CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 863|Reply: 10

[Tempatan] Pematuhan PKP di Pulau Pinang capai 98.9%

[Copy link]
Post time 4-4-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
GEORGE TOWN: : Tahap pematuhan masyarakat terhadap penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pulau Pinang telah mencapai 98.9 peratus, kata anggota Exco Negeri, Jagdeep Singh Deo hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Negeri itu berkata, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) masing-masing melaporkan tahap pematuhan PKP sebanyak 98.9 peratus dan 98.85 peratus, semalam.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada masyarakat atas kerjasama penuh mereka semasa tempoh PKP. Saya berharap Pulau Pinang akan mencapai pematuhan penuh PKP dan mengelak sebarang potensi jangkitan kes COVID-19," katanya menerusi telesidang, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan bahawa insentif di bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang berjumlah RM75 juta diagihkan dengan sejumlah RM6.98 juta diperuntukan sebagai bantuan RM500 sekali bayar kepada 13,967 peniaga kecil dan penjaja berlesen.

"Hari ini, MBPP akan membuat bayaran kepada 4,158 orang penjaja dan peniaga kecil manakala selebihnya iaitu 2,799 orang sebelum 15 April. MBSP juga akan mula membuat bayaran bantuan kepada 791 orang pada hari ini manakala baki 6,219 penjaja dan peniaga kecil akan menerima secara berperingkat," katanya.

Jagdeep juga berkata peruntukan sejumlah RM1.497 juta disediakan untuk 4,991 petugas barisan hadapan dari MBPP dan MBSP dalam bentuk RM300 sekali bayar serta tambahan RM1.945 juta dalam bentuk peralatan keselamatan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan itu.

Katanya, MBSP dibekalkan dengan 6,000 penutup mulut dan hidung, 530 botol cecair pembasmi kuman dan 35 unit termometer, manakala MBSP diberikan 9,000 penutup mulut dan hidung, 500 botol cecair pembasmi kuman dan 35 unit termometer. - BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2020 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana dpt data tu. Betul ke org Penang. Mmg lengang abes ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2020 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sumber astro awani... Tu nak tanya... Betul ke... Sebab berhari2 kita dengar mcm sebaliknya kan... Tp kalau betul... Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
fealefea replied at 4-4-2020 08:28 AM
Mana dpt data tu. Betul ke org Penang. Mmg lengang abes ni.

Hmmmmm hakak org pulau....i dont think so....hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
tapi kes di penang mmg rendahkan.. mungkin kali yg keluarpun jaga jarak
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 10:31 AM | Show all posts
tgk ada yg share gambar masih pergi pasar ramai2 tu...hmmmm...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2020 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni propa ke hape ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi aku pergi pasar semalam ramai yg maseh tak guna mask.tapi dengar nya ada dpt mask percuma
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2020 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Leh caya ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 02:33 PM | Show all posts
Cassieopeia replied at 4-4-2020 09:32 AM
tapi kes di penang mmg rendahkan.. mungkin kali yg keluarpun jaga jarak

ya kes di penang agak rendah xpadan dengan jumlah saiz penduduk.... negeri lain pun lagi tinggi dari penang

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 03:39 PM | Show all posts
Bagusnye lah kan kami Ni...

Terbaaaikkkk sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.752718 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list