View: 4507|Reply: 16
|
[Jenayah]
Pengarah jabatan kerajaan bersama anak, menantu direman SPRM
[Copy link]
|
|
https://www.bharian.com.my/berit ... enantu-direman-sprm
PUTRAJAYA: Seorang pengarah bahagian sebuah jabatan kerajaan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes menerima suapan bagi mempercepatkan siasatan dan rayuan kompaun terhadap pemilik-pemilik bot nelayan.
Turut ditahan reman bersama pengarah terbabit adalah anak perempuan serta menantunya.
Perintah reman bermula hari ini hingga 18 September itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, selepas meluluskan permohonan dikemukakan kepadanya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sumber berkata, ketiga-tiga suspek yang berusia di antara 32 hingga 59 tahun itu ditahan antara jam 11.50 pagi hingga 12.10 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.
Katanya, suspek disyaki meminta dan menerima suapan di antara RM500 sehingga RM2,000 daripada pemilik-pemilik bot nelayan tempatan dan wang itu yang didepositkan ke dalam akaun anak perempuannya itu.
Suapan itu adalah sebagai balasan mempercepatkan tindakan siasatan serta rayuan bagi mengurangkan kompaun terhadap pemilik bot nelayan yang dikesan melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 ketika mahu mendapatkan kembali bot mereka yang ditahan.
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyita wang tunai dianggarkan lebih RM21,000, barangan kemas dan jam tangan mewah," katanya.
Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbilah Mohamad Salleh, ketika mengesahkan tangkapan dan tahanan reman itu, berkata tiga suspek itu berdepan siasatan mengikut Seksyen 16 (a)(A) dan Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lagi setahun nak pencen.. Ermmmm |
|
|
|
|
|
|
|
ok lah tuh.. suka naikkan org xjujur pegang pangkat tinggi..yg betul2 kaliber, ada knowldge skill ko abaikan..sesuai lah tuh |
|
|
|
|
|
|
|
msdummy.2018 replied at 15-9-2020 12:13 PM
ok lah tuh.. suka naikkan org xjujur pegang pangkat tinggi..yg betul2 kaliber, ada knowldge skill ko ...
Yg berkualiti, taknak ambik kerja.. yg suka mengular tu jugak la yg diambik |
|
|
|
|
|
|
|
Rasuah ni boleh jadi ketagihan.. mengikut pengakuan seorang yang pernah ditangkap dan dihukum. Bila amalan rasuah ni dah jadi budaya, mmg penerima rasuah dah tak de rase bersalah.. in fact, rasuah yg haram di halalkan dengan putar belit proses dan pemikiran kpd orang luar. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah gila duit macam tu ler jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
Minta maaf nak cakap walaupun terlalu cliche;
Pengarah Jabatan - Melayu
Anak perempuan - bertudung
Menantu - Melayu yang beristeri wanita bertudung
Sad....but that is a phenomenon.
(p.s mungkin terkeluar tajuk, tapi tolonglah hormat dgn imej, jgn cemari agama yang dikendong) |
|
|
|
|
|
|
|
Mana bole tahan uollss...kawan2 sebaya semua dah merasa pakai velfire alphard bercuti sakan sana sini..harap gaji gomen je dgn komitmen baya sana sinun mana cukup |
|
|
|
|
|
|
|
Wah, isu ni dia mcm pelik jer.....suapan utk percepatkan proses siasatan dan rayuan?
Bkn suapan utk melepaskan kesalahan?
Ni dah mcm budaya BAKSHEESH di middle east dah ni.....nk kena hulur utk percepatkan proses |
|
|
|
|
|
|
|
siasat jgn tak siasat, biar yg bersalah dikenakan hukuman setimpal |
|
|
|
|
|
|
|
Berani buat, berani tanggung aarrr |
|
|
|
|
|
|
|
Masyuk betul kerja kerajaan.macam2 cara boleh buat untuk jana pendapatan.
Baru boleh keluar dari B40 . |
|
|
|
|
|
|
|
lain kali jangan guna akaun family..
dah tentu la dorang boleh trace..
guna je akaun pompuan simpanan |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 15-9-2020 04:20 AM
Yg berkualiti, taknak ambik kerja.. yg suka mengular tu jugak la yg diambik
Yang tu pandai jilat bos.. Bos plak pantang dijilat, dipuji terus rekomen naik pangkat |
|
|
|
|
|
|
|
Pemberi rasuah kena tahan x? |
|
|
|
|
|
|
|
haiiiiii sia2 perkhidmatan berpuluh2 tahun tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 15-9-2020 12:20 PM
Yg berkualiti, taknak ambik kerja.. yg suka mengular tu jugak la yg diambik
tuhlah paaal..beria2 post jawatan kosong..last2 yg appply ikut kabel gak dapat...theb aku rasa diaorg ni sesuai g kursus tata negara...ni rasa sayang negara tuh hilang..sb tuh kes rasuah banyak |
|
|
|
|
|
|
| |
|