|
Tidak seperti kebanyakan orang lain yang teruja apabila Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan, Yatt Hamzah memilih untuk tidak pulang ke kampung demi keselamatan anak-anaknya.
Di ruangan Instagram, pelakon itu memaklumkan tindakannya berikutan penularan wabak yang belum pulih sepenuhnya.
"Raya di rumah saja tahun ni sebab anak-anak kecil. Kita tak berani lah nak keluar macam orang lain. Keselamatan anak nombor satu, yang lain tak penting dah," tulisnya.
Kredit foto: IG Yatt
Dalam masa sama, Yatt berpesan supaya orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Bimbang usaha membendungnya selama ini menjadi sia-sia, katanya.
Dalam hantarannya sebelum itu, Yatt menumpang gembira orang ramai yang kini teruja dapat pulang ke kampung halaman masing-masing.
Namun, besar harapannya agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dan mengingatkan antara satu sama lain.
Kepada anda yang menempuh kesesakan jalan tu, bertabahlah. Apapun, jangan seronok sakan sampai mengabaikan keselamatan diri dan keluarga. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|