CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3897|Reply: 21

[Dunia] Hilang selepas gelar Presiden China 'badut'

  [Copy link]
Post time 15-3-2020 08:30 PM | Show all posts |Read mode
BEIJING: Seorang jutawan hartanah di China yang pernah menggelar Presiden China, Xi Jinping sebagai ‘badut’ apabila mengkritik usaha kerajaan menangani COVID-19, dilaporkan hilang.

Ren Zhiqiang, ahli Parti Komunis dan juga bekas eksekutif kanan syarikat pemaju hartanah milik kerajaan, Huayuan Real Estate Group, tidak dapat dihubungi sejak 12 Mac lalu.

Teman rapat dan ahli perniagaan, Wang Ying, menyifatkan kehilangan Ren sebagai ‘sangat membimbangkan’.

“Ramai rakan kami cuba mencarinya. Ren Zhiqiang adalah seorang yang dikenali umum dan kehilangannya diketahui ramai.

“Pihak yang bertanggungjawab terhadap perkara ini perlu memberi alasan kukuh secepat mungkin,” katanya.

Panggilan yang dibuat pihak Reuters juga gagal dijawab Ren manakala polis Beijing tidak memberi maklum balas untuk sebarang komen melalui telefon atau faks.

Sebelum ini, Ren menulis karangan yang dikongsi dengan beberapa individu dikenalinya, mengkritik ucapan Xi pada 23 Februari lalu, yang dikongsi secara sidang video dengan 170,000 anggota parti.

Namun, karangan berkenaan kemudian dikongsi dalam talian oleh orang lain, di mana dalam karangan berkenaan, tanpa menyebut nama Xi, Ren mengkritik beliau.

Ren menulis, selepas meneliti ucapan yang dibuat, beliau ‘tidak melihat seorang pembesar berdiri mempamerkan pakaian baru, sebaliknya menyaksikan seorang badut bogel yang bersungguh-sungguh mahu kekal sebagai pembesar’.

Ren juga mendedahkan krisis tadbir urus dalam parti selain mengkritik kebebasan bersuara dan media dalam melaporkan wabak COVID-19 sehingga menyebabkan ia lambat ditangani.

Coronavirus baharu yang muncul di Wuhan akhir tahun lalu itu setakat ini sudah menjangkiti lebih 80,000 orang dan mengorbankan 3,199 nyawa di China. - REUTERS



macam limguanjeng la..wartawan pun dia tangkap......wakakakakakakakkakakakakaka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2020 09:33 PM | Show all posts
cari saja di neraka ,tentu jumpa.

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2020 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam ph tak masuk meroyan meh? Sbb ni tajuk kesukaan dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2020 09:59 PM | Show all posts
sarah82 replied at 15-3-2020 09:57 PM
Ayam ph tak masuk meroyan meh? Sbb ni tajuk kesukaan dia..

"busuk2 pun sepet kita"....wakakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2020 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnnyCastle replied at 16-3-2020 01:59 AM
"busuk2 pun sepet kita"....wakakakakakakakakaka

Sebab dia kan tuduh kerajaan BN hilangkan 2 org rakyat malaysia. Aku suruh bg bukti dia sembang tentang suhakam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2020 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sblm ni pn ada baca..beberapa org juga yg hilang di sana..kes yg sama kutuk kerajaan diaorg..mungkin dh terbungkus skali dgn mayat kes covid..eh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2020 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Peterpan17 at 15-3-2020 11:27 PM
Leonclay replied at 15-3-2020 10:56 PM
Sblm ni pn ada baca..beberapa org juga yg hilang di sana..kes yg sama kutuk kerajaan diaorg..mungkin ...


salah sorang yg hilang tu journalist investigation dr China. Dia buat investigation psl Wuhan virus yg dia curiga ada konspirasi teori
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2020 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 15-3-2020 10:59 PM
salah sorang yg hilang tu journalist investigation dr China. Dia buat investigation psl Wuhan vitu ...

Pasal makmal penyelidikan yg sedia ada di wuhan tu kan..
Ada juga baca yg negara luar juga menjangkakan yg china ni byk tipu data & fakta..dh tersebar di negara lain pn masih nk sorok2 lg fakta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2020 11:16 PM | Show all posts
mcm ni nak dijadikan negara contoh utk mengekang wuhan covid 19 ? dasar pelahap kelawar
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2020 11:25 PM | Show all posts
dia yg hilang ni ke yg bgtau sbenanya angka yg dh mati di China cecah ratus ribu - juta2 ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2020 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Leonclay replied at 15-3-2020 11:03 PM
Pasal makmal penyelidikan yg sedia ada di wuhan tu kan..
Ada juga baca yg negara luar juga menjan ...

ah!! yg itulah. smp skrg tak jumpa. Klu benda yg dia siasat tu tak betul, napa perlu hilangkan journalist tu. mesti ada finding yg sd terbongkar
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2020 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 15-3-2020 11:25 PM
dia yg hilang ni ke yg bgtau sbenanya angka yg dh mati di China cecah ratus ribu - juta2 ?

bukan, itu journalist investigation yg aku post kat atas nun
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2020 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah selamat jadi mendiang la tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru gelar badut dah 'hilang'.
Kalau lukis gambar badut tak tau lah ape yg jadi eh...

Nota kaki kat bawah tu memang lawak habis..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Leonclay replied at 15-3-2020 11:03 PM
Pasal makmal penyelidikan yg sedia ada di wuhan tu kan..
Ada juga baca yg negara luar juga menjan ...

Sbb dah tersebar ke negara lain la kena lebih hebat nyorok data... takkan aritu mati tak sampai 5k, tetiber nak ngaku sebenarnya 10x nombor tu.. glabah bubis satu dunia camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Brani sgt.. skang kim salam maut je laa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2020 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Fefeeling bebas bersuara dalam negara cap ayam
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala ala korea utara..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cinkis cinkis kat tanah melayu ni sedaq yg kalau diorg tak berbondong2 dtg sini agaknya diorg pun tak wujud kat dunia ni....bersyukur la org2 melayu bg tumpang cari rezeki kat sini, jgn byk demand...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana yg suka kat presiden china tempoh hari?

Jangan haraplah dapat kondem pemerintah komunis mcm korang kondem PM Malaysia.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.493650 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list