|
Penyanyi dan pelakon Farahdhiya mengakui dirinya seorang yang amat menjaga privasi kehidupannya.
Menurut Farahdhiya atau nama sebenarnya, Farahdhiya Mohd. Amin, 36, apa yang dipaparkan dalam media sosial hanyalah sebahagian kecil sahaja yang dikongsikan kepada umum.
Foto: IG
"Saya seorang yang menjaga privasi. Saya menjaga privasi kehidupan peribadi saya sejak 16 tahun yang lalu, ini antara pesanan arwah ayah saya dari mula masuk bidang hiburan.
"Media sosial hanyalah 30 peratus daripada kehidupan yang saya pilih untuk kongsikan termasuklah kerja, masakan, aktiviti senaman, kucing dan sikit mengenai keluarga," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menurut pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu, dia berbuat demikian kerana menyedari bahawa tidak semua orang suka dengan setiap tindakan yang kita lakukan.
"Kena ingat, bukan semua suka tengok kita bahagia, tengok kita berjaya. Orang zaman sekarang pelik-pelik.
"Mengadulah kepada-Nya, kerana Dia sebaik-baik pendengar. Yang penting di media sosial ini cubalah kongsi benda yang baik-baik, yang positif yang dapat beri inspirasi kepada sesiapa sahaja yang membaca," pesannya.
Bahkan, katanya lagi, dia juga mengambil pendekatan untuk menghalang mana-mana pihak yang cuba membawa negativiti di platform media sosialnya.
"Sejujurnya saya sendiri tak suka, rimas dengan negativiti, orang yang tak henti mengeluh atau bergaduh di media sosial, yang mulut celupar pun ramai, sampai kadang-kadang terpaksa unfollow.
"Termasuk komen-komen yang tak manis memang saya akan sekat je. Maaf saya tidak suka vibes yang tak elok," kata bekas bintang Gegar Vaganza 2015 itu.
Dalam perkembangan lain, Farahdhiya bakal muncul dalam filem berjudul Mulut Masin arahan pengarah terkenal, Razaisyam Rashid.
Filem terbitan Astro Shaw itu akan menemui penonton bermula 19 November ini di saluran Astro First. -CARI
Sumber: Gempak
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|