View: 4405|Reply: 42
|
Covid-19 tidak akan hilang, tetapi sentiasa ada seperti virus HIV -WHO
[Copy link]
|
|
Covid-19 tak akan hilang -WHO
Agensi
Washington: Koronavirus baharu atau Covid-19 tidak akan hilang, tetapi sentiasa ada seperti virus HIV, kata seorang pegawai kanan di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
FOX News melaporkan Dr Mike Ryan yang bertanggungjawab berhubung isu kecemasan dengan badan dunia itu berkata demikian pada satu taklimat dalam talian, pada Rabu.
"Adalah penting untuk kita ingatkan: Virus ini adalah endemik di dalam komuniti. Ia mungkin tidak akan lenyap begitu sahaja," katanya.
Menurutnya, semua pihak perlu realistik dan tiada yang boleh menjangka bila Covid-19 akan lenyap.
"Saya fikir tiada jaminan dalam hal ini dan tiada tarikh (untuk virus itu lenyap). Ia akan mungkin menjadi masalah jangka panjang atau mungkin juga tidak," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2020 @ 9:57 AM
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HIV lain cara sebaran dia.. yg covid ni lain.. covid ni lain mcm punya pukulan.. |
|
|
|
|
|
|
|
yes...mcm dr Jemilah mercy tu ckp, mcm kita hidup bersama denggi..denggi tu sentiasa je ada..tapi denggi cara jangkitan lain..covid ni sesama manusia pun xleh dekat..huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Covid-19 Tak Akan Hilang - WHO
Memetik laporan Berita Harian, amaran daripada WHO ini adalah berita yang agak menyedihkan buat seluruh masyarakat di dunia.
Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran bahawa COVID-19 tidak akan hilang dan masyarakat perlu menerima hakikat dan belajar hidup dengannya.
Virus COVID-19 pertama kali muncul di Wuhan, China pada penghujung tahun lalu kini sudah menjangkiti lebih 4.2 juta orang di seluruh dunia dan membunuh hampir 300,000 di seluruh dunia.
Foto: Hello Doctor, NDLink
Pada pendapat penulis, negara-negara yang melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) juga tidak dapat membendung sepenuhnya wabak ini dan akan ada kes baharu setiap hari.
"Kami mempunyai virus baharu yang menyerang populasi manusia, oleh itu sangat sukar untuk diramalkan bila kita akan mengatasinya," kata Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan.
"Virus ini mungkin menjadi virus endemik lain di kalangan penduduk dunia ketika ini dan ia mungkin tidak akan pernah hilang.
"Seperti jangkitan HIV tidak hilang - tetapi kita telah mengatasi virus ini.
"Lebih daripada separuh penduduk dunia terpaksa mengikut perintah berkurung sejak krisis kesihatan ini bermula lebih enam bulan lalu," kata Ryan pada sidang media maya di Geneva.
Foto: Berita Harian
Justeru, WHO memberikan amaran kepada seluruh negara di dunia untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga tanpa leka.
"Banyak negara ingin keluar (daripada pandemik COVID-19) dengan cara yang berbeza.
"Jadinya, kita mencadangkan supaya setiap negara sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga pada tahap tertinggi," kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. - CARI
- Sebar kebaikan tolak keburukan! |
|
|
|
|
|
|
|
Maknanya pakcik aku duduk dekat rumah aku ni sampai bila2 la.... Hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulan...
Mudah untuk kita mati, so bertaubatlah, maut akan datang bila2 masa ....ampunilah aku
|
|
|
|
|
|
|
|
LostStar replied at 14-5-2020 01:19 PM
HIV lain cara sebaran dia.. yg covid ni lain.. covid ni lain mcm punya pukulan..
Hiv nie tak dak persetubuhan, kongsi jarum tak kena. Yg covid nie salam jer ngan oeg yg positif alamat nyer tepuk dahi la |
|
|
|
|
|
|
|
Aku anggap musibah covid-19 ni sbg persediaan menghadapi doomsday. Kita tak bole nk predict or bygkn kedahsyatan kiamat. Cukuplah baca2 or dgr ceramah ustaz psl kiamat pon dah rasa takut & insaf. Better kita bersedia dr segi mental, fizikal, spiritual & what not. Im not a doomsday prepper though. |
|
|
|
|
|
|
|
Hakikat yang pahit untuk ditelan |
|
|
|
|
|
|
|
berdoalah...malam2 terakhir Ramadhan ni..mana tau ada doa yg diangkat hapuskan covid ni dari muka bumi...walaupun mustahil..nak hidup balik mcm sblm covid... |
|
|
|
|
|
|
|
adakah sampai satu masa nanti kita kena terima hakikat bila dijangkiti dan nyawa dah tak lagi berharga |
|
|
|
|
|
|
|
Solution - vaccine
In the meantime before the vaccine arrived - keep social distance, wear masks, wash hands regularly, work from home if possible, protect the children, old folks and people with chronic disease from getting infected ...
Embrace the new norm way of life. |
|
|
|
|
|
|
|
And now the end is near.....
And so We face the final curtain....
|
|
|
|
|
|
|
|
nama pun virus, tak ada ubat...
HIV ada laa jugak ubat yg boleh telan
sama2 lah kita berjaga2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Blahlah WHO. Ko patut kluar warning awal2 lagi pasal wuhan virus ni, tpi si tedros bangang ni tunduk pulak dgn tekanan China. Kalau WHO kluarkan global warning awal2..takdenya sampai satu dunia kucar kacir skrg ni. Biar china handle sendiri virus dorg ni
WHO ni mmg something wrong pun..nak namakan wuhan virus pun dia bangkang..rasisme katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Harus amalkan kebersihan {:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
djzara81: Aku anggap musibah covid-19 ni sbg persediaan menghadapi doomsday. Kita tak bole nk predict or bygkn kedahsyatan kiamat. Cukuplah baca2 or dgr ceramah ...
Banyak tengok netflix ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 14-5-2020 01:30 PM
Maknanya pakcik aku duduk dekat rumah aku ni sampai bila2 la.... Hmmmm
Kenapa pakcik uols stay dgn uols? I baru tau ni. Rumah sewa uols tu ke or rumah family? |
|
|
|
|
|
|
| |
|