Seorang lelaki memohon maaf selepas bercakap besar di sebuah pesta Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Amerika Syarikat.
Dalam temu bual bersama Reuters yang dimuat naik di saluran YouTube Al Arabiya English, Brady Sluder seolah-olah mencabar kematian dan pandemik Covid-19.
Difahamkan, Sluder merupakan salah seorang daripada ribuan peserta pesta yang diadakan di pantai Miami anjuran sekumpulan LGBTQ di AS kononnya bertujuan mengumpul dana.
Dalam temu bual itu, Sluder dengan sombongnya mendakwa tidak gentar dengan Covid-19.
Kredit foto: nbc News/Getty Images
"Kalau memang nak dijangkiti Korona, biarlah. Ia tidak akan menghalang saya daripada berpesta," ujarnya.
Menurut Reuters seperti dipetik Murai, pesta berkenaan diadakan dari 4-10 Mac.
Katanya, mereka sudah merancang trip bagi menyertai pesta berkenaan sejak dua bulan sebelum itu lagi dan tidak akan membatalkan rancangannya hanya kerana Covid-19.
"Apa nak jadi pun, jadilah," katanya.
Selepas kenyataannya itu tular dan mendapat kecaman keras, Sluder tampil memohon maaf di Instagramnya.
Katanya, dia menyesal kerana tidak sensitif dengan isu penularan wabak maut itu.
Kredit foto: IG
Difahamkan, beberapa minggu selepas pesta itu diadakan, beberapa pengunjung disahkan positif Covid-19 walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom ketika menghadirinya.
Menurut Murai, Florida kini mencatatkan 15,698 kes dengan 323 kematian. - CARI |