Tiada siapa mampu terlepas dari serangan Tentera Bawang Malaysia.
Terbaru, seorang pengguna media sosi@l dari luar negara menggunakan nama Imam of Peace dipercayai dari Australia telah membuat hantaran di laman Twitternya menghina KDYM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Dalam hantaran itu, individu berkenaan telah menyelar tindakan Raja Permaisuri memberi makanan kepada pasukan frontliners kita semasa musim COVID-19 ini dan dalam masa yang sama tidak ambil peduli mengenai pesalah yang dikenakan hukuman undang-undang syariah.
Kredit foto: Twitter Imam Of Peace
Tweet berkenaan mendapat perhatian ramai kerana terang-terangan menuduh Raja Permaisuri dengan fakta tidak berasas. Jelas gambar yang dikongsikan adalah gambar pelaksanaan undang-undang syariah di negara jiran kita, Aceh, Indonesia.
Tidak tahan dikecam, akhirnya beliau memohon maaf menerusi laman F@cebooknya pula .
" Saya mohon maaaf tidak menghormati permaisuri anda. Saya sayang Malaysia, maafkan saya, mak saya tak hijau" tulisnya di ruang kapsyen.
Kredit foto: Facebook Imam Tawhadi Facts
Seorang imam tidak sepatutnya menyebarkan berita tidak benar. Adakah beliau seorang imam palsu?
Sehingga kini tidak diketahui sebab keberadaan beliau di hospital berkenaan. Tertekan akibat serangan tentera bawang ke tu?
Kalau kes macam ni, salute sangat dekat Tentera Bawang Malaysia. Cekap, pantas dan tuntas.
Siapa yang tak takut dengan Tentera Bawang Malaysia, mak kau hijau. - CARI
|