View: 5320|Reply: 56
|
Kajian Sains Buktikan Anak Yang Bijak, Pintar 'Turun' Dari Ibunya
[Copy link]
|
|
Tahukah anda, terdapat satu kajian saintifik yang dibincangkan oleh Psychology Spot menunjukkan kebijaksanaan anak-anak sebenarnya diwarisi daripada ibu.
Kredit foto: Verywell Family
Menurut Reader Digest, ia berkait rapat dengan genetik bijaksana yang banyak dibawa oleh kromosom X.
Wanita akan membawa dua kromosom X, manakala lelaki membawa satu kromosom X dan Y. Disebabkan ini, kepintaran dan kebijaksanaan anak-anak banyak disumbangkan oleh kromosom daripada ibu.
Terdapat juga kajian terdahulu pada 1994 oleh Medical Research Council Social dan Public Health Sciences Unit, dimana satu kaji selidik telah dijalankan ke atas 12,686 individu berusia 14 hingga 22 tahun.
Kajian itu mengambil kira tahap IQ, bangsa, latar belakang pendidikan, status sosio ekonomi dan banyak lagi. Hasilnya? Tahap IQ yang tinggi kebanyakkan datang dari ibu mereka.
Selain itu, dari segi psikologi pula membincangkan peranan ibu yang membesarkan anak sejak dari kecil dan menjadi ikutan anak-anaktelah menyokong fakta bahawa kebijaksanaan anak datang daripada ibunya.
Namun, ini tidak sama sekali menolak fungsi bapa yang turut menyumbang kepada kepintaran anak, malah ada kajian menunjukkan bapa yang berusia mempunyai anak yang lebih bijak berbanding bapa muda. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya tertinggal tu....sepatutnya IBU Yang memainkan peranan la kot. |
|
|
|
|
|
|
|
IBU yang memainkan peranan la kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
dari pengalaman iols sendiri ..berikutan saudara dan rakan2 terdekat, teori ni banyak benarnya..bukan sekali malah terbukti dari 4 keluarga yg rapat ngan iols
Seorang suami yg lepasan universiti dan kerja baik..ada 3 isteri..salah seorang isteri bekerja dan lepasan universiti..cuma anak2 dia saja yg berjaya dalam pelajaran, anak kedua2 isteri lain..cuma biasa2 sahaja mereka..sepatutnya ibu2 yg duduk rumah ni laa anak2 lebih terjaga..so ini disebabkan anak2 isteri tersebut mengikut IQ ibu2 mereka.. |
|
|
|
|
|
|
|
bapa yg berumur mungkin lebih matang, sabar, pandai melayan ibu yg mengandung,jadi anak yg terhasil tentunya lebih baik dari bapa yg baran,perengus
|
|
|
|
|
|
|
|
bijak itu bagus
kene pastikan adab sama bagus seperti bijaknya
|
|
|
|
|
|
|
|
patut anak aku bijak |
|
|
|
|
|
|
|
biar adab seiring dengan bijak |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi buat para lelaki, korang pilih lah perempuan yang bijak untuk dijadikan isteri. Sekurangnya dapat baiki keturunan tu sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Kembang kempis hidung ku... Huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brego at 30-1-2020 01:24 PM
kesimpulan nya, cari la pompuan yang bijak utk di buat bini.
bukan nya bimbo dan bebal.
sekarang ni pompuan so called educated,
ada degree master bagai pun, ramai yang sengal.
aku nak cari yang macam puspawangi, takde degree pun takpe,
asal kan bijak di luar kotak fikiran, with lot of common sense.
kalau ada yang berminat, sila PM untuk screening test.
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm tak valid je utk fmly iols
anak mmg follow bakat abah dia...bijak main games jah tgk sepnjg 11thn ni.kot follow semua bakat ayah tu xpe la gak.hak bahagian ibu lgsg tak ambil |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 bijak hasil asuhan dan didikan ibubapa.
Ibubapa pandai didik anak2 hingga jadi bijaksana.
Yang penting adab kena ada.
Hormat orang tua, salam dan tunduk bila berjalan.
Itu pakej yang baik.
Jarang tgk budak2 skrg camni. |
|
|
|
|
|
|
|
semua tu rezeki bagi ibubapa dpt anak bijak
tapi ia datang dgn pakej
pakej utk memastikan bijak itu pada landasan betul
tanpa usaha titik peluh dan kudrat ia tidak mampu pergi jauh
|
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Kalau anak skrg kurang bijak
.kawin laa satu lagi dengan procesor |
|
|
|
|
|
|
|
Sama mcm adik sy ckp dl.. Dia ckp mcm tu gak..kalo suami jauh lebih tua.. Sperm tu yg matang berbanding yg org muda |
|
|
|
|
|
|
|
So nak start kempen 'Say No to Bimbo' ke?
Patutla yg cantik2 bimbo ni slalu x disunting utk kawen
|
|
|
|
|
|
|
| |
|