Ramadan yang jatuh di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini memberi hikmah besar kepada umat Islam terutamanya yang berada di rumah.
Inilah masanya untuk beribadah dan mengeratkan hubungan seisi keluarga. Bagaimanapun, mesti ada individu bermasalah yang merasakan puasa sebagai penghalang untuk melakukan sebarang kerja rumah.
Jadi, untuk mengatasi masalah ini, seorang pengguna Twitter, Inche Gabbana memberikan 10 tip untuk mengekalkan kecergasan walaupun berpuasa.
Kredit foto: Twitter
Bagi Gabbana, tip kedua yang akan mengekalkan tahap produktiviti setiap individu adalah kerja rumah perlu dilaksanakan pada waktu pagi.
Usah bertangguh sehingga ke petang kerana ketika itu, tenaga sudah pun berkurangan.
Kredit foto: Blog
Seterusnya, jangan terlalu menekan diri mahukan kesempurnaan kerana ia menyebabkan keletihan sepanjang hari. Kemudian, isilah masa terluang dengan membaca al-Quran.
Kredit foto: Twitter
Tidak hanya memperuntukkan masa untuk kekuatan rohani, dia juga mencadangkan kita menghayati hikmah puasa itu sendiri. Jangan bazirkan masa dengan perkara yang tidak membawa sebarang manfaat.
Blog
Paling penting, luangkan masa selama lima minit untuk berdoa, yakni sebelum berbuka puasa bagi mendapatkan doa yang makbul.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: FB
Sesungguhnya Ramadan adalah peluang untuk menambahkan amal pahala, jadi gunakan sebaik mungkin ya. - CARI
|