CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7054|Reply: 42

[Tempatan] Siapa masih simpan duit lama? RM1 dijual RM12,000

[Copy link]
Post time 4-10-2020 02:58 PM | Show all posts |Read mode
RM1 dijual RM12,000
MyMetroUtama


ANTARA koleksi wang nota dalam simpanan Muhammad Ibrahim. FOTO ihsan Muhammad Ibrahim Hassan

Muhammad Saufi Hassan dan Nurul Husna Mahmud
[email protected]

Petaling Jaya: Empat siri pertama wang not menjadi buruan ribuan ahli numismatik atau pengumpul wang lama disebabkan mempunyai nilai tinggi dalam pasaran.

Menurut ahli numimastik yang berpengalaman 10 tahun, Muhammad Ibrahim Hassan, harga itu boleh melonjak kepada lima angka bergantung keadaan wang nota itu selain nombor siri yang 'cantik'.

"Paling diburu dan mempunyai nilai ketika ini ialah wang not siri pertama hingga keempat iaitu wang yang ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) kedua, Tun Ismail Mohd Ali dan Gabenor BNM ketiga, Tan Sri Datuk Abdul Aziz Taha.

"Saya pernah menjual wang RM1 nombor siri rendah iaitu 100 ke bawah sebanyak satu set pada harga RM12,000. Itu kira-kira dua tahun lalu dan dijangka boleh naik sekitar RM2,000 lagi jika terjual pada hari ini.

"Namun untuk tentukan terlalu subjektif hanya ahli numismatik atau 'pemain' ada pengalaman tahu pasang surut nilai pasaran mengikut permintaan semasa," katanya.

Menjelaskan antara keempat-empat siri itu, siri pertama dan siri keempat adalah paling sukar dicari dan pengumpul wang lama berlumba-lumba menjadikan ia koleksi mesti dimiliki terutama mempunyai nilai nombor siri terendah.


MUHAMMAD Ibrahim Hassan. FOTO ihsan Muhammad Ibrahim Hassan

Kata Muhammad Ibrahim lagi, selain kriteria itu memberi nilai tinggi apabila dijual kepada ahli numismatik, nilai wang lama boleh berubah berdasarkan beberapa aspek lain antaranya situasi ketika wang itu dikeluarkan selain penilaian berdasarkan gred oleh syarikat tertentu yang memiliki kelayakan seperti Paper Money Guaranty (PMG) berpangkalan di luar negara.

"Kebanyakan orang menyangkakan duit lama mempunyai nilai tinggi, tetapi ada ketikanya wang not baru iaitu sekitar 1990-an mempunyai nilai tinggi berbanding wang lama.

"Pengalaman saya seperti menjual wang not RM1 dengan tandatangan Tan Sri Ali Abul Hasan Sulaimani pada keadaan biasa sudah mencecah RM2,600.

"Wang not RM1 itu ditarik balik daripada pasaran kerana tandatangan sepatutnya pada wang kertas adalah Tan Sri Dr Ungku Zeti Akhtar yang menjadi Gabenor BNM pada waktu itu," katanya.

Ketika ini, Ibrahim memiliki lebih 500 koleksi wang lama dan sentiasa mengemas kini koleksi wang not mengikut permintaan pasaran dan jumlah siri yang unik.

"Bagi kami, untuk jumpa wang not bernilai ibarat satu kepuasan dan bergantung kepada rezeki. Baru-baru ini saya mendapat wang not RM1 daripada edisi awal dengan nombor siri solid iaitu 444 dan sudah mempunyai pembeli sedia menunggu pada harga sekitar RM2,000," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2020 @ 2:18 PM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2020 02:59 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 03:46 PM | Show all posts
no siri cantik, sign gabenor tertentu of course bleh jual mahal
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 04:13 PM | Show all posts
Jangan terkena dengan scammer sudah
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
X faham akak...nilainya sama je....perlu ke sampai nk beli rm12k..

Kalau simpan duit tu boleh hidup kekal abadi ke apa...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau dulu ada Bank Tanah Melayu

Sekatan cuma tinggal keretapi ja... Itu pun servis hauk manjang kena kecam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2020 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 4-10-2020 04:17 PM
X faham akak...nilainya sama je....perlu ke sampai nk beli rm12k..

Kalau simpan duit tu boleh hid ...

.. sembang saja tu akakk.. cer bawak depan org yg nak beli ..duit lama yg dia ndak tuu..   ermm .. karang macam22 songeh ..dalih dia . .
... aku pon banyak duit lama.. tapi memang aku x caya cakap geng22 nak beli ngan harga ribu raban nii..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
jiwasemangat replied at 4-10-2020 05:37 PM
.. sembang saja tu akakk.. cer bawak depan org yg nak beli ..duit lama yg dia ndak tuu..   ermm .. ...

Sekarang banyak scammer pun kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya kalau berita barang antik barang lama barang rare mesti ada kan ayat "ada orang pernah nk beli dgn harga 6 juta tapi saya xjual kerana sangat sayang dan barang tersebut punyai nilai sentimental" dgn harapan ada la org bodo laen nk beli dgn rega tinggi dari yg dia sebut tu. Ptuihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt shoppee dgn lazada ada je yg jual duit2 lm mcm ni dgn harga yg pd kita mcm xmsk akal
Ada tu not seringgit, jualnya rm3,500.00


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada duit2 seringgit lama ni. Bergenerasi. Duit2 ni arwah ayah aku kumpul. Kalau jual, pakcik kayo
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 08:21 PM | Show all posts
duit seringgit tu xde nilai lah. xcaya masuk vending maching confirm air tin xkeluar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 ada simpan

tak tahu ke mana dah album tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 4-10-2020 07:20 PM
Kt shoppee dgn lazada ada je yg jual duit2 lm mcm ni dgn harga yg pd kita mcm xmsk akal
Ada tu not ...

Alah, dorg bleh jer nk letak harga main ikut suka suki dorg tp yg penting ada buyer ke?

Mcm kes jual pinggan mangkuk vintage dulu tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 08:32 PM | Show all posts
Pernah dengar coin RM1 discontinued sebab senang nak buat fake. Lojik ka?

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Jitu at 5-10-2020 07:38 AM

hmmm terpulanglah duit sendiri kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2020 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah sama dengan kes acik 20 jota?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 4-10-2020 08:24 PM
Alah, dorg bleh jer nk letak harga main ikut suka suki dorg tp yg penting ada buyer ke?

Mcm kes ...

Tah lah bach

As for me ni mcm artwork
Subjektif utk dinilai
Pd yg kata bodoh lh ape lh
Maybe Xde nilai pd u
But this is treasure for some people
Yg sanggup spend terpulang lh
Duit dia kn


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 4-10-2020 10:31 PM
Tah lah bach

As for me ni mcm artwork

Aku percaya jer ada yg sanggup bayar byk tu, biasanya mmg collector lah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 10:44 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 4-10-2020 10:31 PM
Tah lah bach

As for me ni mcm artwork

Betul tu.

Auntie ada kawan yg mmg kolektor duit2 lama. Tapi bukanlah collect sembarangan. Ada ciri2 atau features yg di dlm requirement dia.
Dia taklah beli sekeping dua. Contoh : duit RM1 rare yg lama, dia beli sepuluh keping (minima), number siri mesti cantik dan ong (org Cina kan), kualiti bagus, siapa yg tandatangan, tahun yg dikehendaki & byk lagi lah kerenah2 dia.

Auntie pun tak faham kenapa dia nak invest dlm hobby tu. Anyway it's his money, let him enjoy it as he sees fit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.060078 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list