Warga emas di Itali didenda 166 euro (RM824) selepas didakwa gagal mengajar ayam jantannya diberi nama Carlino.
Gambar hiasan
Menurut Oddity Central seperti dipetik Harian Metro, Angelo Boletti, 83, juga pesara dari bandar Castiraga Vidardo didakwa mengganggu jiran sekeliling apabila membiarkan ayamnya berkokok terlalu awal setiap hari sekitar jam 4.30 pagi
Bagi kesalahan itu, dia didakwa melanggar undang-undang tempatan apabila gagal memastikan haiwan peliharaan berada sekurang-kurangnya 10 meter dari rumah berhampiran.
Boletti bagaimanapun mendakwa dia tidak tahu mengenai peraturan berkaitan jarak itu.
Kredit foto: Il Cittadino/Fox News
Berikutan itu, rutin Carlino kini dalam pemantauan polis selepas menerima aduan daripada penduduk. - CARI |