Edited by cmf_shalom at 22-6-2020 05:07 PM
KUALA LUMPUR – Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap dengan pendirian menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.
Katanya, GPS tetap menyatakan pendirian untuk menyokong gabungan baharu Muhyiddin.
“Kita sudah nyatakan pendirian (sokong Muhyiddin),” katanya kepada media selepas ditemui di rumah Muhyiddin, siang tadi.
Abang Johari Openg dan timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, kedua-duanya tiba di kediaman peribadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk lawatan tidak rasmi hari ini.
Ahli Parlimen GPS itu tiba sekitar jam 6.10 petang.
GPS sebelum ini mengubah sokongan daripada Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Muhyiddin Yassin kerana bekas perdana menteri itu disifarkan “tidak tegas”.
Malah tindakan itu diambil demi mengutamakan kepentingan rakyat Sarawak. -MalaysiaGazette https://malaysiagazette.com/2020/03/01/gps-tetap-sokong-muhyiddin/
Terbaru-katanya abg Joe x nak jumpa nuar...
Baik Sabah/Sarawak fokus kepada pembangunan negeri...politik Malaya x boleh ikut sangat...letih wuuuu
Siapa yg membentuk kerajaan Persekutuan -sokong je..selagi tidak mencari gaduh.
Dari dulu lagi, Sabah, sarawak umpama tali hayat untuk minta sokongan...selepas kuat...Sabah/Sarawak akan dijadikan ulam pula
|