Scott Parker. FOTO Agensi
London: Bos Fulham, Scott Parker tidak akan menguruskan pasukannya pada perlawanan Boxing Day menentang Southampton selepas seseorang di kediamannya diuji positif Covid-19.
Parker, 40, diuji negatif tetapi menjalani pengasingan diri minggu ini.
Pembantu pengurus Stuart Gray dan jurulatih pasukan utama Matt Wells akan mengambil alih tugas membimbing pasukan pasukan pada Sabtu ini.
Selepas memperoleh keputusan ujian yang negatif nanti, Parker akan kembali dengan tugasnya ketika kunjungan Fulham ke Tottenham Hotspur pada 30 Disember ini.
Parker membimbing Fulham untuk layak beraksi di liga utama selepas mara menerusi aksi play-off Liga Kejuaraan musim lalu, pasukan itu kini berada di kedudukan tiga terbawah selepas memungut 10 mata daripada 14 perlawanan. |