Nampaknya, bekas isteri Cef Fikree yang terpalit dengan kontroversi kecurangan suaminya turut terpanggil mengulas kisah artis melarikan isteri orang.
Menerusi Instagramnya, Syarifah Zuriehan Ben Yahya menyiifatkan kes sedemikian tidak akan berlaku kalau bukan suka sama suka.
Kredit foto: IG
"Kalau bertepuk sebelah tangan, tak menjadi tango lah. Saya dah jumpa banyak isteri dan suami yang ada masalah sikit dengan satu sama lain, terus nak cari lain.
"Terus nak bercinta dengan orang lain, lepas tu canang pasal pasangan sana sini," tulisnya.
Zuriehan berharap agar orang ramai tidak terlalu mengikut nafsu mementingkan diri sendiri.
Kredit foto: IG
"Boleh tak fokus bab anak kejap, jangan nak penting diri ikut nafsu sangat?
"Kalau fokus bab anak, nak jaga ibu bapa dan jaga hubungan dengan Tuhan, mesti tak ada masa nak bergaduh, apatah lagi makan luar," pesannya.
Kredit foto: IG
Sebelum ini, kecoh apabila seorang aktor didakwa melarikan isteri orang, namun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Ramai setuju dengan kenyataan Zuriehan itu. Kalau tak bertepuk sebelah tangan, masakan boleh berbunyi, kan? - CARI |