Mungkin sudah terlalu bosan hidup sebagai orang dewasa, seorang gadis berusia 25 tahun yang berasal daripada USA ini memilih untuk hidup seperti seorang bayi, menurut laporan DailyMail.
Malah, Paigey Miller juga membelanjakan hampir $230 setiap bulan untuk membeli lampin pakai buang!
Kredit foto: DailyMail Online
Dia yang merupakan seorang 'content creator' di negara Uncle Sam itu bangun setiap pagi dalam katil bayi dan menukar lampin pakai buangnya sebelum memulakan hari seperti kebiasaanya.
Malah, Paigey juga mempunyai banyak permainan seperti kanak-kanak dan melancarkan 'content' dalam talian untuk mereka yang mempunyai citarasa atau dalam kata lain, 'fetish' terhadap lampin pakai buang, malah mempunyai komuniti masing-masing.
Kredit foto: Daily Mail Online
Mula mengamalkan kehidupan seperti bayi itu sejak May 2018, dia juga mempunyai saluran Youtube dan laman web mengenai perjalanan hidupnya sebagai seorang bayi.
"Saya sentiasa kumpul permainan dan sering berasa muda. Kawan dan keluarga saya juga terima kehidupan saya yang seperti ini," ujarnya lagi. - CARI |