Illi Najwa Anuar Hussin Saddique yang mencetuskan pelbagai persoalan berhubung majlis resepsi perkahwinannya dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar baru-baru ini memohon maaf atas kekhilafannya.
“Illi tahu segala silap dan salah yang sudah berlaku atas kejahilan Illi dan Manpreet,” katanya dalam satu kenyataan.
Malah, Illi turut menzahirkan permohonan maaf kepada keluarganya yang telah diheret sama dalam isu ini.
Kredit foto: Tribune
Bagaimanapun, gadis yang berasal dari Johor itu mengesahkan suaminya telah memeluk Islam sejak akhir tahun 2019 dan mereka melangsungkan pernikahan pada 16 Disember lalu dalam acara tertutup.
Katanya, sijil nikahnya akan diperoleh pada Rabu depan.
Tegas Illi, beliau tidak pernah menukar nama atau agama seperti mana yang didakwa oleh netizen.
“Nama saya masih kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga suami memanggil saya Navpreet sejak tahun 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut nama saya,” ujarnya yang turut memaklumkan dia ke India mengikut prosedur perjalanan yang sah.
Media India sebelum ini mendakwa Illi berkahwin dengan Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.
Rakaman video resepsi perkahwinan mereka tersebar dengan memaparkan Manpreet,mengenakan sut perkahwinan Punjabi yang lengkap dengan serban.
Manakala Illi memakai pakaian pengantin Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.
Kredit foto:
Dalam resepsi itu, Illi dan suaminya kelihatan melakukan perbuatan yang mencetuskan pelbagai persoalan hingga status agamanya
Mengulas mengenai video resepsi perkahwinannya di India, Illi berkata, mereka tidak pernah meminta perkahwinannya di sana dirakamkan kerana tahu akan sensitiviti yang akan dihadapi mereka.
Namun, katanya, rakaman yang didedahkan oleh media itu di luar kawalan.
Illi mengakui beliau tidak gembira dengan isu yang mengheret namanya dan suami.
Malah, katanya, Manpreet juga tidak mahu ia berlaku kerana sedar akan akibatnya.
”Kami tidak mengatakan apa yang kami lakukan adalah betul tetapi kami tidak mempunyai pilihan dan Manpreet tidak pernah memberikan kenyataan sensitif dan ketika Manpreet mendapat tahu tentang berita ini, dia meminta semuanya ditarik balik,” ujarnya. -CARI
Post time 20-12-2020 05:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by kelapaparut at 21-12-2020 10:52 PM
ok kite tunggu salinan surat nikahnye
nanti kalu c illi tu beranak, i akan kira guna calculator dr tempoh nak beranak tu, nak tau baby tu dpt benih tu mase depa da kawin ke blom, kalu da kawin nak tau mase da kawin kat gurdwara ke atau kawin islam, kite akan kire sebutir2 dr tempoh pelamin ke bunting, sijil nikah kne check jugak fake ke x, yg jantan tu circumsized ke x..kite ade group acik bwg yg akan menyiasat all out
sorry ya, illis ini tipu. i tak suka comment pasal agama but bila dia sujud kat Sri Guru Granth Sahib Ji the living Guru of Sikhs bermaksud, dia terima agama Sikh. nama kaur ni kena baptise dulu baru boleh pakai, you are not called kaur if you did not go through baptism.
Post time 20-12-2020 06:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
otai_g replied at 20-12-2020 06:08 PM
Aku bkn la alim Sgt tp Aku pun tau murtad ni bkn terjadi dgn tkr maklumat diri kat jpn je.
Murtad ...
Tak pyhlah nak tutup kesalahan dgn satu kesalahan lain wei
Mulia apanya rosakkan anak org
Tunggang agama.
At least si najwa ni bersalah pd diri sendiri
Tak sshkn anak org
Post time 20-12-2020 06:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aik kata mula2 statement PA kak limah...now statement ili? Haaa.. Whatever... Ko pon bkn br tumbuh bulu..tau kot hukum persenda agama... Sekarang ni Allah byr cash je.. Semoga mereput