Jika sebelum ini, pengguna hanya boleh merungut mengenai iklan yang entah apa-apa, namun tiada tindakan daripada pihak berkuasa.
Bagaimanapun, selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan mengenai tindakan terhadap kenyataan iklan keterlaluan, ianya disambut baik oleh ramai warganet.
Bagaimanapun timbul persoalan, sejauh mana keberkesanan 'ugutan' tersebut? Betul-betul bertindak atau 'acah-acah' saja?
foto : Twitter
Menurut laman Twitter KPDNHEP, iklan keterlaluan yang dimaksudkan adalah iklan palsu atau yang mengelirukan pengguna. Sebagai contoh, gambar pada iklan menunjukkan saiz burger adalah dua kali ganda besar, namun burger sebenar yang dijual nipis sahaja.
Oleh itu, KPDNHEP akan menggunakan Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011.
Ianya disambut baik oleh seluruh warganet dengan menyarankan pelbagai iklan keterlaluan yang selama ini bermaharajalela di media cetak, elektronik dan juga media sosial diambil tindakan.
foto : Twitter
Tidak hanya itu, warganet turut menyeru KPDNHEP menjelaskan mengenai penafian pada papan iklan yang turut mengelirukan pengguna. Sebagai contoh, jika iklan tersebut meletakkan gambar hanya ilustrasi semata-mata, sedangkan hasilya tidaklah seperti yang diiklankan, adakah ianya menyalahi peraturan iklan tersebut?
foto : Twitter
Bagaimanapun, bagi mereka yang terbabit dalam industri ini merasakan adalah tidak wajar menyalahkan pengiklan semata-mata. Ini kerana untuk menarik pelanggan memerlukan gambar menarik. Lagi pula, ianya bukan berlaku di Malaysia sahaja, tetapi juga di pelbagai negara.
foto : Twitter
Jadi, bagaimana? Dah bersedia untuk buat laporan mengenai iklan keterlaluan? - CARI
|