Kawan rosak penghilatan sebelah mata semasa sekolah menengah sebab virus dari kucing masuk ke salur darah sampai ke mata...ini pengakuan dari dia...
Haiwan peliharaan yang berbulu atau berambut seperti kucing, anjing, arnab, “hamster” dan “guinea pigs” boleh mencetuskan serangan asma-
http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/serangan-asma-dan-faktor-pencetus/
Serangan Asma Dan Faktor Pencetus
Pengenalan Apabila seseorang pesakit asma terdedah kepada faktor pencetus, mereka boleh mendapat serangan asma atau status asma menjadi teruk. Faktor pencetus asma adalah berbeza bagi setiap individu. Jika anda dapat kenal pasti dan kendalikannya dengan baik ini akan dapat mencegah serangan asma.
Apakah faktor pencetus serangan asma? Faktor pencetus serangan asma adalah bahan atau situasi yang boleh merangsang reaksi alahan kepada salur pernafasan. Salur pernafasan akan menghasilkan mukus dengan banyak dan otot saluran pernafasan akan mengecut. Penyempitan salur pernafasan berlaku dan menyebabkan pesakit berasa sesak nafas, batuk serta nafas berbunyi (wheezing).
Pentingnya kenal pasti faktor pencetus asma Status asma anda akan lebih terkawal jika anda dapat menangani faktor pencetus dengan baik. Anda juga boleh mengambil langkah untuk menghindari faktor pencetus yang boleh menyebabkan serangan asma. Faktor pencetus asma boleh terdapat - Dipersekitaran dalaman rumah (indoor allergens)
- Persekitaran luaran rumah (outdoor allergens)
- Pencemaran di udara
Faktor pencetus “indoors allergen” Agen ini terdapat di persekitaran dalaman rumah, sekolah, tempat kerja dan bangunan. Ia mampu mencetuskan serangan asma anda. Ia mungkin tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan tidak anda sedari.
Jenis Berikut adalah “indoors allergen” yang biasa mencetuskan serangan asma. - Hama habuk rumah “House dust mites”
- Haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, arnab
- Serangga seperti lipas
- Fungus atau kulat
|