CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1514|Reply: 2

[Tempatan] COVID-19: RM600 bantuan kewangan kepada pekerja cuti tanpa gaji - PM

[Copy link]
Post time 16-3-2020 08:17 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC)  hari ini bersetuju mengambil langkah tambahan dengan memberi bantuan kewangan sebanyak RM600 setiap bulan kepada golongan pekerja bergaji tidak melebihi RM4,000 yang mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak COVID-19 bermula 1 Mac 2020.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Mesyuarat EAC di Pejabat Perdana Menteri di sini pada Isnin.

Menurut Muhyiddin lagi, bantuan itu bakal memanfaatkan 33,000 pekerja yang terjejas ekoran COVID-19.

“Mesyuarat bersetuju mengambil langkah tambahan untuk perkukuhkan pakej rangsangan berikut, bantuan kewangan bagi membantu pekerja mengambil cuti tanpa gaji.
“Bantuan kewangan RM600 setiap bulan, maksimum selama enam bulan itu layak untuk pekerja notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020. Langkah ini melibatkan peruntukan RM120 juta kepada 33,000 pekerja yang menerima faedah ini,” katanya.

Tambah Perdana Menteri, bagi kategori perniagaan yang terjejas terutamanya dari sektor pelancongan, kerajaan turut memutuskan untuk memberi 15 peratus diskaun caj elektrik bermula 1 April sehingga 30 September ini.



Manakala bagi pengguna domestik turut menerima diskaun dua peratus cas elektrik bagi tempoh sama.

“Kategori perniagaan sektor komersial, perindustrian dan pertanian domestik yang terjejas akibat COVID-19 terutama pelancongan akan mendapat diskaun 15 peratus bermula 1 April sehingga 30 September 2020.

“Kerajaan memutuskan memberi diskaun 2 peratus pengguna bagi sektor komersial, perindustrian dan pertanian domestik bermula 1 April sehingga 30 September.

“Langkah ini melibatkan peruntukan RM500 juta dan memanfaatkan 10 juta isi rumah dan pengguna komersial serta industri pertanian,” kata Muhyiddin.

Hadir sama dalam sidang media itu, Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali.

bangsa subsidi...wakakakakakakakkaa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2020 12:10 AM | Show all posts
bukan bangsa subsidi....kau tu yg jenis minda distructed subsidy.....beri condemn......tak beri pon kau condemn.......jenis negativity mindset.....Come on....u can think better...positively......Bertujuan fncial aid dan rancakkan rangsangan ekonomi

adik beradik sedara sepapat kau pon ramai yg akan terima habuan subsidi nih.....Dan dalam diam.....silap2 kau yang no. satu berbaris depan claim subsidi tu nanti......jgn lupa bawa dokumen pengesahan yek.....Bimbang penat aje kau beratur nanti....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2020 12:22 AM | Show all posts
lambada replied at 17-3-2020 12:10 AM
bukan bangsa subsidi....kau tu yg jenis minda distructed subsidy.....beri condemn......tak beri pon  ...

betui tu lambadak...dalam website ni ghamai yang suka guna perkataan "bangsa subsidi" tu....depa sembang macam oghang kaya...tapi oghang kaya bowdow tak belajaq ekonomi..terima kasih ataih teguran hang pada mangkaq2 bowdow tak sedaq dighi tu...wakakakakakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.058101 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list