“Kenapa harus saya ambil watak yang memerlukan muka kena mekap jadi tua?"
Kredit foto: IG
Rozita Che Wan atau nama glamornya Che Ta berkeras dengan pendiriannya enggan membenarkan wajahnya dimekap untuk kelihatan tua.
Tegas aktres dan usahawan berusia 46 itu, dia tidak akan menerima sebarang tawaran watak yang menuntutnya berbuat demikian.
"Baik bagi saja kepada pelakon veteran yang ada. Kalau tidak, nanti pelakon veteran kita yang ada nak lakonkan watak apa? Bukan apa, bila saya ambil karakter yang kena mekap tua, kasihan pelakon veteran tak dapat tawaran pula,” katanya kepada Harian Metro.
Bukannya tidak rela berlakon watak tua, cuma Che Ta enggan wajahnya disolek jadi 'tua'.
|