CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: julia5094

MENIAGA DI SHOPEE UNTUK TAMBAHKAN PENDAPATAN

  [Copy link]
 Author| Post time 8-3-2021 03:42 PM | Show all posts
totokreturn. replied at 6-3-2021 11:34 AM
mcm mana nak dapat preferred+ kat sopee

Dia ada banyak requirement dia. Salah satunya kena dapat slae at least 70 order sebulan. Rating kena lebih 4.7 bintang. Chat respond kena lebih 80% ke..mcm tu la...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 09:19 AM | Show all posts
julia5094 replied at 8-3-2021 03:42 PM
Dia ada banyak requirement dia. Salah satunya kena dapat slae at least 70 order sebulan. Rating ke ...

oo ingatkan company besar2 je bleh dpt, rupanya rakyat marhaien pun bleh
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 04:35 PM | Show all posts
julia5094 replied at 8-3-2021 03:42 PM
Dia ada banyak requirement dia. Salah satunya kena dapat slae at least 70 order sebulan. Rating ke ...

i dapat tau kawan i dah berhenti kerja, dia jual baju baby second. and u tau hari hari dia dapat rm100-200 but buat live memalam buta. wahh good money cuma xleh tido...and kena live shoppee tu...somehow i jenis kurang sabar tgk live shoppee sbb banyak bebel. So maybe i bukan pelanggan yg bagus. eh modal dia beli rm500 je
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 06:23 PM | Show all posts
Tip shopee

Mesti korang selalu nampak ada banyak rakan seller dalam group ni yang mengeluh, "Adui! kenapa sales saya drop! Kenapa takde order baru! Kenapa seller lain yang baru jual sales dia lagi bagus berbanding dengan saya yang dah lama jual? Kenapa sales saya stagnant sahaja  tak naik naik!"
Kamu boleh duduk diam diam sehingga sales masuk sendiri atau kamu buat sesuatu seperti start membuat iklan Shopee supaya peluang kamu untuk mendapat order akan meningkat!
Business doesn't come by its own, so rather than trusting to chance, you should take the initiative now by doing something! Because now is the best time to start.
Fun Facts
✓Iklan bukan magic!
✓Iklan tak menjanjikan keuntungan.
✓Iklan menjanjikan trafik/visitors kepada produk dan kedai anda
✓Iklan bukan sahaja membantu untuk menstabilkan, malah dapat mengembangkan business anda!
✓ Your ads is shown to ready shoppers with high purchase intent
✓70% orders from Shopee are resulted from search
✓ The suggested bid price for broad match keywords is 20% higher than exact match
Kelebihan Shopee Ads
✓Sangat berpatutan (pay per click)
✓Sangat murah (serendah 4 sen per click)
✓Sangat mudah (macam kereta, auto dan manual available)
✓Sangat berkesan (kualiti trafik terjamin, sebab pengunjung Shopee are ready buyer)
Jadi, sebelum bermula,
Pastikan produk yang kamu nak iklankan tu mampu bersaing. Check gambar dan harga produk kamu itu ok ke tidak, compare dulu listing kamu dengan competitor kamu. Kalau tak ok, sila edit terlebih dahulu sebelum invest dalam iklan.
Digalakkan untuk guna computer untuk setkan dan tinjau iklan, sebab fungsi aplikasi Shopee masih lagi tidak selengkap computer.
Saya faham usahawan selalunya mesti excited semasa baru nak start iklan, tetapi...
Semasa baru start iklan,
Jangan tergesa-gesa dan buat untuk banyak banyak product sekaligus. Buat satu per satu supaya kamu senang jaga.
Semasa baru start iklan, check iklan kamu on a daily basis, tinjau perubahannya terutamanya pada keuntungan dan kerugian kamu.
If you are doing ads manually, for Keyword Ads, the lowest bidding for Exact Match is 6 sen, while the lowest bidding for Broad Match is 7 sen. And for Discovery Ads, the lowest bidding is 4 sen, don't go any lower than this for the Shopee algorithm to perform normally.
Always set a budget if you are choosing to use auto selected keywords for Keywords Ads and auto optimisation for Discovery Ads. This is because it is automated, and it could spend up your ads expenses faster than you think.
Trial and error.
Start small, scale bigger.
Kan ada peribahasa: dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.Selamat mencuba!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 06:23 PM | Show all posts
Tip shopee


How I Did It? pt1 - First Sale
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all Shopee Sellers.
Lucky me, hari ni order tak banyak so saya nak share bagaimana saya buat sales awal2 dulu via Shopee. Sebelum tu, saya nak share data about my sales.
First product listed : 23 April 2020
First product sold : 23 April 2020
First 30 days orders : 92 orders
HOW I DID IT?
1. Get knowledge – saya spend 2 hari untuk tahu & belajar cara nak listing PDP dan setup Shopee Ads dari Youtube.
2. Research – saya search & scroll Shopee untuk tengok apa produk yang akan membolehkan saya dapat sales. Selepas 3 jam, saya decide untuk jual BELACAN & IKAN BILIS KOPEK. Saya sebenarnya jual Health Supplements & Baby Formula, tapi saya jual belacan dan ikan bilis ni semata2 untuk ORDERS, TRAFFIC & ALGORITHM. 4 hari lepas tu barulah saya masukkan listing produk yang saya betul2 nak jual.
3. Be different – bila saya scroll belacan, saya tengok majoriti tempek gambar belacan yang disnap pakai phone dan nampak belacan dalam bungkusan je. Saya snap pic belacan yang menampakkan tekstur belacan tu yang fresh (close up). Gambar tu kalau orang hat ada resdung tengok, terbersin terus sebab macam dah boleh imagine bau dan rasanya. Sama gak ngan kes ikan bilis kopek tu. Nampak putih bersih menawan hati. Pastu saya boh pulak gambar ikan bilis yang dah siap goreng. Nampak rangup bangat. You don’t need DSLR, snap by phone already superb. It’s how you capture the angle. By the way, saya jual belacan & ikan bilis yang memang premium grade dan fresh. Saya tak amalkan konsep white background sebab saya amalkan konsep STAND OUT.
4. Copywriting – saya spend masa 3 jam untuk buat penulisan yang menepati requirement algo Shopee. Penulisan title dan description tu saya betul2 take serious & detail. Dalam title, di awal sekali saya tulis SEGAR & STOK BARU untuk belacan dan RANGUP & GRED PREMIUM untuk ikan bilis kopek. Cara saya berfikir lain sikit sebab saya letak di awal bukan nama item atau brand tapi saya letakkan USP (unique selling proposition) item tu.
5. Picture – saya letak gambar full terus penuh 9 slot tu. Part variasi mcm saiz & berat belacan berbeza tu pon saya boh gambar. Dalam part gambar ni, saya tak masukkan semua tu gambar tapi saya masukkan juga info deskripsi, feature dll about produk. Hat belacan ini saya masukkan resipi masakan. Hat ikan bilis saya boh “Cara nak goreng ikan bilis supaya rangup sampai bunyi kreuk kreuk”. Part variasi lak saya tak hanya masukkan gambar tapi siap dengan nama item, berat, bentuk dll.
6. Pricing – part ni mudah je. Saya buat senarai harga yang seller2 lain tawarkan dan saya ambil purata. So, harga yang saya tawarkan dok di tengah2, tak mahal & tak murah tapi just nice jer. Saya tak drop harga saya sebab saya nak kena spend banyak lagi kat discount, voucher, add on & bundle deal. Dan untung kasar selalunya saya amik minima 30% sebab Shopee amik pon dah 7%. Pastu nak kena tolak kos packing & return (in case kalah kes dispute) dll.
7. Discount – saya buat discount promotion saya semua 30% ke atas. Saya tak tau apa fungsi DP ni untuk algo tapi saya buat untuk halwa mata. Selalu buyers perempuan suka symbol % OFF ni.
8. Voucher – saya buat semua jenis voucher dan saya buat banyak. Follow Voucher saya buat no min basket, no limit (no cap), 3% off. Pastu Shop Voucher saya buat dari sekecil diskaun 50 sen sampai la diskaun RM5. Jarak minimum basket tu tak jauh so selalunya buyers akan beli banyak sebab kejar diskaun. Kaedahnya, saya nak buyers berbelanja RM60 ++, so saya buat basket RM49 off RM1 dan basket RM60 off RM2. SV RM1 off saya jadi tak laku dan RM2 off habis cepat. Jumlah SV RM1 saya buat 1000 pcs tp SV RM2 saya buat 100 ja. Pastu saya letak skali had masa sebab saya suka boost sense of urgency guna konsep FOMO (Fear of Missing Out).
9. Bundle Deals – saya pegu semua 40 item margin lebar yang saya jual. Saya buat Buy 5 items Off 3%.
10. Add-On Deals – baki 20 item margin nipis saya buat add on. Saya buat beli item mahal boleh beli item murah dapat 3% off.
11. Shopee Ads – yang ni PALING PENTING. Saya tau ramai sellers yang boleh buat banyak sales organically but still saya rasa rugi kalau tak utilize Search & Discovery Ads ni. Cuma, kena ubah mindset sebab Ads ni bukan untuk GMV tapi untuk Impression. Saya buat ads untuk semua produk yang saya listkan dan saya bid CPC hanya RM0.06 – RM0.10 sahaja. Syarikat luar sana tak stopkan iklan (digital, audio, print, outdoor dll) diorang jika jualan diorang tak capai target atau rasa expense tak berbaloi tapi diorang akan improve content iklan diorang. So, don’t stop, just improve your listing and keyword.
So gais, ini antara apa yang saya buat. Maybe ramai lagi sellers yang hebat2 dalam ni boleh add-on ideas untuk seller2 lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 06:24 PM | Show all posts
Tip shopee

How I Did It? Pt2 - Repeat Purchase Rate
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all Shopee Sellers.
Semalam ni ada free time sikit so tulis sikit bab EXISTING BUYERS (EB) & REPEAT PURCHASE RATE (RPR) untuk share pagi ni.
Existing Buyers : Total numbers of unique existing buyers in the selected time period that has at least 1 paid order in 12 months before the selected time period.
Repeat Purchase Rate : Percentage of customers who paid for orders more than one time over selected time period.
Target saya tiap bulan:
- Existing Buyers = kekalkan 15% ~ 20%
- Repeat Purchase Rate = kekalkan atas 5%.
Berapa pun nilainya, anda yang tetapkan bergantung kepada niche produk anda. Awal business, nilai RPR ni biasanya besar sebab nilai Total Buyers masih sikit. Lama kelamaan bila Total Buyers makin banyak, nilai RPR ni akan makin susah nak dimaintain.
Penting ke EB & RPR ni?
Pada saya, YA, penting untuk :
- Customer Acquisition Cost (CAC) Optimization. Bab CAC ni nanti2 la story.
- Kesinambungan sales tiap bulan.
- Penilaian prestasi
How I Did It?
1. Product –
a. Sebaiknya, produk yang dijual biarlah produk yang medium or high repeat purchasing rate. Maksudnya kalau anda jual TUNGKU BATU SUNGAI, possibility untuk buyers nak repeat beli batu tu sangat rendah kecuali batu tu hilang. So, juallah produk yang buyers kena ulang beli tiap bulan. Nak tau produk apa nak dijual? Tanya Tomito Gogo, dia jual macam2 dah serupa TESCO.
b. Pelbagaikan produk. Cater the needs of both the genders & all ages. Lagi best kalau jual both seasonal and evergreen products. So, pandai2 la tambah produk dan memandangkan Ramadhan & Syawal dah dekat, jangan lepaskan peluang.
2. Packing – pastikan kaedah packing anda tip top dan banyakkan berdoa supaya parcel anda sampai dalam kondisi terbaik kepada buyers. Lately bila saya tukar from bubblewrap to inflatable air column (for certain products), ramai lak buyers puji kat review sebab diorang dapat produk in good condition. Part packing ni boleh rujuk post Wawan Faiz, banyak gak dia share about packing method.
3. Courier – pilih kurier yang bagus je la. Offkan je mana2 kurier yang kerap bagi masalah sebab semua masalah ni biasanya akan menyebabkan buyers salahkan sellers walaupun hakikatnya ia adalah masalah kurier. Saya off Ninja sebab dia suka bawa parcel saya melancong. Saya on J&T, Poslaju & DHL sebab 3-3 tu boleh scan dengan cepat tiap hari.
4. Voucher – saya buat banyak voucher discount. Logiknya, buyers akan claim semua tapi just boleh pakai 1 je tiap kali checkout. The rest is consumer behaviour. Buat banyak2 dan pelbagaikan – ada yang limited, ada yang special, ada fix value, ada kasi percent dll. Part ni boleh tanya Saiful Bahari, dia buat macam2 voucher.
5. Free Gift – saya bagi free gift, cakap la apa pun, saya tetap akan terus bagi free gift sebab itu salah satu customer appreciation and add value to their puchasing. Part ni, saya sarankan bagi free gift yang beneficial to customers, tak perlu mahal janji berguna. Ada yang bagi bersyarat dengan nilai pembelian, ada yang bagi dengan lebihkan kuantiti item yang dibeli, so terpulang.
6. Offline Remarketing – saya buat katalog dan masukkan dalam tiap parcel untuk tarik minat buyers beli produk lain pula. Ada juga saya tengok bagi thank you card yang tertulis voucher code. Buat la macam mana pon, janji buyers repeat.
7. Get PS Title – it is for COINS and it really helps in encouraging repeat purchasing lebih2 lagi kalau competitor anda takde title PS.
8. Join FSP15 – walaupun 70% daripada total buyers saya tak utilize this tapi majority repeat buyers saya utilize, so saya masih rasa berbaloi join program ni.
9. Be Responsive – jawab chat sesegera mungkin dan seramah mungkin. Malah kalau tak busy, saya update kat buyers bila saya dah ship out parcel diorang. Setakat sorang dua nak marah sedangkan ratusan lagi puji, saya ignore ja sorang dua tu sebab saya tak habiskan masa untuk chat wars. Cuma perlu ingat, kalau anda hantar chat, anda adalah buyers so let the other side end it (walaupun Shopee Uni Dean dok ulang2 bagitau tak perlu jadi yang terakhir, janji balas dalam masa 12 jam). Berkaitan cara nak jaga CRR ni, tanya KC Loong sebab CRR dia 100%.
10. Daily Ship Out – start saya dapat 1st order sampai ke hari ni, saya masih ship out daily without fail kecuali hari cuti (Jumaat dan Cuti Umum). As a sellers, saya maklumkan hal ni dalam auto chat reply dan dalam tiap PDP description. So far, takde masalah. Kalau buyers nak cancel orders sebab nak pakai urgent, saya approve jer.
11. Shop Shocking Sale – saya buat SSS sebulan sekali dan tiap kali saya buat, saya akan broadcast untuk maklumkan kepada buyers saya 2 jam sebelum event. Setakat sekarang, semua ok sebab buyers saya macam ternanti2 SSS saya. Tiap kali buat, sales masuk lebih RM1K. Jangan dok broadcast kat followers, satgi dapat followers yang jenis “reply & block”, naya je.
12. Surprise Gift – saya buat mana2 buyer yang ulang membeli lebih 5 kali, saya akan poskan hadiah kat diorang secara surprise, berterima kasih pada diorang sebab setia dengan saya. Kalau anda tak pernah buat macam ni, boleh start buat. Ramadhan dah nak tiba, poskan kurma kepada buyer anda. Boh la sekeping Kad Aidilfitri atau sampul duit raya. Korang nak sampul duit raya, order kat Rizal Zainudin sebab harga dia cun.
Apa pun yang anda buat, just remember to Put Yourself In Buyer’s Shoes. Betul tak Yana Azmi Tan?
Setakat ini dulu. Kalau ada soalan, tanya jer kat komen sebab nanti akan ada ramai seller lain yang akan bantu jawabkan.
A Goal Without A Plan Is Just A Wish

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2021 06:25 PM | Show all posts
Tip shopee


How I Did It? Pt3 – Shopee Paid Ads
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all Shopee Sellers.
Macam mana sales Mac? Harap berlaku peningkatan sales. Frankly speaking, sales saya ada penurunan 5%. Kali ni saya nak share macam mana saya buat (setting) Shopee Paid Ads supaya kita semua boleh push sales kita untuk April sempena Ramadhan ni.
Shopee Paid Ads ada 3:
1. Keyword Ads - Yang ni sangat berguna untuk exposure
2. Discovery Ads - Yang ni berguna untuk pikat buyers yang sedang riki item di listing seller lain
3. Shop Ads - Yang ni saya tak guna dah sebab kecewa
How I Did It?
A. Keyword Ads
1. Pick a product –
a. Saya pilih 5 listing (produk) champion saya yang saya yakin memang akan ada demand dan margin lebar.
b. Saya buat macam tu supaya saya tak patah semangat tengah jalan bila duit ads habis tapi sales takde. Kiranya 5 produk awal ni jadi motivasi untuk saya nak buat ads untuk listing yang selebihnya.
c. Saya suka fokus dan optimization.
2. Sketching keyword –
a. Saya start tulis 20 single keywords yang relevan dengan listing.
b. Untuk tujuan ni saya masukkan apa2 keywords yang represent descriptions, buyer personas, features, solutions, benefits, awesomeness & brand.
3. Start create ads – saya start create ads pakai setting ni:
a. Set budget – Total budget RM20
b. No time limit
c. Auto selected OFF (jangan sesekali ON, naya)
d. Add 20 keyword – set Broad Match RM0.07
4. Add more keywords –
a. esoknya, saya akan tambah lagi 30 single or double keywords dan set Broad Match RM0.07 sama macam di atas.
b. Semua keywords ni saya dapat dengan cara search di Shopee gak. Sekarang ni lagi mudah sebab ada Selling Coach.
5. Start LTK –
a. dah siap 50 single keywords, saya mula buat long tail keywords (LTK) pulak.
b. LTK ni saya buat 3 atau 4 perkataan jer contoh ‘Mainan budak perempuan’ (3 perkataan).
c. LTK ni saya buat hasil gabungan single keywords tadi.
d. Saya cuma pilih LTK yang berkualiti jer maknanya hasil search tinggi.
e. Saya buat sampai dapat 50 LTK (makan masa berhari2 gak nak setel ni).
f. LTK ni saya set Exact Match RM0.06.
6. Increase bid –
a. Lepas 2 minggu, saya akan check average ranking tiap keywords. Yang ranking 1 – 9, saya biarkan.
b. Yang ranking atas start 10 - 19, saya akan increase1 hingga 3 sen tengok pada kedudukan dia.
c. Yang ranking lebih 20, saya akan ignore sebab kalau nak kena tambah, takut nanti makan modal balik.
d. Maksimum bid saya RM0.10 CPC. Saya biarkan 2 minggu sambil tengok prestasi.
7. Get more specific –
a. Lepas 2 minggu, saya akan Export Data listing dan open with Excel.
b. Dalam data tu, saya sort amik Impression yang paling tinggi dan tengok bahagian Search Query.
c. Search Query ini adalah apa yang ditaip oleh users di search box, yang menyebabkan listing saya terpapar masa user tu search & scroll.
d. So, mana2 perkataan yang impressionnya tinggi, saya jadikan keyword dan set Broad atau Exact bergantung kepada single word atau LTK.
e. Saya continue semua ni sampai keywords saya jadi 150 keywords.
f. Saya spare space untuk 50 keywords untuk kegunaan hari tua
8. Chase ranking –
a. Lepas 2 minggu, saya start kejar ranking. Ranking ni supaya exposure (impression) listing tu bertambah.
b. Sama macam sebelumnya, saya akan start increase CPC.
c. CPC paling mahal saya Exact RM0.10
9. Monitor –
a. From time to time, saya akan monitor prestasi ads.
b. Saya target CIR bawah 2.5%
B. Nota Penting :
1. Ini cara saya set ads saya masa mula2 berkecimpung dulu. Cara saya mungkin berbeza dengan cara seller lain.
2. Sebelum nak buat ads, pastikan anda dah berpuas hati ngan listing anda. Buatkan listing anda sampai tahap anda sendiri rasa nak beli bila tengok listing tu.
3. Ads ni untuk exposure, bukan sales. Tapi GMV tu penting untuk tengok adakah listing dan keywords anda efisien. Kalau tak efisien, optimize it.
4. Tanpa ads juga boleh dapat sales secara organik cumanya why not do both? And do it right supaya tak luntur semangat dan tak rugi duit.
5. Ada banyak tips & trick to optimize your ads. Teruskan belajar dan mengkaji kerana tak semua benda boleh didedahkan secara awam.
6. Jangan gopoh sebab from time to time, users dalam Shopee akan makin bertambah, maka peluang anda untuk dapatkan sales masih cerah.
7. Jangan fight dengan seller lain. Place the buyer, not the competition at the centre of your strategic thinking.
8. Berapa pun CPC yang anda letak, anda yang tetapkan. Kalau jual produk yang banyak saingan, maka CPC pon kena up lebih sikit.
9. Selain increase bid CPC, increased Click pon boleh naikkan ranking ads tu. So, buatkan poster listing anda tu supaya users nak click.
10. From time to time, improve your ads budget. Ye la, sampai bila nak pakai setting Total Budget jer?
11. Dalam ads ni, tak ada yang betul atau salah secara total. Yang ada cuma efisien atau kurang efisien.
Setakat ni dulu. Saya harap post ni dapat membantu seller2 lain. Part Discovery Ads nanti2 la saya tulis. Kalau ada apa2 soalan, tanya je dalam komen, nanti ada la seller2 lain yang akan bantu jawab. Jangan PM saya sebab saya jarang tengok Messenger.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2021 01:20 PM | Show all posts

Alhamdulillah...bukan calang2 ni. Saya bulan lepas memang totally tak jenguk langsung shopee. Bukan setakat shopee je...dengan cari forum pun tak masuk. Tak pasti stress ke apa. Tapi macam nak tenangkan minda..tak mau fikir apa2. Kebetulan ada submission pulak.


Ilmu yang sangat bagus..saya bulan ni start balik ads. Dah start mula masuk order walau tak banyak. Memang nak kena kaji bab ads ni. Memang tak pernah nak kaji betul2 sebelum ni. Selama ni sayang duit nak masuk ads..so pulun la mcm org tak betul share ke sana kesini. Last2 penat..

Hopefully bulan ni dah ada semangat baru. Dah nak start bulan puasa ni..so kena cargas...

TQ for this info.


Saya baru berjinak dgn tik tok. Ingat nak promo kat sana pulak. Sbb katanya video lagi banyak engagement. Tapi tu la...malu la pulak..orang cakap kena pandai buat personal branding. I ni maksud personal branding pun tak berapa nak paham lagi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2021 11:30 AM | Show all posts
BREAKEVEN POINT & VALUE ADDED PRODUCT
Memandangkan June 2021 dh dekat & shopee akan implement commission fee, jom sama2 update BREAKEVEN POINT
Pak Abu peniaga kecil2 ikan bilis dan juga pesaing sihat Pak Ali,
Nak di jadikan cerita Pak Abu nk jual product sama mcm Pak Ali iaitu Stokin
Jom sama2 kite analysis breakeven point utk Pak Abu
Formula : BREAKEVEN POINT = FIXED COST/(SALES PRICE PER UNIT - VARIABLE COST)
Scenario A
Jika Pak Abu 100% copy Pak Ali & jual harga sama
Variable cost - RM4.40
(Modal, Shopee Fees)
Sales price per unit - RM10
(Harga Jual exclude shipping)
Fixed Cost - RM10000
*Pak Abu 1 man show ambil gaji RM5k sebulan..huhu
(Gaji, Packaging, Shopee Ads, Sewa, Kos tiap bulan yg wajib kena byr/belanja walaupun sales tinggi or rendah)
BREAKEVEN A = 10000/(10-4.40) = 1785.71 unit Stokin perlu jual utk capai breakeven kedai Pak Abu
Pak Abu fikir balik die ni dh berumur nk bungkus 1786 unit patah pinggan,
Kene faham tu baru capai breakeven belum profit kedai lagi utk growth
Perlu diingatkan gaji Pak Abu adalah utk Pak Abu byr komitmen die bkn utk kedai growth
Scenario B
Pak Abu study pasal fungsi Stokin, apa yg belum ada? apa angle yg pesaing belum cover? fungsi apa yg customer request?
Pak Abu mendapat idea utk VALUE ADDED PRODUCT Stokin
- Jual Stokin Geng Pejabat 5unit utk 1 set
- Anti Odour pakai 24 jam
- Tak licin ada Getah kat tapak
- Design exclusive utk target audience B40 & T20 yg bekerja
- Dalam kotak berserta Free Pen Signature Jenama Pak Abu
Variable cost - RM15
(Modal, Shopee Fees)
Sales price per unit - RM50
(Harga Jual exclude shipping)
Fixed Cost - RM10000
*Pak Abu 1 man show ambil gaji RM5k sebulan..huhu
(Gaji, Packaging, Shopee Ads, Sewa, Kos tiap bulan yg wajib kena byr/belanja walaupun sales tinggi or rendah)
BREAKEVEN B = 10000/(50-15) = 285.71 unit Stokin perlu jual utk capai breakeven kedai Pak Abu
Pak Abu target parcel 15 sehari , 450 parcel sebulan.
Dalam 20 hari kedai Pak Abu dh boleh capai Breakeven 286 unit sold, 10 hari lagi profit kedai utk growth.
Dgr cerita dari Pak Abu 5.5 sales dekat 100parcel,
Lagi awal Breakeven capai, Lagi byk profit kedai dapat.
Semoga contoh di atas dpt memberi gambaran langkah yg perlu dilakukan utk produk kite di shopee
Jom set breakeven utk kedai kite sempena June supaya kedai di shopee kekal sustain & growth
Nak lari shopee fee dgn lari ke platfrom lain?
Bagi saya why need to run if you can solve problem & gain more..
Nota : Perkiraan mungkin berbeza & general just utk gambaran perkongsian, nk bagi detail takut pening semua nk hadam nombor byk2.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2021 04:29 PM | Show all posts
totokreturn. replied at 8-5-2021 11:30 AM
BREAKEVEN POINT & VALUE ADDED PRODUCT
Memandangkan June 2021 dh dekat & shopee akan implement commi ...

Aduh..susahnya nak paham..otak dah makin tepu ni. Nanti nak print n baca betul2 bagi paham. Ha..ha..Tq atas penerangan yang panjang lebar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.160729 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list