CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6605|Reply: 6

Tanam Kangkung, Bayam Guna Penapis, Sesuai Untuk Yang Suka Bercucuk Tanam Tapi R

[Copy link]
Post time 10-6-2020 01:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 10-6-2020 01:12 AM





Minat sangat menanam sayur tapi tiada ruang untuk bercucuk tanam. Ini selalunya dilema mereka yang tinggal di apartmen, flat atau rumah yang tiada ruang untuk berkebun.


Tapi idea perkongsian Yuziyana Yusop membolehkan anda meneruskan minat bercucuk tanam ini.

Dia berkongsi cara menanam kangkung menggunakan mangkuk penapis yang dipraktikkannya.

Bukan saja kangkung tapi cara ini juga boleh digunakan untuk menanam kesum, bayam, salad, sawi, pegaga, selom, kailan oregano, pudina, bayam brazil dan banyak lagi.
Langkahnya boleh ikut cara ini ya




1. Ambil benih kangkung dan rendam selama 24 jam. Boleh dibeli di kedai menjual benih atau baja.

2. Letak tapis atas baldi kecil

3. Tuang sabut kelapa hancur atau cocopeat dalam tapis.
4. Taburkan benih kangkung yang direndam sebelum ini.
5. Selepas itu tutupkan benih dengan selapis nipis cocopeat lembap.
6. Kemudian tutup benih selama dua hari.



Tujuan benih ditutup adalah untuk mengekalkan kelembapan sabut dan cepatkan benih bertunas





.7. Bila sudah bercambah seperti dalam gambar bolehlah letakkan air baja dan terus dedah kepada cahaya matahari.
kuning itu bila terkena matahari akan perlahan-lahan bertukar jadi hijau. Untuk permulaan akar kangkung masih pendek jadi pastikan air mesti kena hingga bahagian bawah tapis




.8. Ini gambar hari kelima


Air baja perlu ditambah, bukan ditukar. Air baja akan semakin susut diserap oleh akar. Penggunaan baja: Minggu pertama – 10ml baja AB + 2 liter air, minggu kedua – 15ml baja AB.9. Tempoh tuaian dari mula semai 21-25 hari
Selamat mencuba!






Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2020 06:39 PM | Show all posts
idea yang best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2020 07:04 PM | Show all posts

kalau minat berkebun ni.memang happy
kalau tengok apa yang di buat menjadi.
ada seseorang yang nak kan hasil cepat
hobby menanam apa2 kurang sesuai tu hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2020 09:48 PM | Show all posts
terima kasih ,info yang bermanfaat .
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2020 10:41 AM | Show all posts
air dia selalu kena rotate la yer?

sabut tu ada jual jugak ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2020 02:37 PM | Show all posts
dekmieDandy replied at 11-6-2020 10:41 AM
air dia selalu kena rotate la yer?

sabut tu ada jual jugak ke?

cuba awak masuk dan tengok post ni dalam facebook
akak tu,ada buka status dia tanam ni,dan baca2 dulu
komen2.

KLIK SINI
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2021 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 pun kena rajin.
Pernah buat tanam dalam tapis. Tapi rasa lebih mudah tanam dlm pasu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.058448 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list