View: 4956|Reply: 53
|
[Tempatan]
Hari ni, Ahad. Melaka terus lengang
[Copy link]
|
|
hmetro.com.my
Melaka lengang
Hassan Omar
Melaka: Industri pelancongan di negeri ini menerima kesan ketara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang sejak beberapa minggu lalu.
Tinjauan di beberapa lokasi pelancongan popular di Bandar Hilir, di sini dan pantai peranginan Pantai Puteri, Tanjung Kling serta Pengkalan Balak di Masjid Tanah, mendapati lokasi berkenaan lengang berbanding keadaan sebelum PKPB dilaksanakan di Lembah Klang.
Ia menyebabkan peniaga di kawasan berkenaan merintih tetapi terpaksa menerima kenyataan penyusutan jumlah pengunjung akibat pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan.
Tinjauan di Jonker Walk dan beberapa jalan utama di Bandar Hilir yang sebelum ini dipenuhi pelancong mendapati hari ini ia lengang berikutan kekurangan pelancong.
Di Pantai Puteri, kesesakan lalu lintas di Kampung Pengkalan Perigi, Pantai Jaring, Pantai Rombang dan Pantai Kundor berikutan pertambahan jumlah kenderaan sebelum ini, hari ini lengang, selain pantai itu turut sunyi daripada suara pengunjung.
Di pantai peranginan Pengkalan Balak dan Padang Kemunting, keadaan yang sama berlaku akibat kemerosotan pengunjung, terutama dari Lembah Klang.
Pengusaha bot pisang, Amri Zul, 30, berkata perniagaannya mencatatkan penurunan perolehan sejak PKPB dilaksanakan di Lembah Klang beberapa minggu lalu.
"Pada setiap hujung minggu sebelum ini, pantai ini menerima peningkatan pengunjung, terutama dari Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya tetapi sejak PKPB dikuatkuasakan, jumlah pengunjung boleh dikira dengan jari," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis ketika mengulas mengenainya berkata, PKPB di Lembah Klang menjejaskan pemulihan industri pelancongan di negeri ini.
"Lalu lintas di Bandar Hilir dan kawasan pelancongan yang lain sekarang menjadi lengang, tidak seperti sebelum PKPB dilaksanakan di Lembah Klang.
"Pemain industri pelancongan mengeluh dan berasa beban akibat penyusutan perolehan dan mereka mencuba merendahkan harga, memperkenalkan pelbagai pakej menarik serta meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk menarik kehadiran pelancong," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap keadaan di Lembah Klang kembali pulih dan bagi memberi peluang kepada industri pelancongan kembali rancak, sekali gus menceriakan pengusaha industri pelancongan serta kerajaan negeri.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wooo banyak nyaaa virusss covidd kat situuuu no wonder lengang, KKM ada sixth sense boleh nampak virus tu yg habih lengang tempat2 peranginan .
|
|
|
|
|
|
|
|
Sini pula hujan....satu hari cuaca mendung....dari.akak jogging pagi tadi jogging dlm keadaan gerimis....ni angin bertiup kencang waktu akak menulis ni
Off topik ..sorry |
|
|
|
|
|
|
|
Ye.. harap xde sambungan pkpb lg lps ni, aku pun nak gi melaka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Impact bila Lembah Klang ditutup bukan saja kawasan dalam Lembah Klang saja terjejas kawasan2 lain pun terima nasib sama. Lepas2 ni kalau dah bebas tolonglah ikut saranan dan SOP KKM. Jangan gatal2 nak merayu pkp supaya ada alasan boleh wfh pada hal sebenarnya malas nak gi kerja tapi gaji nak. Serik2 ler kena kurung berminggu2, muka memasing pun dah macam zomba je. |
|
|
|
|
|
|
|
#rindupkp200%
|
|
|
|
|
|
|
|
puas saya berkempen taknak pkp
tapi kuasa netizen2 sanggap yg histeria buat kali kedua sungguh kuat
mmg betul2 dibuat pkp..walaupun hanya pkpb
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi hebat histeria di medsoc KKM lagi di beri perhatian . Tu yg ramai ahli2 politik jadi gila kuasa tu sebab kuat berhisteria punya pasai
|
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 1-11-2020 03:37 PM
Impact bila Lembah Klang ditutup bukan saja kawasan dalam Lembah Klang saja terjejas kawasan2 lain p ...
Yg suka kerja duk rumah tu badan mesti mcm badak air
Ampon |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 1-11-2020 03:56 PM
org Johor,nogori x nk pi sana ka???@ mengapa diharap depa dr LK/KV sahaja??? |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 1-11-2020 03:41 PM
puas saya berkempen taknak pkp
tapi kuasa netizen2 sanggap yg histeria buat kali kedua sungguh ku ...
awak x nak ajak mat sabu guling atas jln. ke..??? |
|
|
|
|
|
|
|
Terlepas rindu nak pkp lagi kata rakyat abahcow |
|
|
|
|
|
|
|
mat sabu boleh la jadi lembu
my level xboleh
|
|
|
|
|
|
|
|
Waaah kosong. Bestnya jenjalan. |
|
|
|
|
|
|
|
selalu jam memanjang je sini. so, boleh lah keluar jalan2 sini. untuk yang single je lah. yg ada family ada anak sila duduk rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Suka g melaka sbb tak jauh heheh ye la duk selatan selangor kan.
Sebelum ni org melaka cam bising je bila org lembah klang ramai2 g jjcm kat sana. Masing2 merungut jem la itu la ini la.
Bila lengang pun bising gak. Sian peniaga2 yg terjejas tu. |
|
|
|
|
|
|
|
hrp PKPB x disambung lg lps ni, dah lama x blk muo, rindu kat ayah juga mknan2 sekali
hr tu ms VC dgn ayah blh plk dia tunjuk apam balik bulat, aishhhh sabo ajelah |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 1-11-2020 03:37 PM
Impact bila Lembah Klang ditutup bukan saja kawasan dalam Lembah Klang saja terjejas kawasan2 lain p ...
Sapa la sebelum ni yg nak pkp sangat tu?? Iols kalau kena utk kali ke 3.0 maybe bertambah murung teruk la.
Bagi iols hat 2.0 ni lagi teruk perasaannya berbanding masa awal2 dulu sbb dulu satu Malaysia kena ni tak semua kena pastu terpaksa je menahan perasaan tgk orang yg duk negeri lain aman2 menjalani kehidupan.
Sedangkan kita ni byk urusan tertangguh dan terpaksala mereput kat umah.
Lagi seksa hat kena PKPD langsung takleh kuar umah makanan pun orang hantar. |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu asam pedas pak man |
|
|
|
|
|
|
|
blastoff replied at 1-11-2020 03:26 PM
wooo banyak nyaaa virusss covidd kat situuuu no wonder lengang, KKM ada sixth sense boleh nampak vir ...
Itu tandanya yg selalu bikin semak kat melaka tu org kl ngan selangor..itupun ko tak paham? |
|
|
|
|
|
|
| |
|