CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1449|Reply: 0

MALAYSIA IDONESIA DALAM SEJARAH PADA 1963-1964

[Copy link]
Post time 21-6-2020 09:48 AM | Show all posts |Read mode




Banyak perkara yang boleh dikaitkan apabila berbincang mengenaihubungan Malaysia dan Indonesia. Perkara yang paling istimewa yanghampir tidak ada dalam hubungan Malaysia dengan negara-negara lainialah soal bangsa serumpun dan persamaan budaya serta agama. Ia jugamenjadi pengikat kepada hubungan dan juga pengimbang dalam setiapmasalah yang timbul dalam hubungan dua hala antara Malaysia danIndonesia. Justeru soal keserumpunan, persamaan budaya dan agamamenjadi retorik utama yang menghiasi sejarah hubungan kedua-duanegara. Persoalannya, apakah sebenarnya keutamaan Malaysia terhadapIndonesia dari segi pengurusan politik dan dasar luar negara. Apakahsoal keserumpunan dan persamaan budaya serta agama akan kekal sejakdari dahulu hingga kini dalam hubungan kedua-dua buah negara. Olehyang demikian kertas kerja ini cuba mengupas perkara tersebut sejakzaman konfrontasi sehingga kini dan cuba melihat apakah elemen utamayang mempengaruhi dasar luar negara terhadap Indonesia. Pendekatanyang digunakan kertas kerja ini ialah pendekatan historiografi dansebahagian sumber rujukan ialah rekod-rekod British yang telah dirujukdi Arkib Nasional British, Kew, London.

PENGENALANHubungan Malaysia dengan Indonesia merupakan satu hubungan tradisiyang diasaskan kepada nilai sepunya dari sudut rumpun bangsa yang sama,persamaan budaya dan agama. Dari segi sejarah, tamadun Melayu yangtelah wujud di rantau ini merupakan kesinambungan tamadun-tamadunyang telah terbentuk di kedua-dua buah negara. Kegemilangan kerajaankerajaan Melayu seperti kerajaan Srivijaya, Majapahit, Melaka, JohorLama, Perlak dan Pasai merupakan penanda aras yang penting dalammenilai pencapaian dan kegemilangan tamadun Melayu di peringkatantarabangsa dalam zaman tersebut. Namun demikian penyatuan initelah pecah berikutan dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belandapada tahun 1824 yang sekaligus telah memisahkan tamadun Melayumenjadi entiti politik yang berbeza akibat perencanaan dua kuasapenjajah. Strategi yang dilaksanakan oleh British dan Belanda ke atasMalaysia dan Indonesia adalah berasaskan kepada kepentingan ekonomidan geo-strategik mereka. Perjanjian ini juga merupakan sebahagian dariagenda “pecah dan perintah” (divide and rule) pihak Barat ke atas alamMelayu ini

CIRI-CIRI KESERUMPUNANSebagaimana yang dinyatakan, susur galur hubungan Malaysia danIndonesia boleh diteliti sejak perkembangan tamadun Melayu di rantauini. Kedudukan Asia Tenggara amnya dan Nusantara khususnya yangberada di antara dua peradaban besar Asia iaitu Hindu dan Buddhamenyebabkan kawasan ini dipengaruhi oleh kedua-dua peradabantersebut. Sehubungan dengan itu kebangkitan peradaban Melayu adalahmelibatkan kedua-dua elemen. Menurut Harrison (1964): South-eastAsia has never been in any sense an isolated or self contain unit. Because of itscrossroads situation on the map of Asia it has always been peculiarly exposedto external infl uences; it has been a meeting ground of commerce, cultures andcivilization.

HUBUNGAN SEBELUM TAHUN 1963Keakraban perhubungan antara dua buah negara tergambar dalam banyakkeadaan. Indonesia mendapat tempat yang istimewa dalam hubunganluar Malaysia. Jika diteliti dari segi dasar luar Malaysia, hubunganantara kedua-dua negara adalah sangat penting kerana selain dari negarabertetangga, Malaysia dan Indonesia mempunyai ikatan persamaanyang jelas dari segi budaya, bangsa dan agama. Ikatan persamaan inisebagaimana yang diucapkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajyang pada masa itu merupakan Ketua Menteri Malaysia (Tanah Melayu)di Mesyuarat Menteri-Menteri di Jakarta pada 8 November 1955

Indonesia merupakan negara pertama yang bukan ahli Komanwelyang mempunyai perwakilan dari Malaysia setelah Malaysia mencapaikemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Manakala pada 17 April 1959,Perjanjian Persahabatan Malaysia-Indonesia telah ditandatangani.Indonesia memberikan makna yang besar dalam sejarah diplomatik duahala Malaysia kerana ia memberikan banyak bantuan terhadap negaraini terutama dalam bidang ekonomi dan sosial. Sehubungan dengan itu,Indonesia disifatkan sebagai “abang besar” kepada Malaysia.Mengulas mengenai hubungan awal ini Ruhanas (2006) menyatakanbahawa selepas kedua-dua negara mencapai kemerdekaan, hubungankedua-dua negara melalui masa yang mencabar. Ini kerana kedua-duanyabaharu sahaja bebas daripada penjajahan yang selama ini mempengaruhihubungan luar mereka. Malaysia dan Indonesia cuba mengukuhkanhubungan persaudaraan di samping menyesuaikan diri dengan statusnegara merdeka dalam arena antarabangsa. Antara cabaran tersebut ialahperbezaan ideologi politik yang diamalkan oleh mereka yang kemudiannyamembawa kepada kemunculan masalah-masalah lain dalam hubungandua hala Malaysia-Indonesia. Dalam soal ini, selepas merdeka Malaysiayang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengamalkanidologi politik demokrasi yang pro-Barat manakala Indonesia yangdipimpin oleh Sukarno merupakan sebuah negara yang berideologikanfahaman nasional sosialis yang mirip kepada komunisme

Sebenarnya sejak dari awal lagi hubungan Malaysia dan Indonesiasering berselang seli dengan beberapa konfl ik kerana beberapa sebabiaitu pertamanya, usaha Indonesia untuk menambah pengawalan ke ataskawasan perairan Selat Melaka yang didakwa untuk mengatasi masalahpemberontakan di Sumatra. Perkara ini dilihat oleh pihak Malaysiasebagai aktiviti cubaan perluasan kuasa oleh Indonesia ke atas negarajirannya. Dalam masa yang sama Indonesia merasakan mereka semakinkuat (DO35/9879, 20 Mac 1959). Kedua, minat Indonesia untuk campurtangan dalam hal-ehwal politik dalaman Malaysia juga boleh membawakepada ancaman kepada hubungan kedua-dua buah negara.Pihak sayap kiri dalam kerajaan Indonesia juga sedang memperkukuhkansokongan mereka ke atas barisan sayap kanan dalam kerajaan Malaysiapada masa itu bagi tujuan untuk menanamkan pengaruh mereka. Selaindari itu dalam tahun-tahun sebelumnya, sebahagian besar dari ahli kabinetIndonesia yang berhaluan kiri memberikan sokongan secara terbukakepada Parti Komunis Malaya (PKM) baik semasa ia masih diiktirafoleh kerajaan British mahupun semasa melancarkan pemberontakanbersenjata. Rekod-rekod British juga menyatakan bahawa kumpulansayap kiri Indonesia lebih memilih untuk memberikan sokongankepada parti-parti pembangkang di Malaysia berbanding dengan PartiPerikatan (gabungan UMNO-MCA-MIC) (DO35/9879, 20 Mac1959). Sehubungan dengan perkembangan ini juga Parti Ra’yat dan PartiBuruh Malaysia lebih banyak mengambil pendekatan yang diamalkanoleh Indonesia berbanding dengan bersetuju dengan program-programyang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia.Ketiga, dari segi persoalan kaum Cina yang merupakan antara aspekutama dalam pertimbangan hubungan antara Malaysia dan Indonesia.Bagi Indonesia mereka cuba meyakinkan pemimpin Malaysia bahawa Seminar on National Resilience230bagi menyelesaikan masalah masyarakat Cina di negara ini, pendekatanyang telah dilaksanakan di Indonesia perlu dicontohi oleh Malaysia; “ eIndonesians know of only one way to deal with Chinese, which is to harassthem until they either leave the country or are cowed into submissiveness.”(DO 35/9951, 24 Oktober 1958). Mereka juga tidak bersetuju dengankerajaan Malaysia yang menggunakan idea membangunkan perkongsianperkauman (racial partnership). Bagi Indonesia idea tersebut sukardifahami dan menyifatkan ia sebagai satu eksperimen. Indonesia jugaragu-ragu mengenai keharmonian kaum di Malaysia. Dalam pada itujuga Indonesia berpandangan sekiranya usaha penyatuan kaum diMalaysia menemui kegagalan, ia akan membawa implikasi ke arahhubungan Malaysia dan Indonesia yang lebih rapat (DO 35/9951, 24Oktober 1958).Berasaskan kepada banyak perbezaan yang wujud dari segi falsafah,pendekatan, sistem dan amalan kerajaan yang berbeza antara kedua-duabuah negara, pihak British menampakkan pendirian bahawa hubunganbaik antara Malaysia dan Indonesia bukan merupakan satu perkara yangnegatif dalam perkaitan hubungan British dengan Malaysia. SumberBritish turut menyatakan bahawa;... She has barely survived a civil war, and been on the worst possibleterms with some of her nearest neighbours.  ese facts help to explainthe apparent lack of drive in her policy towards Malaya but if shesucceeds in putting her own house in order we may expect that everyattempt will be made to extend Indonesian infl uence over Malayaand this cannot but be harmful to the British-Malayan connection(DO 35/9951, 24 Oktober 1958).
Selain dari itu pihak British juga sangat bimbang dengan pengaruhkuasa China ke atas Indonesia yang mampu memberikan kesan terhadapnegara itu (Indonesia) vis-a-vis hubungannya dengan Malaysia (DO35/9951, 7 April 1959). Tidak dapat dinafi kan bahawa negara Chinaketika itu sedang merancang tindakan agresif secara terbuka dan cubacampur tangan di negara-negara di AT. Bagi melaksanakan rancangantersebut China berusaha untuk membentuk negara-negara satelit dirantau ini secara memperkukuhkan pengaruh mereka dalam partiparti komunis tempatan. Mereka juga menggalakkan kewujudan dasar“berkecuali” dalam kalangan negara berkenaan yang lebih bertujuanuntuk menyokong kepentingan China. Dalam masa yang sama merekamenggalakkan gerakan subversif apabila mereka mendapat kesempatan.Di Malaysia, China mendapat lebih banyak peluang melalui sokonganoleh masyarakat Cina yang merupakan majoriti penduduk kedua terbesardi negara ini. Keadaan ini berbeza dengan masyarakat Cina di Indonesiayang dari segi jumlah yang lebih kecil untuk dieksploitasi oleh ChinaKomunis. Selain dari itu gerakan subversif mereka lebih ke arah untukkepentingan PKI dan bukannya kepada Parti Komunis China (PKC)berbanding dengan PKM yang lebih berkiblatkan kepada PKC (DO35/9951, 7 April 1959).

KONFRONTASI INDONESIA-MALAYSIABerasaskan senario hubungan kedua-dua negara pada penghujung tahun1950-an dan awal 1960-an, dapat diperhatikan banyak perkara yangtelah mencetuskan pergeseran di antara Malaysia-Indonesia. Kemuncakkepada senario tersebut ialah meletusnya konfrontasi pada tahun 1963hingga 1966. Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh sarjana-sarjanadalam dan luar negara seperti Brackman (1963), Pluvier (1965), Mackie Seminar on National Resilience234(1974), Zainal Abidin (1980), M. Ghazali (1982) dan Nik Anuar (2000),penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 merupakan titik tolakpenting kepada tindakan ketenteraan Indonesia ke atas Malaysia melaluidasar konfrontasi. Indonesia. Indonesia mendakwa penubuhan Malaysiamerupakan satu agenda Barat yang bertujuan untuk mengepungIndonesia; “  e Jakarta regime has often said, ad nauseum, that neocolonialist Malaysia is a threat to Indonesia and that Malaysia was beingform to encircle Indonesia” (Leifer, 1983).Mengenai penubuhan Malaysia, sebenarnya Indonesia telah sediamaklum mengenai niat British untuk memberikan kemerdekaan kepadaMalaysia dan juga wilayah-wilayah yang berjiran secara bersama dantidak berasingan demi untuk menjaga keutuhan wilayah yang bakalmerdeka itu. Perkara ini diakui oleh Hatta yang dalam pertemuandengan Pesuruhjaya Tinggi British di AT iaitu Malcolm MacDonaldpada pertengahan November 1949 iaitu selepas Persidangan Meja Bulatdi ! e Hague, Belanda. Dalam pertemuan tersebut Hatta menyatakanbahawa beliau akan turut gembira sekiranya British dapat memberikankemerdekaan ke atas Malaysia dan wilayah-wilayah lain;Now that Indonesia has become an independent country, I hope thatBritain will also grant independence to Malaya, Singapore, andNorth Borneo. By doing so, Britain would only continue what shehas started doing with India. It would make me very happy to see aFree Malaya, a Free Singapore and a Free North Borneo beside ourFree Indonesia (Mohammad Hatta, 1965).Menurut Hatta, pandangan ini disambut oleh MacDonald denganmenyatakan bahawa adalah menjadi hasrat British untuk memberikankemerdekaan kepada wilayah-wilayah tersebut tetapi bukan dalam bentukyang terpisah-pisah. Tambah MacDonald, pemisahan wilayah-wilayahitu juga akan melemahkan mereka tambahan pula adalah lebih sesuaiketiga-tiga kawasan tersebut bergabung dalam satu negara (MohammadHatta, 1965).

Namun begitu apabila rancangan penubuhan Malaysia semakin giatdiusahakan oleh para pemimpin Malaysia, pihak Indonesia kian jelasmenunjukkan rasa tidak senang mereka terhadap rancangan tersebut.Meskipun demikian Dr. Subandrio iaitu Menteri Luar Indonesia padamasa itu telah mengucapkan ‘selamat’ kepada penubuhan tersebut danberharap rakyat akan hidup aman dan bahagia dalam penyatuan wilayahyang akan datang. Beliau juga telah memberikan jaminan bahawaIndonesia tidak berhasrat untuk membuat sebarang tuntutan ke ataswilayah Borneo. Ucapan beliau di Majlis Perhimpunan PertubuhanBangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 20 November 1961 yang berbunyi;…when told us her intention to merge with the three British CrownColonies of Sarawak, Brunei and British North Borneo as onefederation, we told them that we have no objections and that wewished them success with this merger so that everyone may live inpeace and freedom…. Naturally ethnologically, and geographicallyspeaking, this British part is closer to Indonesia than, let us say, toMalaya. But we still told Malaya that we have no objections to such amerger based upon the will for freedom of the peoples concerned (NikAnuar, 2000).Tunku memang telah menjangkakan bahawa Presiden Sukarno akanmenentang rancangan penubuhan Malaysia. Namun beliau memberikanjaminan untuk sanggup menanggung risiko yang mungkin dihadapiberikutan dengan penubuhan gagasan tersebut. Menurut Nik Anuar(2000); “Maka itu, Tunku bersedia untuk menanggung a great number ofheadaches bagi menjayakan gagasan sekiranya disokong oleh British”.

PENUTUPMelihat kepada pengalaman hubungan serumpun Malaysia-Indonesia,kedua-dua negara perlu memperkasakan hubungan dua hala denganmemupuk usaha sama strategik melampaui paksi tradisional. PerdanaMenteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pernahmenyatakan bahawa walaupun kedua-dua negara berkongsi asashubungan tradisional yang kuat tetapi tuntutan zaman menghendakiMalaysia dan Indonesia mengatur langkah lebih pragmatik dan salingmenguntungkan. Beliau juga turut menyarankan untuk memperkasakanhubungan itu, kedua-dua negara perlu memupuk kerjasama strategikberasaskan kepentingan bersama yang bersifat ekonomi, sosiobudaya sertabidang politik antarabangsa, teknologi dan pendidikan. Beliau seterusnyaberkata sepanjang lima dekad yang lepas ianya mempunyai pasang surutnamun hakikatnya hubungan kedua-dua terus berkekalan disebabkanoleh faktor serumpun yang wujud sebagai elemen penyatuan hubungan.Sebenarnya hubungan Malaysia-Indonesia telah mempunyai asas danpenerusan yang kukuh. Pengisian dalam hubungan yang sedang wujudhanya perlu disertai dengan persefahaman dan sikap saling memerlukanbanyak di kalangan pemimpin mahupun di pihak rakyat di kedua-duabuah negara.Keakraban hubungan mempunyai potensi membangunkan semula sejarahhegemoni dunia Melayu yang pernah wujud satu ketika dahulu. Ternyatasekali pengurusan politik dan polisi dalam kedua-dua buah negara mampumemberikan kesan yang besar dalam penerusan hubungan Malaysia danIndonesia dalam dekad-dekad yang akan datang. Atau dengan kata lainperanan pihak elit politik sama ada di Malaysia mahupun di Indonesiamemberikan kesan yang besar dalam penerusan hubungan antara keduadua buah negara. Perkara penting supaya dalam mengejar kepentinganekonomi, keselamatan dan keutuhan wilayah, hubungan “adik-abang”yang berkonsepkan bangsa serumpun ini mampu terus bertahan.

Pengaruh Cina Komunis atas Asia Tengara sejak dahulu lagi British dah camur tangan, kes lama berulang kembali, hanya generasi BARU JABATAN NETIZEN jer terpinga pinga tak reti mender..

amiklah pelajaran, siapkan bekalan diri dgn pengajian agama tu terpenting di akhir zaman
semoga bermanfaat...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.070599 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list