Membesarkan anak kelainan upaya (OKU) bukan sesuatu yang mudah. Walaupun begitu, anak OKU tidak sepatutnya dianggap bebanan bagi mereka kerana mereka juga amanah yang diberi Allah kepada kita.
Pengacara televisyen terkenal Ahmad Fedtri Yahya berkongsi kekecewaannya mengenai komen seorang penjaga mendesak agar kelas PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) dibuka semula kerana tidak tahan menjaga anak OKU.
Kredit Foto: FB Fedtri Yahya
Komen berkenaan dibuat menerusi siaran langsung pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kes COVID-19.
Kredit Foto: FB Fedtri Yahya
Fetri turut berkongsi luahan seorang guru PKKI yang berkongsi rasa yang sama dengannya.
Kredit Foto: FB Fedtri Yahya
Rata-rata netizen turut berasa geram dengan komen dibuat ibu bapa berkenaan.
Anak istimewa memerlukan perhatian dan penjagaan terbaik daripada ibu bapanya sendiri, bukan orang lain.
Malah, ia tiket untuk ibu bapa ke syurga jika melayan dan menyantuni mereka sebaiknya. - CARI
|