"Tolong saya dapatkan info pemilik Facebook ini. Saya mahu jumpa dia."
Pelawak Sharif Zero terkilan disamakan dengan pendatang asing tanpa izin (Pati).
Malah, menurut mStar Online, Sharif Kadir Doli Sharif atau Sharif bengang apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menghina wajahnya dan dua lagi ahli kumpulannya iaitu Mohd Syaiful Doli Sharif (Syaiful) dan Sharid Kunal Doli Sharif (Atu).
Kredit foto: IG
Katanya, individu terbabit menggunakan nama palsu sebagai Shah Shah untuk menghina mereka di Facebook.
"Saya tak tahu mengenai perkara itu sehinggalah ada peminat yang hantar screenshot dan berikan kepada saya. Perkara begini adalah sangat sensitif khususnya kami orang-orang Sabah. Benda tengah isu di sana.
"Sampai sekarang saya masih tak berpuas hati dan masih mencari lagi individu di sebalik akaun palsu itu. Kalau tengok dekat wall Facebook, dia ni selalu menghentam orang," ujarnya kepada mStar.
Kredit foto: IG
Dalam masa sama, Sharif mencabar individu terbabit bersemuka dengannya.
"Saya mahu jumpa dia, nak bagi dia tengok saya punya IC (MyKad).
"Saya sedar muka kami ni memang seperti orang-orang luar tapi dia tak sepatutnya kaitkan dengan isu sensitif seperti ini.
"Saya nak sangat berdepan dengan dia, nak tanya apa yang dia tak puas hati. Saya tak suka dan saya akan cari sampai dapat.
"Saya tak tahu apa motif dia buat begini, apa yang dia nak. Saya memang asli orang Sabah. Kalau kau jantan, kita berdepan. Aku nak jumpa kau!" serunya.
Kredit foto: IG
Sharif yang sudah melaporkan kejadian kepada polis menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang kerana enggan perkara sama berulang kepada orang lain.
Beranilah dia hina orang lain sebab berselindung di sebalik akaun palsu. Kita tengok dia berani tak berdepan Sharif sebelum kena saman. - CARI
|