 Khalid Samad (kiri) mengecam mereka yang mempolitikkan isu iklan Sugarbook. Kredit foto: Facebook
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menganggap pihak yang mempolitikkan dan menularkan isu iklan tidak senonoh Sugarbook sebagai memberi iklan percuma kepada syarikat berkenaan.
Beliau menjelaskan, iklan itu telah diturunkan dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan siapa yang memberi kelulusan.
"Malangnya ada yang nak jadikan isu politik, maka ditular dan mengiklankan syarikat tersebut dengan percuma.
"Seronok syarikat berkenaan, free jer dapat publisiti," katanya melalui Twitter pada 19 Disember.
">
Komen Khalid itu seperti senjata makan tuan berikutan kecaman yang dilontarkan oleh netizen yang kesal dengan cara beliau menjawab isu tersebut.
Malah, seorang netizen menyifatkan komen Khalid itu sebagai iklan percuma untuk Sugarbook.
Mereka turut mengingatkan beliau bahawa isu berkenaan mungkin tidak diketahui ramai sekiranya tidak ditularkan dalam media sosial.
 Kredit foto: Twitter
Netizen juga tidak berpuas hati dengan penjelasan Khalid bahawa isu itu berpunca daripada kesilapan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
 Kredit foto: Twitter
Mungkin Khalid masih belum sedar tentang kuasa 'tentera bawang Malaysia' yang berupaya mengeluarkan sindiran yang lebih pedas berbanding beliau. - CARI |