CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1208|Reply: 4

Pak Guard Ditikam Lepas Suruh Lelaki Pakai Topeng

[Copy link]
Post time 22-4-2020 11:05 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pengawal keselamatan di Bekasi, Indonesia ditikam lelaki tidak dikenali selepas mengarahkan suspek memakai topeng mulut dan hidung.


Memetik TribunNews, kejadian dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kompleks perumahan di Bekasi.


Menerusi rakaman berkenaan, kelihatan dua lelaki menaiki sebuah motosikal tiba-tiba menyerang seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di pintu masuk perumahan berkenaan.




Kredit foto: news-r.ru




Jurucakap polis Kompol Sutoyo berkata, dua hari sebelum kejadian berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek yang menunggang motosikal tanpa memakai topeng.


Pertengkaran tercetus selepas lelaki itu disuruh pengawal keselamatan terbabit untuk memakai topeng.


Bagaimanapun, tidak pasti sama ada teguran itu dibuat secara kasar sehingga berlaku pertengkaran.


Tambah Kompol, pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek berdendam selepas ditegur menyebabkan dia kembali ke tempat kejadian dua hari kemudian dengan senjata tajam.

"Suspek turun dari motosikal dan menyerang pengawal keselamatan terbabit sementara rakannya berjaga di motosikal berkenaan sebelum kedua-duanya melarikan diri dari tempat kejadian," katanya.


Difahamkan, suspek yang kini dalam buruan polis bukan penduduk di kawasan perumahan berkenaan.


Sementara itu, mangsa dilaporkan bernasib baik lukanya tidak parah dan dia kini dirawat di hospital. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2020 09:51 AM | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa la salah guard tu sampai di tikam
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 09:06 AM | Show all posts
eeeiiii... seramnya
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2020 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Takutnya dunia Ni mcm2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.061569 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list