[size=1.25em]Anggota Jawatankuasa Pusat (PAS) Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini membuat hantaran khusus di Facebook berhubung Mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohamad. [size=1.25em]Dalam hantaran ringkas itu, Nik Abduh menyifatkan Zulkifli sebagai mufti terbaik yang dikenalinya, dan memberi pringatan kepada mana-mana pihak yang memperlekehnya. [size=1.25em]“Mufti Wilayah Persekutuan adalah antara mufti terbaik yang saya kenali. Ilmunya tinggi. Akhlaknya tinggi. Kesedarannya tinggi. Fatwa dan pandangan beliau adalah demi kebaikan umat. Salah dan silap adalah tanda manusiawi.
[size=1.25em]“Apabila anda memperlekeh para ulamak yang benar, anda memasuki jerat syaitan. Jauhi kecelakaan hidup dengan sentiasa bertaubat kepada Allah," katanya hari ini. [size=1.25em]
[size=1.25em]berita penuh [size=1.25em]
[size=1.25em]
[size=1.25em]
[size=1.25em]
|