CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7591|Reply: 83

[Tempatan] Contoh SOP makan di restoran ( Video ) dan peraturannya

  [Copy link]
Post time 4-5-2020 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by i_is_kennot at 4-5-2020 12:09 PM

  


  



Untuk pengusaha restoran dan kedai makan yang ingin beroperasi semula, ikuti SOP dan langkah mudah yang diberi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ini:
Pengusaha kedai makan/restoran sudah boleh pergi membersihkan premis masing-masing dan lain-lain alatan seperti meja dan kerusi makan serta perkakas dapur (pinggan, sudu, periuk dan lain-lain alat memasak) juga membeli stok barang-barang mentah.

1. ) Pastikan meja disusun dengan jarak sekurang-kurangnya 2 meter antara satu meja dengan meja yang lain. Ini penting supaya di tengah-tengahnya ada ruang yang agak luas untuk pelanggan dan pekerja lalu, dan ada jarak yang selamat antara pelanggan yang makan di situ.

2.) Untuk pastikan penjarakan sosial ketika pelanggan makan, letak notis di setiap meja hanya satu orang, dua orang atau tiga orang dibenarkan makan bergantung kepada saiz meja. Kalau meja kecil mungkin satu orang atau dua orang sahaja dibenarkan. Kalau meja besar, mungkin tiga orang atau empat orang. Ini ditentukan pemilik premis restoran/kedai makan.

3.) Buatkan garisan di lantai depan kaunter bayaran. Ukur garisan sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain. Ini untuk memastikan pelanggan beratur dengan jarak sekurang-kurangnya satu meter di depan atau di belakang pelanggan yang lain ketika mereka hendak membuat bayaran.

4. ) Sediakan hand sanitizer di kaunter bayaran. Pelanggan yang dah bayar boleh gunakan hand sanitizer untuk bersihkan tangan. Sediakan juga sabun atau hand wash yang mencukupi di tempat basuh tangan.

5 .) Beli penyembur pembersih meja yang mencukupi. Setiap kali selepas pelanggan makan, beritahu pekerja supaya bersihkan meja cepat-cepat sebelum pelanggan lain duduk.

6. ) Beli face mask. Beri kepada pekerja dan pastikan mereka pakai face mask setiap masa. Tauke restoran/kedai makan pun kena pakai face mask.

7.) Pada hari pertama restoran dibuka, seboleh-bolehnya periksa suhu badan pelanggan sebelum dia dibenarkan masuk ke restoran. Boleh guna alat pengimbas suhu yang sesuai untuk periksa suhu badan pelanggan.

8. ) Catat nama dan nombor telefon pelanggan serta tarikh dan masa mereka datang ke restoran. Ini penting kerana jika ada kes positif COVID 19 yang melibatkan salah seorang pelanggan, pelanggan-pelanggan lain yang datang pada hari itu boleh segera dikesan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2020 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantai tu akn terbuka utk simpan meja dan kerusi di bwhnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
no talipon tu ada je kemungkinan pelanggan bagi nombor yg dah tak aktif. silap2 ada pulak restoran yg buat side bisnes jual no talipon
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
beli tapau sudah lah
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni semlm punye citer di Bangsar. Polis tlaksa dtg clear crowd suruh follow SOP.  yg ni gambar sebelum polis dtg

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
polis datang bagi tazkirah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2020 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 4-5-2020 12:15 PM
beli tapau sudah lah

X fresh la klu tapau
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepada yg nak sangat makan bersuap2.. yer la nak tayang keromantikan kpd umum...disediakan sudu dan garfu sepanjang satu meter...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2020 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 4-5-2020 12:17 PM
Ni semlm punye citer di Bangsar. Polis tlaksa dtg clear crowd suruh follow SOP.  yg ni gambar sebelu ...

Tlaksa? Awat, hang ngidam laksa ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2020 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 4-5-2020 12:17 PM
polis datang bagi tazkirah

Kerusi tu di susun konon2 utk nk tunggu tapau lah kann sekali satu rombongan maju ke depan.. Adeihh
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 12:32 PM | Show all posts
i_is_kennot replied at 4-5-2020 12:23 PM
Kerusi tu di susun konon2 utk nk tunggu tapau lah kann sekali satu rombongan maju ke depan.. Adeih ...

aah iols pun pk bende sama... silap2 orgyg dtg dulu elok je.. tunggu tun dukkat kusi.. skali 1 gerombolan dtg potong que terus je menonong masuk.. mau x bengang org yg duk kat kusi...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 12:51 PM | Show all posts
harizs replied at 4-5-2020 12:17 PM
Ni semlm punye citer di Bangsar. Polis tlaksa dtg clear crowd suruh follow SOP.  yg ni gambar sebelu ...

ni kelakar kan....apa fungsi entah kusi kat luar tu kalau reramai bersempit kat depan tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 01:18 PM | Show all posts
Tak payahlah makan di kedai.  Waiter dah jalan ke sana, ke sini, serve pelanggan sana, pelanggan sini.

Yakin 100% dia tak bawa virus?? .. serammmm....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak tidak menyukai makan di kedai kerana kedai di negara ini sungguh tidak bersih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2020 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
bulan_gerhana replied at 4-5-2020 12:32 PM
aah iols pun pk bende sama... silap2 orgyg dtg dulu elok je.. tunggu tun dukkat kusi.. skali 1 ger ...

Itu kelakuan sblm pkp selalu berlaku,   menonong jahh.., lepas tu buat2 tak sengaja/tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 02:32 PM | Show all posts
boleh ke ni? kalau rakyat jenis berdisiplin ok la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2020 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
dgn keadaan org ramai yg x disiplin,  elok tutup semula.  sehingga mrk boleh patuh SOP
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 4-5-2020 01:22 PM
Akak tidak menyukai makan di kedai kerana kedai di negara ini sungguh tidak bersih

Bagaimana dgn restaurant international atu restaurant local yg branded?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 4-5-2020 12:17 PM
polis datang bagi tazkirah

Dekat opis aku tadi pun ramai pergi bank, pergi restoran... Ramai kaum tu je
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2020 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 4-5-2020 12:17 PM
Ni semlm punye citer di Bangsar. Polis tlaksa dtg clear crowd suruh follow SOP.  yg ni gambar sebelu ...

Apalah yang susah sangat diorang ni nak paham ha.

Virus yang tak nampak tu lagi bahaya dah la boleh buat mati sibuk nya lah nak mentekedarah pikir pasal nafsu makan tak habis-habis. Buat sabar boleh?   beratur berjarak kalau ye ketagih makanan pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.076615 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list