CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lipans

[Tempatan] Safawi Rasid dilamar Portimonense SC, Kelab Liga Portugal bukannya Syifa Melvin

  [Copy link]
Post time 27-8-2020 03:02 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 27-8-2020 10:27 AM
aduhai...buat malu jek smaapi kena sound dgn org portugal...apa lah sejenis perangai....
klu org  ...

ya lah orang portugal pakai nick Joe Jambul...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2020 03:12 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-8-2020 03:02 PM
ya lah orang portugal pakai nick Joe Jambul...

hhaaa...aku tak baca nick name tu...
tapi apa2 pun awat dia pi kacau page tu...?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2020 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Masyuk boh'
Oleh Syazwan Msar

Safawi Rasid.
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid bakal menjadi pemain paling mahal di Asia Tenggara jika dia mampu membuktikan keupayaan bersama kelab liga utama Portugal, Portimonense SC.

Malah, nilai penyerang kebangsaan yang berasal dari Dungun, Terengganu itu boleh meningkat sekali ganda selepas menempatkan diri dalam pasukan di Eropah, sekali gus menjadi perhatian kelab ternama lain pada masa akan datang.


Ketika ini, mengikut www.transfermarkt.com, tanda harga Safawi mencecah 300,000 pound (RM1.6 juta) dan nilai terbabit akan meningkat hingga RM3 juta jika dia terus kekal beraksi bersama kelab terbabit atau dilamar kelab gergasi Eropah.

Perkara terbabit diakui Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah apabila melihat ketika ini hanya Safawi saja pemain Asia Tenggara bermain di liga utama Portugal itu.

Beliau berkata, menerusi kemampuan yang dimiliki Safawi, tidak mustahil dia boleh bersaing dengan pemain lain selain yakin tidak berdepan sebarang masalah untuk kekal beraksi di Eropah.

"Saya tidak menolak kemungkinan Safawi boleh menjadi pemain paling mahal di Asia Tenggara lebih-lebih lagi jika dia beraksi cemerlang bersama kelab terbabit. Jika mengikut anggaran, gaji seorang pemain Asia di Liga Portugal adalah dalam lingkungan AS$7,000 hingga AS$15,000 sebulan iaitu bersamaan RM30,000 hingga RM70,000.

"Gaji Safawi mungkin boleh mencecah RM70,000 berdasarkan prestasi semasa, namun perkara terbabit adalah subjektif dan itu adalah jumlah yang kemungkinan Safawi peroleh nanti.

"Perkara utama adalah Safawi berpeluang bersaing dengan pemain daripada kelab terkenal seperti Benfica dan Porto yang sememangnya diketahui mempunyai ramai pemain ternama," katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Selasa lalu, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest di laman sosial Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

Safawi juga mendapat 'lampu hijau' daripada majikannya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk melebarkan sayap beraksi bersama kelab itu.

Sementara itu, Effendi yang turut mengenali beberapa individu di Liga Portugal memaklumkan Portimonense SC adalah pasukan berpengaruh dan penghijrahan Safawi ke kelab terbabit adalah perkara yang membanggakan negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2020 @ 7:00 AM
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2020 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by axl_bach at 28-8-2020 11:14 AM

For now tagprice Asean paling tinggi keeper pinoy, followed by Chanathip Songkrasin yg dinilai USD 2,000,000...

Gaji Chanathip di J League pun dah lebih USD40,000 sebulan

Edited : Ada sumber lain plak salary Chanathip di J League dlm Euro 20,600 sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2020 11:11 AM | Show all posts
orang pompuan ni ibarat semut...di mana ada gula, di situ ada semut...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2020 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
kat portugal, prostitution mmg rampant, harapnye safawi dpt mjaga kemaluan, mane tau geng2 bola dia ajak kluar mlm cikcur
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.064856 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list