CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2528|Reply: 9

Bahaya Gadjet Pada Kanak-Kanak

[Copy link]
Post time 12-1-2020 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Kakalongmu at 12-1-2020 12:49 PM

Smartphone, tablet dan gajet berskrin sering menjadi pilihan ibu bapa kepada anak mereka seawal usia beberapa bulan. Ada yang beralasan, telefon pintar dapat ‘menjaga’ bayi semasa mereka sedang sibuk membuat kerja. Ada pula yang memberikan smartphone dengan harapan, ia mampu mengembangkan otak anak mereka dengan aplikasi dan game khas untuk bayi.

Namun, benarkah ianya bermanfaat untuk bayi dan anak kecil? Kami berikan anda 7 sebab untuk anda katakan TIDAK!

1. GAJET TIDAK MEMBANTU DALAM PERKEMBANGAN OTAK
Tahukah anda, menurut satu kajian, smartphone, tab atau sebarang skrin yang memaparkan rancangan, aplikasi atau permainan pendidikan khas untuk bayi langsung tidak memberi sebarang kesan kepada perkembangan otak bagi anak kecil di bawah umur 2 tahun.

Persatuan Pediatrik Amerika juga mengeluarkan peraturan; menonton TV harus diterhadkan untuk bayi di bawah umur 2 tahun. Bukan sahaja ia tidak membantu dalam perkembangan otak, malah beberapa keburukan juga berpotensi untuk terjadi.

2. SMARTPHONE MENGEHADKAN PENGGUNAAN DERIA RASA BAYI
Dengan menggunakan smartphone bayi tidak dapat menggunakan semua deria dengan sepenuhnya. Deria sentuhan juga akan terbatas. Mereka tidak dapat membezakan permukaan yang kasar, licin, lembut atau keras hanya dengan menggunakan skrin gajet.

Mereka juga tidak dapat mengenal jenis bau-bauan menggunakan gajet. Ini akan melambatkan perkembangan otak bayi.

Sebaliknya, jika anak anda didedahkan bermain blok kayu, patung-patung lembut, permainan masakan, ia akan merangsang minda anak anda dengan lebih aktif lagi kerana melibatkan semua deria.

3. BAYI TIDAK DAPAT BELAJAR INTERAKSI SOSIAL DENGAN LEBIH BAIK
Anak kecil lebih banyak belajar apabila bermain dan berbual dengan ibu bapa kerana mereka dapat mengenal lebih banyak ekspresi muka, emosi, vokabulari dan ia lebih berinteraktif berbanding bermain telefon bimbit secara bersendirian.
4. MENGGANGGU PROSES PERKEMBANGAN BAHASA BAYI
Daripada satu kajian yang dilakukan, TV yang dihidupkan walaupun hanya sebagai bunyi latar di ruang tamu dapat melambatkan proses perkembangan bahasa kanak-kanak! Secara normalnya, ibu bapa akan bercakap lebih kurang 940 perkataan dengan anak mereka.

Tetapi, apabila TV dihidupkan, ibu bapa kurang bercakap dan jumlah perkataan yang diucapkan kepada anak mereka jatuh kepada 770 sahaja. Kurang perkataan akan melembapkan perkembangan vokabulari si kecil dan melambatkan kebolehan si kecil untuk fasih bercakap.

Pakar psikologi menasihatkan agar ibu bapa perlu banyak berbual dengan anak kecil mereka sekerap yang boleh tentang apa sahaja. Membaca buku untuk anak sebelum tidur adalah aktiviti yang sangat disarankan kerana mereka dapat mempelajari perkataan baru dengan lebih cepat dengan sebutan yang tepat.

5. MENYEBABKAN ANAK MEMBESAR DENGAN TIDAK AKTIF
Bermain game di smartphone tidak memerlukan anak kecil bergerak dan bermain aktif kerana semuanya sudah ada di depan mata.

Perkara ini tidak elok kerana ia dapat menganggu tumbesaran anak anda akibat kurangnya penggunaan sensorimotor dan otot-otot terutamanya bahagian sendi jari-jemari, kaki dan lutut.

6. MENGGANGGU PERKEMBANGAN SARAF OTAK BAYI
Perkembangan yang tidak aktif dan abnormal akibat bermain iPad terlalu kerap boleh merosakkan saraf otak dan menrencatkan kebolehan anak bergerak secara normal.

Menurut seorang pakar pskiatri kanak-kanak, anak kecil boleh menggunakan telfon pintar tetapi tidak boleh lebih daripada 10 minit dan jangan tinggalkan mereka bersama telefon pintar bersendirian. Berinteraksilah dengan mereka.

7. MENYEBABKAN PERKEMBANGAN OTAK ANAK KECIL MENJADI PASIF
Apabila kanak-kanak bermain gajet, mata  mereka tidak aktif bergerak dan hanya tertumpu pada satu tempat. Fokus mata mereka juga hanya tertumpu untuk benda yang dekat . Ini akan menyebabkan pandangan mereka tidak luas. Akibatnya perkembangan otak juga tidak aktif.

Deria penglihatan bayi harus dirangsang dengan cara merangsang urat saraf mata ke otak untuk perkembangan otak yang berkesan. Ibu bapa boleh membawa mereka bersiar-siar, melihat sesuatu yang tinggi seperti layang-layang, melatih fokus mata melihat benda jauh dan dekat, atau melihat kiri dan kanan.

KESIMPULAN
Walaupun dengan telefon pintar dan gajet, bayi masih dapat mempelajari warna-warna, pelbagai bentuk serta objek tertentu, ia tidak se-efisien apabila berinteraksi dengan dunia sebenar. Mengapa anda ingin menyogok anak kecil anda dengan dunia digital yang terhad sedangkan mereka boleh membesar dengan persekitaran lebih nyata?

Anak kecil anda perlu lebih banyak mengenali dunia realiti!
Kredit : thezuriat.com

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2020 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp tetap adabyg baghal... Bg KT anak.... Pastu claim anak delay speech
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 12-1-2020 11:20 PM
Tp tetap adabyg baghal... Bg KT anak.... Pastu claim anak delay speech

Ramai jer yg bagi kat budak2. Paling aku nyampah, budak kat stroller hadap gajet.
Anak2 aku pun main benda ni, tapi once outdoor, tu semua simpan. Cuma masa tunggu mkn kat luar jer bole main jap. Once the food dah hidang, semua simpan gajet masing2.
And tak semua speech delay pasal gajet ya.. aku jumpa ramai budak2 ni yg tak sentuh pun tapi ada masalah ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan aku siap belikan kat anak sorang satu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Nana_Man replied at 13-1-2020 07:01 AM
Ramai jer yg bagi kat budak2. Paling aku nyampah, budak kat stroller hadap gajet.
Anak2 aku pun  ...

Yg speech delay tu mungkin mak ayah tak rajin nak bawa bercakap.  Selain memang ada mslah yg saintifik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 11:21 AM | Show all posts
Nana_Man replied at 13-1-2020 07:01 AM
Ramai jer yg bagi kat budak2. Paling aku nyampah, budak kat stroller hadap gajet.
Anak2 aku pun  ...

sedih tgk yg bg kt anak2, tengah berjalan pun di baginya, naik kereta, tgh mkn lagi la

budak2 sepatutnya x sentuh langsung, dan begitu jugak bg budak2 yg besar sbb ada content yg kita x boleh kawal

yg mmg luar kawalan pun.. bapaknya pun jenuh kita nk kawal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
qil replied at 13-1-2020 09:31 AM
Kawan aku siap belikan kat anak sorang satu

Ni mesti case parents nk hidup ngan tenang.. haha..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 13-1-2020 10:47 AM
Yg speech delay tu mungkin mak ayah tak rajin nak bawa bercakap.  Selain memang ada mslah yg saint ...

I laki bini ngan anak2 lain pun rajin bual ngan si bongsu, tapi dia pun speech delay jgk. Lepas therapy brape bulan baru start ckp. Not autistik though.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2020 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 13-1-2020 11:21 AM
sedih tgk yg bg kt anak2, tengah berjalan pun di baginya, naik kereta, tgh mkn lagi la

budak2 s ...

Hahaha.. kalau bpk nye susah nk kawal, anak2 lg lah susah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2020 08:44 AM | Show all posts
aku bagi je kat anak..tapi aku pun selalu bawak anak keluaq..main kat playground, and kalau cuaca tak panas sgt kekadang bawak pegi beach main pasir..main ombak..sekarang musim panas ni aku bawak indoor punya playground je..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.363754 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list