CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1249|Reply: 6

[Dunia] Itali rekod kematian tertinggi 368 sehari

[Copy link]
Post time 16-3-2020 01:52 PM | Show all posts |Read mode
PARIS: Itali merekodkan 368 kematian, angka korban tertinggi dalam sehari akibat COVID-19 yang kini sudah meragut lebih 6,000 nyawa di seluruh dunia.

Bilangan itu menjadikan jumlah kematian di Itali kini mencecah 1,809 orang, iaitu lebih separuh daripada keseluruhan kes pesakit meninggal dunia akibat virus berkenaan di luar China.

Perkembangan itu sekali gus menyaksikan kerajaan negara Eropah terus bergelut memerangi COVID-19 dengan meningkatkan langkah menyekat penularannya yang pantas.

Malah, Vatican mengambil keputusan drastik membatalkan sambutan minggu Easter, ketika pemimpin di utara Itali memberi amaran berhubung masalah kekurangan alat bantuan pernafasan dan katil bagi menampung pertambahan ramai pesakit virus itu.

Kafe, kedai serta restoran di seluruh Perancis dan Sepanyol, iaitu antara negara paling terkesan dengan COVID-19 di Eropah, ditutup bagi membanteras pandemik berkenaan.

Perancis mengarahkan penutupan semua perniagaan tidak penting, manakala Sepanyol memutuskan tindakan lebih ketat dengan turut melarang orang ramai keluar rumah kecuali untuk bekerja, mendapatkan penjagaan perubatan atau membeli makanan.

Kes juga meningkat di Jerman yang melaksanakan kawalan sempadan dengan Perancis, Austria, Switzerland, Luxemburg and Denmark mulai hari ini.

Hingga semalam, jumlah kes COVID-19 disahkan di seluruh dunia telah menjangkau 163,930 dengan 6,420 kematian membabitkan 141 negara dan wilayah, menurut angka yang dikumpulkan AFP daripada sumber rasmi. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2020 04:11 PM | Show all posts
hati2... iols nk pujuk ibu bapa iols agak tak pergi kenduri kawen sedara dekat jb minggu ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 16-3-2020 04:11 PM
hati2... iols nk pujuk ibu bapa iols agak tak pergi kenduri kawen sedara dekat jb minggu ni

Kau akan keluarkan kata2 hikmat apa kat theols tu nanti dekkkk?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 04:21 PM | Show all posts
pooh~key replied at 16-3-2020 04:14 PM
Kau akan keluarkan kata2 hikmat apa kat theols tu nanti dekkkk?

takde hikmat2, iols kata je tak boleh pergi sebab virus dah merebak. lagipun iols yg bawak kereta... kalau iols tak pergi, ibu bapa pun tak pergi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 04:27 PM | Show all posts
Kurex replied at 16-3-2020 04:11 PM
hati2... iols nk pujuk ibu bapa iols agak tak pergi kenduri kawen sedara dekat jb minggu ni

jangan datang lah..duduk rumah..rasanya org faham tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 04:56 PM | Show all posts
Pihak polis Italy pun dah mula bertindak macam polis di China menghalau orang ramai balik rumah kalau nampak mereka masih berkeliaran diluar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2020 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Italy tak berkemampuan macam China untuk bina make shift hospital. Tabahlah Italy.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.056079 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list