

"Dalam kotak pemikiran, mereka percaya jantina juga atas pilihan dan memilih untuk menjadi sebaliknya. Dari pemikiran ia membawa kepada perubahan penampilan dan tingkah laku dengan apa yang mereka percaya.

"Bagi wanita, mereka akan mengenakan pakaian lelaki, memotong rambut pendek dan tingkah laku juga kasar. Begitu juga buat lelaki yang mula mengubah penampilan menjadi 'lembut' dan lebih jauh mula bertindak mengambil hormon," katanya.

Menjelaskan senario atau faktor persekitaran menyumbang kepada peralihan itu, Dr Noor Aishah melihat pada usia kritikal seperti usia seawal kanak-kanak 10 tahun sehingga remaja mudah terpengaruh untuk melakukan sesuatu yang luar jangka.

"Saya perhatikan dalam kebanyakan kes yang membabitkan golongan itu apabila ketika mereka mengikuti pengajian di asrama atau di peringkat kolej.

"Tanggapan ibu bapa, tidak mengapa anak sesama jantina untuk mempunyai hubungan terlalu rapat dan saling bersentuhan tanpa batasan. Sehinggakan ada yang setiap malam berkongsi selimut sambil 'menyentuh' antara satu sama lain.

"Jika berlarutan dan aksi memegang bertukar menjadi berpelukan boleh menjurus kepada aksi yang lebih 'panas' sehingga mereka ini sudah mula 'seronok' dengan perlakuan itu," katanya.

Beliau turut berkongsi satu kes membabitkan seorang remaja lelaki baharu sahaja memasuki sekolah asrama terjerumus dalam hubungan sejenis dengan senior.

"Simpati rasanya apabila ada antara klien saya berusia masih 16 tahun sudah berjinak-jinak menjalin hubungan sejenis sebaik terpengaruh dengan perlakuan baik senior.

"Isunya anak ini tidak mendapat perhatian sejak kecil kerana ayahnya sudah bercerai dengan si ibu sejak dua tahun.

"Ibu pula sibuk mencari rezeki untuk menyara hidup pula tidak pernah ungkapkan dan tunjukkan perlakukan sayang.

"Apabila hari kedua di asrama ada abang senior peluk dari belakang, anak ini tadi berasa seronok dan akhirnya muka menyukai perlakuan itu.

"Pada saya anak itu menjadi mangsa kepada 'persekitaran' termasuk pengaruh rakan sebaya yang kuat memenuhi keperluan dirinya untuk disayangi," katanya.

Dalam contoh kes lain, Dr Noor Aishah berkongsi situasi yang boleh berlaku pada perempuan meskipun fitrah perempuan adalah lembut dan manja.

"Satu lagi kes identiti jantina membabitkan satu keluarga ekspetriat yang mana anak perempuan pada asalnya gadis yang manja berubah perwatakan kasar dan lagak seperti lelaki.

"Anak perempuannya sebelum pergi melanjutkan pengajian ke luar negara adalah seorang yang manja dan lemah lembut.

"Kemudian gadis berkenaan tinggal serumah dengan kenalan wanita dan mempunyai hubungan yang amat rapat sehinggakan baring sekali serta saling berpelukan ketika tidur.

"Akhirnya berubah menjadi lelaki apabila menyedari ada perasaan terhadap rakan serumahnya. Pendek kata gadis ini sudah naik 'syok' apabila saling menyentuh dengan rakan serumahnya," katanya.

Bagaimanapun, kecelaruan jantina ini sukar dikesan melainkan terdapat perubahan yang ketara pada personaliti individu berkenaan.

"Dalam isu kecelaruan identiti jantina ini sukar hendak kesan penyebab dan selalunya diagnosis dilakukan berdasarkan sesi temu bual dengan individu selain menjejak punca mencetuskan perubahan pemikiran dan tingkah laku mereka.

"Mereka ini boleh menjadi keliru apabila dilayan seperti jantina berlawanan dan boleh juga berubah secara semula jadi.

"Paling mudah boleh dikesan apabila ada pengakuan, perubahan ketara kepada penampilan dan tingkah laku," katanya.

Mengenai kaedah membantu mengembalikan 'rasional' mereka yang mengalami masalah 'gender dysporia', kata Dr Noor Aishah tiada terapi yang spesifik dan terdiri daripada beberapa kombinasi dan teknik terapi digunakan dalam membantu mereka.

"Bagi ibu bapa penting mereka untuk berkomunikasi dan menasihati anak-anak supaya menjaga pergaulan baik pun sesama jenis.

"Pada masa sama, faktor persekitaran iaitu peranan masyarakat terutama pihak berkuasa dan individu berpengaruh seeloknya memaparkan contoh yang baik mengikut norma masyarakat,"katanya.

Kebimbangan Dr Noor Aishah adalah mengenai pengaruh media sosial ketika ini seperti 'TikTok' yang adanya unsur tidak sihat dalam pengisian ditampilkan segelintir pihak.

"Contohnya melawak dengan meniru aksi 'lembut' bagi lelaki dan lagak kasar untuk perempuan, pada saya tidak wajar apatah lagi ia ditonton peringkat kanak-kanak.

"Apabila kanak-kanak rasa terhibur dan 'cool' mereka akan tiru dan lama-kelamaan itu menjadi kebiasaan mereka," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.053446 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list