Post time 8-1-2020 11:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Terpanggil utk comment pasal hafizul yg comment pasal hady jd host tu. I tgk ig dia tadi and dia baru dpt baby. Itu dah kira rezeki yg Allah tak kasi pun lagi kt hady. Kalau boleh pilih la rezeki mana yg kita nak, i rasa hady will pick dpt baby more than jadi host dds ni. Dgn package kena kutuk lagi. Baik pilih baby. Tp ye la manusia kan tk pernah puas. Maybe blom rezeki hafizul lagi walaupun ade package jugak dia tu
Ulang Alik Singapura - Malaysia, Hady Mirza Bercadang Pindah Ke Kuala Lumpur Jika Terlalu Sibuk
BYFIZA KAMARUDIN8 JANUARI 2020. 8:25 PM
Hady MirzaGV2019
Bekas juara Gegar Vaganza 2019, Hady Mirza bercadang berpindah ke Kuala Lumpur jika terikat dengan jadual kerja yang padat di negara ini.
Hady yang juga pengacara program Dansa Dan Sing itu berkata, buat masa sekarang dia masih mampu berulang alik dari Singapura ke Malaysia.
“Buat masa sekarang ini saya akan berada di Singapura pada hari Khamis dan Jumaat setiap minggu, selebihnya di sini.
“Kalau ditanya saya sekarang lebih banyak berada di Singapura atau Kuala Lumpur, saya rasa sama rata.
“Cuma kalau jadual saya terlalu padat yang menyebabkan saya terpaksa berpindah, mungkin saya akan pindah,” katanya kepada Hlive!
Bercakap mengenai perancangannya pada masa hadapan, Hady berkata buat masa ini kebanyakannya masih dalam perbincangan dan belum boleh didedahkan.
“Perancangan akan datang rahsia, tapi saya akan lebih kerap berada di sini. Insya-Allah,” katanya.
Dalam pada itu Hady bersyukur kerana rezekinya selepas menyertai GV 2019, semakin bertambah.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya selama ini,” ujarnya.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD
bgs la ape2 x canang dl kan...da jd br bgtau..fans ternanti2 seronok jgk hehehe tapikan larat dia ye travel tiap2 mnggu klu ade ank mmg kene stay la sian plk travel ank kecik ni