Edited by tari at 14-10-2020 11:54 AM
Petua Halau “Cik Li” Guna Bahan Dapur
Lipas (Cik Li) merupakan tetamu yang tidak diundang.Pening kepala jika serangga ni berkeliaran di dapur dan rumah. Mana taknya sifatnya yang suka hidup ditempatkotor dan timbunan sampah.
Ramai yang memilih menggunakan racun serangga yang banyakdipasaran. Sekali sembur mati seekor. Tapi bagaimana kita mahu nyahkan koloni ini dari rumah?
Caranya mudah dan boleh didapati di dapur sahaja.
1. Daun Pandan Caranya letakkan daun pandansegar dalam laci dan cabinet dapur serta celah2 perabut. 2. Buah Pelaga Dan Kayu Manis Letakkan beberapa biji buah pelagadan kayu manis yang telah di tumbuk kasar di tempat2 yang gelap dan tersorok.Bau rempah yang kuat akan menghalau lipas pergi. 3. Lemon Lemon dihiris nipis dan letakkanditempat yang selalu ada lipas, seperti ruang cabinet dan laci. Selainmenghalau lipas, bau lemon dapat menyegarkan laci dan cabinet anda. 4. Daun Bay Tumbuk dan taburkan di kawasanyang ada lipas. 5. Baking Soda + Gula Campurkan baking soda dan gula.Nisbah 1:1 dan letak dikawasan yang banyak lipas. Lipas akan mati bila makancampuran tersebut. 6. Serai Wangi Tumbuhan ini juga bolehdigunakan untuk menghalau lipas. Caranya sama dengan daun pandan. Letakditempat yang selalu ada lipas.
7. Air Sabun Caranya letak campuran air sabundalam botol spray. Bila Nampak lipas terus spray ke arahnya. Lipas akan mati keranaair sabun akan menutup lubang pernafasan yang ada di badan lipas.
Kalau ada lain-lain tips sudi-sudikan kongsi bersama
|