CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
Author: kuppit

[Aduan] Contoh Kes-Kes Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

[Copy link]
Post time 21-7-2015 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy nk tnye gak.

Kes sy pasal beli barang auction dr org tgh. Sy dh bank in duit kat org tersebut bulan 4 lepas. Tp smpai skng xdpt ape2 lg. Bley ke nk wt tuntutan?
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 7-8-2015 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya kalau berkenaan tipu pasal jualan online sebanyak 300 boleh tak buat tribunal tuntutan ???
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
@kuppit jawab boleh tak ??? Serius ni . Saya ditipu serta kawan2 seramai 120 org .. Tipu bussiness online yg konon menjanjikan pulangan yg lumayan .. Jadi saya mmasukinya sebanyak 300 , dan ada di antara mereka yg memasuki sebanyak 20/30/60/150 ringgit .. Jadi boleh ke kami buat tuntutan secara berkumpulan atau individu sahaja ?? Dan boleh ke kami buat tuntutan di tribunal ??
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 09:16 AM | Show all posts
kuppit replied at 9-5-2005 01:24 PM
setiap award yang dikeluarkan oleh PRESIDEN TTPM akan disahkan oleh mahkamah tempatan dan ses ...

Kes rumah lambat siap macam kes saya ni, dah forward kat Tribunal dan dah masuk mahkamah tribunal. Semua procedure ikut, malah syarikat pemaju pun dah dipanggil untuk bicara dan pemaju setuju nak bayar by installment.
Sampai sekarang pemaju tak bayar satu sen pun. Bila saya tanya TTPM dulu selepas sahaja bicara, dia orang cakap, dia orang akan ambil tindakan jika pemaju tak nak bayar.
Bila dah jadi macam ni, tanya balik kat TTPM, dio orang kata tak boleh buat apa. Sebaliknya suruh lanjutkan perkara ni ke mahkamah luar.

So, nothing yang boleh membantu.

Note: Saya rujuk kes ni ke TTPM pun sebab dengar ada yang dah berjaya tuntut.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 09:54 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua..rasa trpanggil nk join thread ttg tuntutan TTPM ni

Skrg ni kami sdg dlm proses nak fight utk dpt kan hak kami sbg pemilik kereta sbb dah kena naya dgn satu company besar yg byk jual kereta dia kt org Msia tp bila ada prob semua kos caj atas pembeli n x bg claim warranty. Total kos hampir rm17,000 suruh kami byr kl nak ambil kereta kami.

kereta kami bru beli awal thn lps tiba2 break down & dah 2 bin dok dlm woksyop yg berdaftar dgn company ni. Kami tggu nak tau rosak apa dekat sebulan bru dia bgtau prob yg akal kami x boleh terima sbb dia cuma ckp xde bukti yg kete kami dah kena"lightning struck"@kene panah petir katanya..kami x puashati lgsung dgn cara customer Service dia bgtau kami g tgok kereta mmg xde kesan pon n mmg x diberitahu secara detail prob apa sbb bila tny dia ckp P&C

Kami g buat report polis n aduan ke TTPM. TTPM dah pggil kami utk pendengaran kes kali pertama bru2 ni tp blm bg keputusan sbb dia akan panggil lg sekali bln depan.ambik masa sebulan lg le nampaknye..dah lah kena ambik cuti x pasal2

Cuma nak mnt pendapat kt cni mungkin ada cara yg boleh bantu kami segera kan proses ni sbb skrg ni mmg prob nak pg kerja kereta masih ada kt worshop tu . Ansuran kereta byr tp kereta x boleh guna.. Oh mmg menguji kesabaran..

Atau perlukah kami mengambil tindakan undang2 lain pd ms yg sama (blum buat aduan ke biro bantuan guaman lg sbb x tahu cara n buntu)skrg ni mmg x puashati cara wakil company tu jwb dlm pendengaran kes bru ni.mungkin yg ada pgalamn tuntut hak melalui TTPM boleh bg cadangan utk kami

@kuppit mgkin boleh bg feedback
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:12 PM | Show all posts
tribunal ni macam takde fungsi je..patut la siap promote kat job fair bagai.. pegi tribunal pasal kes tuntutan interest yg sepatutnya tak kena bayar. tapi last2 tribunal suruh bawak pegi court lak.. buang masa betul

Comments

TTPM berfungsi cuma takde promosi di akhbar dan media seperti kes-kes lain.  Post time 28-8-2015 02:33 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2015 02:32 PM | Show all posts
Tasha_Ahfai replied at 8-8-2015 07:48 AM
@kuppit jawab boleh tak ??? Serius ni . Saya ditipu serta kawan2 seramai 120 org .. Tipu bussiness o ...

Boleh secara berkumpulan sebab di Sabah pernah terjadi kes begini. Dorang tuntut ramai2

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2015 02:37 PM | Show all posts
Qsara replied at 19-8-2015 09:54 PM
Assalamualaikum semua..rasa trpanggil nk join thread ttg tuntutan TTPM ni

Skrg ni kami sdg dlm p ...

Saya faham situasi saudari tapi just nak bagi cadangan. Pernah sekali di TTPM kes begini berkaitan lambat menyiapkan kereta selama 1 bulan dan ianya adalah kesalahan pihak worksyop. Pengadu telah menyewa kereta lain selama sebulan dan kos tu dia tuntut sekali kepada PYD (Worksyop) waktu pendengaran tu. Dia dpt balik kesemua kos yang dia dah rugi dengan syarat ada dokumen2 yang berkaitan contoh spt resit dll..

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
 Author| Post time 28-8-2015 02:39 PM | Show all posts
Ipo replied at 11-8-2015 09:16 AM
Kes rumah lambat siap macam kes saya ni, dah forward kat Tribunal dan dah masuk mahkamah tribunal. ...

Jika Award TTPM tidak disempurnakan oleh Pihak Yang Diadu, Saudara / Saudari kena bawak Award @ Perintah tu ke TTPM dan kata tidak ada tindakan dari PYD. Bahagian Penguatkuasa KPDNKK yang akan uruskan kes tu di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang mana PYD boleh dikenakan denda sehingga RM1000 sehari sehinggalah dia selesaikan award tu kepada awak.

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 03:05 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 28-8-2015 02:09 PM
kuppit replied at 28-8-2015 01:39 PM
Jika Award TTPM tidak disempurnakan oleh Pihak Yang Diadu, Saudara / Saudari kena bawak Award @ Pe ...

Saya dah bawa award dari TTPM tu  ke tribunal,  pegawai itu kata kalau pemaju tak nak bayar, mereka pun tak boleh buat apa. Dah tu, suruh selesai di mahkamah luar. Award tu macam tak ada benefit apa2. kalau ikut award tu, pemaju kena bayar bermula bulan dua tahun lepas selama sepuluh bulan. iaitu rm5k sebulan. Masa bulan dua, kami tunggu juga, kut2 pemaju dah bayar. Rupanya tak bayar sesen pun. kami bawa award dri tribunal ke pejabat pemaju. Dia orang buat dek je. Lepas tu, kami jumpa semula pegawai tribunal, itulah yang dia cakap, tak boleh buat apa.

Kenapa masa saya tanya pegawai yang bertugas selepas sahaja bicara, dia kata pemaju wajib bayar. kalau tak, tribunal akan ambik tindakan. Tapi lepas tempoh yang diberikan kepada pemaju, masih tiada apa2 bayaran kami terima, bila tanya semula dengan pegawai tribunal, mereka cakap tak boleh buat apa-apa pulak. Tindakan pun tak diambil pada pemaju tu.

Let say, kalau saya pergi lagi sekali ke tribunal, bawa semua dokumen tu (award), apakah tindakan pihak tribunal kali ini? Apakah kami boleh teruskan menuntut wang pampasan dari pemaju menggunakan award dari tribunal?

maaf...banyak soalan..saya dah buntu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 03:06 PM | Show all posts
double post..maaf...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuppit... tolong. Sy nak buat tuntutan tapi tribunal tolak sebab case tahun 2012..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2015 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sy antar kucing di klinik vet di batu berendam melaka tp kucing itu hilang atas kecuaian pekerja di sana, bole x sy buat tuntutan tribunal pengguna?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2015 03:56 PM | Show all posts
Ipo replied at 28-8-2015 03:05 PM
Saya dah bawa award dari TTPM tu  ke tribunal,  pegawai itu kata kalau pemaju tak nak bayar, merek ...

Awak kena bawak Award tu ke pejabat KPDNKK berhampiran jikalau TTPM tak nak wat apa2 sebab kuasa di bawah Bahagian Penguatkuasa KPDNKK

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2015 03:57 PM | Show all posts
Lilysza79 replied at 7-9-2015 06:40 PM
Kuppit... tolong. Sy nak buat tuntutan tapi tribunal tolak sebab case tahun 2012..

Kes yang valid adalah 3 tahun dari tarikh kejadian.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2015 03:57 PM | Show all posts
illa replied at 24-9-2015 02:36 PM
sy antar kucing di klinik vet di batu berendam melaka tp kucing itu hilang atas kecuaian pekerja di  ...

Jika ada kerugian, silalah buat tuntutan

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 29-9-2015 05:51 PM | Show all posts
kuppit replied at 28-9-2015 02:56 PM
Awak kena bawak Award tu ke pejabat KPDNKK berhampiran jikalau TTPM tak nak wat apa2 sebab kuasa d ...

oh ya ke?

ok terima kasih. Saya akan cuba.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 02:12 PM | Show all posts
tumpang tanya mod @kuppit, pada awal bulan 10 saya ada membuat deposit sebanyak RM5k ke sebuah syarikat yg kononnya menjual kereta. saya pun ada pergi ke kedai sendiri dan tengok keadaan kereta. kami ada surat perjanjian yg dia memerlukan 21hari bekerja untuk memproses urusan pinjaman, tetapi sampai kini senyap tanpa berita. bila kita tnya, dia kata dalam proses.

rupanya dia hanya menipu sahaja sebab ramai lagi yg dia janjikan untuk proses pembelian kereta ni. sekarang ni mereka dah lari dan kedai kereta tu kata tak kenal pun dengan mereka. kami bayar deposit atas nama satu syarikat, dan syarikat pun katanya baru saja ditubuhkan.

saya hanya ada alamat rumah pemilik syarikat tersebut, dan rumah tersebut pun dah kosong.

boleh ke saya bawa aduan saya ke Tribunal? ada harapan untuk dapat semula duit tak sebab org yg berkenaan dah lari..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 11:30 PM | Show all posts
kes saya yang terlibat dengan perkhidmatan pelansingan badan. Pihak perkhidmatan pelansingan telah menggunakan alasan saya sudah tandatangani resit dan dalam resit memang telah dinyatakan no refund. Sedangkan hakikatnya saya telah diperdaya untuk meneruskan pakej. dan bayaran sudah pun dibuat. Saya belum memulakan apa apa rawatan. Saya ada nyatakan yang saya tidak berminat untuk mengambil pakej mereka dan meminta mereka membatalkan traksasi pada awalnya. tetapi disebabkan tipu daya  , mereka menyatakan tidak membatalkannya disebabkan sudah key in dalam sistem dan akhirnya  saya telah terpedaya. Kes saya ini juga saya telah kemuka pada pihak bank malang tiada dapat mereka lakukannya.  Harapan saya pada tribunal sekarang dan kes saya masih dalam siasatan. Malangnya saya sudah berputus asa disebabkan keputusan bank  dan juga kata kata mereka yang saya tidak akan menang disebabkan saya sudah sign resit ' no refund'. Apa patut saya buat?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Reene4 mcm sama plak kes awak dgn saya.. Dah lapor kan ke tribunal... Hair treatment.. Rase terdesak sign semua pakej tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-8-2022 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.087782 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list