Sanggup keluar duit lebih kurang RM81,625 untuk pembedahan plastik, semata-mata untuk kelihatan seperti patung Barbie.
Namun di sebaliknya, lelaki dikenali sebagai Hinza Simsa ini mengakui ketagihannya itu menyebabkan dia susah untuk mencari teman wanita.
Kata lelaki berusia 26 tahun dari Republik Czech ini, walaupun penampilannya seperti wanita, namun dia masih tertarik dengan wanita.
Daily Star melaporkan, ketikan di rumah Honza selalu memakai bulu mata palsu, kasut tumit tinnggi dan rambut palsu berwarna merah jambu.
Bukan itu sahaja, dia juga membuat rawatan suntikan pada wajah untuk kelihatan seperti Barbie.
Kredit foto: PA Real Life
"Saya mungkin berpakaian dan kelihatan seperti ini tapi dalam fikiran saya, saya adalah lelaki.
"Saya sukakan wanita, tapi ramai pula mempunyai masalah dengan wajah saya kerana mengelirukan mereka.
"Saya suka date dengan perempuan yang mempunyai rupa yang sama iaitu macam Barbie," katanya.
Transformasinya bermula sejak tahun 2017. -CARI |