CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1822|Reply: 7

[Politik] Jika Kerajaan Muafakat BERSATU-UMNO-PAS ni kerajaan pintu belakang, kerajaan PH

[Copy link]
Post time 9-3-2020 12:42 PM | Show all posts |Read mode

Pihak yang tak berpuas hati atas keputusan Yang di Pertuan Agong setuju melantik Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 dan sering melaung-laungkan slogan kerajaan pintu belakang, maka sewajarnya kerajaan PH juga merupakan kerajaan pintu belakang.
Sebabnya:
Rakyat mengundi untuk memilih wakil rakyat bagi calon pemerintah dari kerusi DUN (negeri) dan Parlimen (persekutuan). Sistem yang diguna-pakai ialah mana-mana parti/pakatan/gabungan/perikatan/muafakat yang dapat majoriti kerusi maka mereka lah yang berhak untuk membawa kepada Yang di Pertuan Agong supaya baginda perkenankan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri.


Semasa PH menang PRU yang lepas, PH ada majoriti kerusi parlimen, dan masa tu PH diketuai oleh Tun Dr Mahathir. Namun bila Tun letak jawatan pada Februari lepas, disusuli BERSATU keluar dari PH dan juga sebahagian wakil rakyat PKR, maka PH tiada lagi majoriti kerusi. Mengikut sistem yang sama, mana-mana parti/pakatan/gabungan/perikatan/muafakat yang dapat majoriti kerusi maka mereka lah yang berhak untuk membawa kepada Yang di Pertuan Agong supaya baginda perkenankan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri.

Jika DS Anwar Ibrahim (DSAI) menjadi PM, mungkin ini lebih tepat disebut kerajaan pintu belakang. Sebabnya DSAI tidak bertanding dalam PRU yang lepas. Beliau dapat kerusi pun atas tiket dari wakil rakyat yang menang kerusi Port Dickson umum undur diri untuk beri laluan kepada beliau menerusi PRK.

Silakan komen-komen setuju atau tak setuju....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2020 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Anwar menang seat parlimen melalui pilihanraya. Kemenangannya sah tidak dikira pintu belakang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2020 03:28 PM | Show all posts
nikaido replied at 9-3-2020 02:36 PM
Anwar menang seat parlimen melalui pilihanraya. Kemenangannya sah tidak dikira pintu belakang



Yang tak sah pula tu yang macamana?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2020 05:14 PM | Show all posts
Edited by gede-bab at 9-3-2020 05:16 PM

Bagi aku tak ada istilah kerajaan pintu belakang....sebab mana2 ahli parlimen mendapat kepercayaan majoriti ahli parlimen akan dilantik sebagai perdana menteri oleh Yang DiPertuan Agong.

Andai Anwar dapat dokongan majoriti ahli Parlimen dia layak jadi PM walaupun dia masuk bertanding bukan melalui PRU tetapi PRK Port Dickson yang sengaja di kosongkan oleh penyandangnya. Malangnya Anwar tak dapat majoriti dan Yang DiPertuan Agong lebih percaya Muhyiddin yang dapat majoriti.

Istilah kerajaan pintu belakang ni cuma istilah pihak2 yang kalah dan gagal membentuk kerajaan.  Pembentukan kerajaan melalui gabungan parti-parti adalah biasa dalam amalan demokrasi.

Jarang kita dengar dalam dunia ini sesuatu parti itu berjaya mendapat sokongan 100% kecuali sistem komunis seperti China. Maka gabungan parti adalah wajar...malangnya gabungan ini boleh berpecah seperti yang dialami oleh PH dan tak terkecuali PN boleh berlaku..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2020 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ph buat takpa... Bila pn buat a big no no
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2020 07:44 PM | Show all posts
terma 'pintu blakang' ni dimulakan oleh pihak PH yg tetiber kena turun sbb cuba desak atuk letak jawatan, tanpa selidik terlebih dahulu apa yg akan berlaku slps itu. depa ingat ni mcm zaman dolu2 mase atuk letak jawatan pastu pass kat abdullah ahmad badawi. tapi depa lupa, depa main2 dgn atuk.

istilah 'pintu blakang' ni tak wujud pun sbb Agong mmg ikut cara yg betul iaitu berdasarkan perlembagaan. rakyat yg tak sempat pi skolah yg dok bingit ckp pintu blakang. cuba ko tanya dsai. iols yakin dia tahu takde istilah 'pintu blakang'. sbb yg suka main blakang2 ni... sambung sendiri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2020 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang cakap kalu sore losers sekelian nak buktikan kerajaan sekarang sah pintu belakang apa kata bawak kes ini ke mahkamah.sila dakwa agung dan PN dpt kuasa  membentuk kerajaan melalui pintu belakang. ada berani?? tak pyh lah nak melalak mcm anjing gila kebuluran hilang tuan
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul Ustaz ....jalan Belakang bahaya .Jom ikut jalan depan .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.780232 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list