GALAKSI VIRAL - Ingin tahu siapakah jejaka paling kacak setiap dekad bermula awal era 1900 an. Definisi kacak, tampan dan segak adalah subjektif kerana ianya bergantung kepada faktor. Contohnya , pernah satu ketika dahulu, jika mempunyai badan tegap akan dianggap kacak walaupun muka biasa sahaja. Di samping itu, ada juga yang menggunakan definisi tampan atau kacak ini berdasarkan citarasa kegemaran terkini (wajah) sesebuah zaman itu. Oleh itu, ianya sangat subjektif, kompleks, dan variasi. Walaupun begitu, di sini GV akan senaraikan nama-nama yang pernah digelar Lelaki Paling Kacak setiap dekad berdasarkan impak dan populariti mereka.
Sean O'Pry
Supermodel Amerika Syarikat
LELAKI PALING KACAK SETIAP DEKADERA 1900 AN
EUGEN SANDOW
Asal : Jerman
Tarikh Lahir : 2 April 1967
Tarikh Kematian : 14 Oktober 1925 (58 tahun)
Kerjaya : Atlet Bina Badan
Catatan :
Eugen Sandow pernah dilabelkan sebagai Lelaki Paling Kacak di Dunia kerana memiliki badan yang tegap dan maskulin. Beliau juga merupakan perintis dan ikon kepada atlet bina badan. Antara momen sejarah yang pernah dilakukan oleh beliau ialah pernah mengadakan pertandingan bina badan pertama di dunia di London pada tahun 1901. Pelakon Hollywood Arnold Schwarzenegger pernah memuja beliau sebagai atlet bina legenda dunia yang tiada tandingannya.
ERA 1910 AN
SESSUE HAYAKAWA
Asal : Jepun
Tarikh Lahir : 10 Jun 1886
Tarikh Kematian : 23 November 1973 (87 tahun)
Kerjaya : Aktor
Catatan :
Sessue Hayakawa adalah salah seorang aktor zaman filem bisu yang sangat popular dan juga ikon filem era hitam putih selain Harold Lockwood di era 1910 an. Pasti ramai masyarakat generasi kini tidak menyangka bahawa pelakon Jepun ini pernah menjadi kegilaan ramai peminat dan sangat berjaya di Hollywood ketika itu. Beliau juga pernah memegang rekod antara aktor paling tinggi bayarannya di Hollywood iaitu $3,500 seminggu pada tahun 1919. Namun, populariti beliau mula merosot apabila sentimen anti Jepun mula menular di negara Barat pada era 1920 an. Walaupun begitu, wajah eksotik Asia beliau sebenarnya telah menjadikan beliau lain daripada lain dan sebab itu jugalah beliau pernah dinobatkan Lelaki Paling Kacak era 1910 an.
|