CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1080|Reply: 0

FAM Sedia 'Meminang' Nathaniel Shio Hong Wa - Harian Metro

[Copy link]
Post time 28-12-2020 09:22 AM | Show all posts |Read mode

Hong Wan (kiri) dikhabarkan berminat untuk sertai skuad Harimau Malaya.


Firdaus Hashim
[email protected]

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia 'meminang' pemain kacukan China-Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan untuk memperkukuhkan kekuatan skuad Harimau Malaya di masa hadapan.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, pihaknya akan menghubungi Hong Wan yang kini beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolverhampton Wanderers.

Katanya, kejayaan pemain tengah itu mengikat kontrak selama dua tahun dengan kelab EPL terbabit membayangkan betapa Hong mempunyai kualiti yang baik dan ia boleh membantu pasukan negara.

Namun segala-galanya terserah kepada tonggak berusia 20 tahun itu jika benar ingin pulang membantu skuad Harimau Malaya dalam apa jua tugasan di peringkat antarabangsa.

"Kalau memang dia main bersama Wolverhampton Wanderers maknanya pada saya dia memang salah seorang pemain yang boleh kata baik.

"Jadi kalau dia berminat mewakili Malaysia kita akan cuba menghubungi dia untuk mendapatkannya, sebab kita pun tahu hanya melalui media.

"Kita mesti mendapatkan pengakuan sebenar pemain ini. Kalau dia berminat, kita boleh mengusahakan sesuatu supaya dia dapat (beraksi dengan pasukan Malaysia).

"Ia bermakna kita dalam erti kata mengalu-alukan sebab kalau ada yang berdarah kacukan ini lebih mudah kita uruskan. Jadi kalau dia mempunyai kemampuan dan bahagian teknikal (FAM) kita merasakan sesuai, saya rasa tak ada masalah.

"Apa yang penting, pemain itu sendiri mahu ke tak mahu, jadi kita akan kenal pasti itu dulu," katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Kelmarin, menerusi satu temubual bersama stesen televisyen sukan Astro Supersport, Hong Wan mengakui terbuka menerima tawaran untuk bermain dengan skuad kebangsaan.

Ujar Yusoff yang juga Timbalan Presiden FAM, Jawatankuasa Program Naturalisasi akan segera bermesyuarat seandainya pemain itu menyatakan persetujuan.

"Kita bila-bila masa akan mengadakan mesyuarat untuk melihat calon-calon yang dikatakan sesuai dan layak mewakili pasukan negara.

"Jadi kalau pemain ini dilihat menepati semua syarat, saya kira kita akan menyegerakan proses kerana seperti saya katakan awal tadi, untuk pemain ini mudah kerana dia ada pertalian darah dengan Malaysia. Jadi tak ada masalah besar," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.344457 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list