CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2255|Reply: 18

[Tempatan] Pejuang hanjeng merangkap pemfitnah di saman balas MPSJ

[Copy link]
Post time 5-2-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
MPSJ saman balas pasangan dalam kes tangkap anjing

11:44 tengahari (Dikemaskini 11:44 tengahari)
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyaman balas sepasang suami isteri atas dakwaan fitnah berhubung kejadian majlis itu dituduh menangkap anjing terbiar secara ganas.

Menurut saman balas bertarikh 30 Januari, majlis itu dan dua pegawainya menuduh pasangan Koh Tat Meng dan Diong Mei Li mengeluarkan kenyataan fitnah dan membuat tuduhan palsu terhadap mereka semasa kejadian tahun lalu.


Pada 3 Oktober tahun lalu, Koh didakwa menghalang penangkap anjing MPSJ menjalankan tugas mereka kerana tidak berpuas hati dengan cara pengendalian kasar ke atas anjing yang terbiar itu.

Video dirinya bertikam lidah dengan anggota MPSJ itu turut dirakamkan oleh isterinya Diong, dan diedarkan secara meluas di media sosial.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2020 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita arkib :

Lelaki didakwa cuba halang anggota MPSJ tangkap anjing terbiar

18 Okt 2019, 4:11 petang (Dikemaskini 18 Okt 2019, 4:11 petang)
Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, hari ini atas pertuduhan menghalang seorang anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada melakukan tugasnya menangkap anjing terbiar, yang videonya tular di media sosial baru-baru ini.

Koh Tat Meng, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret M Barath.

Bapa tiga anak itu didakwa dengan sengaja menghalang penjawat awam anggota MPSJ, Mohd Sadruddin Mohd Rosli, 30, daripada menjalankan tugasnya di kawasan luar Vista Millennium Condominium, Puchong, dekat Petaling Jaya, pada 11.22 pagi, 3 Okt lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam N Rajesh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Nov depan untuk sebutan semula kes.

Turut kelihatan di dalam mahkamah, beberapa aktivis pencinta haiwan yang membawa poster, bagaimanapun polis meminta mereka supaya menyimpan poster itu sebelum prosiding bermula.

- Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2020 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita arkib 2:

Pasangan terbabit insiden dera anjing buat laporan polis

8 Okt 2019, 4:51 petang (Dikemaskini 8 Okt 2019, 9:00 malam)
Sepasang suami isteri hari ini membuat laporan polis kerana membantah langkah penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menangkap anjing baru-baru ini.

Menurut Koh Tat Meng, berlaku kekasaran berlaku ke atas dia dan isterinya semasa penangkapan dibuat, selain proses tersebut dilakukan tanpa mengikut protokol.

Koh ditemani peguam Lawyers For Animal Rights semasa membuat laporan tersebut di Balai Polis USJ petang tadi.

"Saya ada beritahu petugas itu, janganlah zalimi haiwan tersebut.

"Saya juga beritahu mereka, Nabi Muhammad SAW pun sayangkan binatang dan pengampun," kata Koh.

Bagaimanapun, katanya, dia ditengking dan dimarahi pegawai MPSJ setiap kali dia memberikan pujian kepada Islam dan Nabi Muhammad.

Dia memberitahu pujian yang diberikan kepada agama Islam seperti di dalam video itu bukanlah kali pertama dilakukanya.

Malah, katanya, sebelum ini dia juga ada memuji Islam dan mereka yang mengikuti perkembangannya di Facebook sedia maklum mengenai perkara itu.

Mahu tindakan undang-undang

Dalam laporan tersebut, Koh juga menafikan dia menghalang penguat kuasa terbabit melakukan kerja mereka pada hari tersebut.

"Yang saya cuba lakukan cuma ingin meleraikan anjing tersebut sebab tindakan MPSJ dibuat dengan kasar.

"Saya tidak menolak pegawai mahupun menghalang," katanya dalam laporan tersebut.

Bagaimanapun, pada hari yang sama, pasangan tersebut kemudian dibawa ke balai polis selepas didatangi oleh pegawai polis dan pegawai dari MPSJ di rumah mereka.

Kedua-duanya selepas itu ditahan kerana didakwa sengaja menghalang pegawai petugas awam melakukan kerja.

Menjelaskan perkata itu, Koh berkata, hanya cuba untuk meleraikan kerana risau tindakan pegawai itu akan menyebabkan kaki anjing tersebut patah.

Koh juga memberitahu dalam laporan tersebut bahawa dia tidak pasti sama ada anjing tersebut masih bernyawa atau tidak selepas dihumban ke dalam van penguat kuasa itu.

Sementara itu peguam Rajesh Nagarajan dan Sachpreetaj Singh mahu pegawai yang terlibat dalam insiden itu dikenakan tindakan undang-undang.

Kata mereka, pegawai yang terlibat boleh didakwa dan disiasat di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 terutamanya di bawah Seksyen 29(1) (a) dan (f).

Kejadian keganasan dalam insiden itu pada semalam turut menarik perhatian Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang menzahirkan rasa kesal berhubung insiden tersebut.

"Saya amat kesal apabila diperlihatkan dengan satu klip video yang menunjukkan beberapa anggota MPSJ cuba menangkap seekor anjing terbiar secara ganas," kata baginda.

Baginda yang juga merupakan Penaung Diraja kempen Stray Free Selangor turut meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan perkara itu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 12:24 PM | Show all posts
penunggang agama orang lain ke ape ni main petik nama nabi..

mcm2x hal.. org tu buat keje dia.. kalau tak suka elok la pi adu kat YB kawasan masing2x..

iols bukan takat anjing.. kalau kucing buat prangai pun iols report majlis... ada juga kucing buat jamban atas cermin kereta.. pepagi nak cepat.. dah satu keje plak nak kena basuh cermin..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau anjing buat hal, mesti ahso ni diam tak berkutik
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 04:48 PM | Show all posts
humban kan aje sume hanjeng giler dlm pagaw umah dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2020 06:42 PM | Show all posts
anjing adalah lambang dan makanan cina

sbb tu mereka marah.

tapi di China anjing dibakar hidup kemudian dimakan tak pulak ada yg keriau.

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 06:45 PM | Show all posts
mende la org zmn skang, syg binatang dari manusia

kah kah kah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2020 06:46 PM | Show all posts
Edited by dodoIgemok at 5-2-2020 06:48 PM
bizsari replied at 5-2-2020 06:42 PM
anjing adalah lambang dan makanan cina

sbb tu mereka marah.

sana x de kebebasan bersuara berpersatuan...tu yg bagos
kah kah kah

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 06:47 PM | Show all posts
gujiwa replied at 5-2-2020 12:24 PM
penunggang agama orang lain ke ape ni main petik nama nabi..

mcm2x hal.. org tu buat keje dia..  ...

kat malaysia ni kak petik nama bangsa cina x leh.. nama lain leh

kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2020 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 jangan la pemimpin DAP backup ujung2 saman ditarik balik
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2020 10:01 PM | Show all posts
Acah acah bagus jer couple ni... klu ada yg kena gigit x pulak ko bising.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Puak dapiq mmg kuat pitenah
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes lobai yg bangga racun hanjeng dolu apa jadi?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebut pasal cina je, kita dituduh racist. Apa la nak jd dgn malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2020 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang ditangkap adalah anjeng liar yg ada possibilty untuk hidap penyakit sawan, tiba2 pi gigit org jogging, budak2 etc. Pelik2 manusia skrg, tunggu dia kena gigit baru tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2020 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kumpulan pencinta haiwan ni lah penyebab anjing liar byk skrg sampai tokak budak sekolah.....

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2020 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tnjuk alim ke apa cina ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2020 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya apa tujuan kumpulan pencinta haiwan tu.setakat komen ke..pi lah ambik bela binatang terbiar...setakat bising je tak yag berpersatuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.102668 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list