View: 12433|Reply: 22
|
[Bahasa]
[Takwil Puisi 36] SANG HATI...
[Copy link]
|
|
Iolls try ye..
Puisi ni pasal benda yang semua manusia punya. Tapi, hati tu pun depends pada pemilik dia juga. Baik ke, jahat ke, penuh muslihat ke.
Kadang2 manusia ni terlalu ikut hati sampai logik akal pun letak tepi.
Hati ni walaupun ada yang kata keras, tapi sekali dah terluka, memang la no turning back. Berkecai tak boleh lekat hatta dengan gam gajah.
Sebab tu hati ni kena jaga sebaiknya. Akhir kata.. hati-hati dalam menjaga hati |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah terima kasih . Terharu pula. Hehehe. Nanti kita takwil lagi puisi ya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wah berganda...kedua penyajak pilih awak...tahniah la...buat hattrick lak ye
|
|
|
|
|
|
|
|
Fuuuh. Lama dah tak takwil nie.
Penulis menyatakan mengenai satu hati yang semua orang miliki. Tapi hati kadang tidak dapat kawal fikiran. Hati kata lain tp fikiran kata lain. Hati jugak bole retak seribu. Walaupun orang tak nampak dengan mata kasar, tp apa yg berlaku di hati cuma empunya sendiri yang rasa dan tahu. Dan jagalah hati dengan baik. Hati yang baik dpt membuatkan diri orgnya menjadi orang yg baik dan mulia juga.
Pg td tgk video Bill Gates and the poor newspaper men. You are not waiting to be rich to help people, you can be kind to others if you are poor too. Just be kind. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hm.. sis cube ye..
puisi ni bercakap tentang hati yg semue manusia ada...yang membezakan hanyalah cara individu tu menjaga hati nya.. perasaan yang ada dlm hati,sesuatu yang sukar ditafsirkan, terlalu banyak emosi didalam nya.. sedih gembira cemburu ragu ragu.. manusia tu sendiri harus menjaga hati nya agar setiap perbuatan masih ada rasionalnya..jika kita ada hati yang baik, yg baik2 juga akan dtg pada kite nanti.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 19-11-2019 07:41 AM
Wah berganda...kedua penyajak pilih awak...tahniah la...buat hattrick lak ye
Hihi..... Alhamdulillah. Terima kasih juga @seribulan bagi kredit |
|
|
|
|
|
|
|
Puisi adalah tentang hati yang dimiliki oleh semua manusia. Besar, kecil, cerah dan kelam bukanlah berkenaan saiz dan rupa hati tersebut tetapi tentang bagaimana hati membentuk seseorang.
Akal yang ada, sungguhpun dipengaruhi oleh tahap pemikiran dan kepintaran individu, ia tidak sama sekali menjamin hati seseorang itu bersih.
Sekali hati sakit dan terluka, sukar untuk dirawat, dilupakan, apatah lagi untuk sembuh sepenuhnya. Hati juga mempengaruhi emosi. Betapa pentingnya hati, bentukkanlah hati menjadi seseorang yang memiliki sifat simpati dan empati. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hati sangat berharga bagi semua manusia
Hati mencerminkan perilaku diri sendiri
Tindak tanduk kita bukan semata-mata datang dari akal yg bijaksana
Tapi datang dari dorongan hati yg seperti berkata-kata
Walau bagaimanapon hati adalah sesuatu yg sangat rapuh
Nilai sesebuah hati boleh dinodai malah boleh dihancurkan oleh secebis anasir buruk yg tidak dihajati
Hati yg telah hancur belum tentu boleh dibina semula seperti sediakala
Luka sesebuah hati akan tetap tersemat dalam diri
Tapi hakikatnya hati boleh dibentuk mengikut acuannya
Jika baik acuannya maka baiklah hatinya
Untuk mengecapi tujuan tersebut, manusia perlulah sentiasa berbuat baik antara sesama makhlukNya
Demi mencapai hidup yg aman tenteram dah sejahtera
Mulianya seseorang itu terbentuk dari mulianya hatinya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Puisi ini menceritakan tentang hati. Semua manusia mempunyai sekeping hati yang ada berbagai ragam. Hati boleh berjalan seiring dgn akal tapi kadang kala hati lebih mendahului tanpa menunggu akal.
Hati itu juga boleh sakit dan sembuh, mati dan hidup kembali kerana empunya hati yang akan membentuk acuan hati ke arah mana pilihannya.
Oleh itu makanya empunya hati perlu bentuk acuan yang elok kerana ianya akan memberi impak kepada jiwa, akal dan kehidupan manusia seterusnya. Hati yang baik akan membawa kepada akal yang elok, jiwa yang tenang dan kehidupan yang lancar. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hati..
Setiap insan yg bernyawa mempunyai hati aka perasaan
Hati..
Ada moodnya tersendiri
Suka,gembira,sedih,marah etc..
Terkadang sehebat mana kita cuba mengawal sesuatu perasaan itu,namun kita tewas jua kerana hati yg beremosi
Hati..
Apabila tersakiti,lukanya akan tinggal berbekas biarpun dirawat sepanjang hayat.Betapa rapuhnya sekeping hati
Hati..
Bermacam rasa,berbagai emosi
Sifatnya halus walaupun tidak kelihatan
Bisa menghiris tanpa kita sedari
Oleh itu jagalah hati orang seperti mana kita ingin hati kita dijaga..
Cakap siang pandang2,cakap malam dengar2..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hati seperti sebuah buku yang mengandungi pelbagai cerita, warna dan rasa namun sukar dibaca.
Penulis menekankan semua orang mempunyai hati tetapi sukar mencari yang sama. Hari yang terluka sukar diubati malah boleh membunuh jiwa.
Hanya kekuatan hati mampu menangkis anasir jahat bukan sahaja dari luar malah dari hati itu sendiri.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hati bersih jiwa tenang.
Hati ibarat raja bagi anggota tubuh dan ketua dalam segala bentuk kehidupan.
Baik hati baiklah kehidupan seseorang itu.
Jika buruk hati, maka punahlah kehidupannya.
Setiap manusia perlu mencari jalan mendidik dan merawat hati kerana hati yang sentiasa dirawat dan disuburkan dengan amal akan memperoleh ketenangan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lama x takwil.. and simple tapi bermakna
Yang punya hati, hati tu sangat fragile tapi utuh dgn apa yg dia rasa
Tak berdolak dalik, kekal dgn apa yg disemat
Hmm, maybe juga dia bertekad untuk memastikan hatinya kekal dgn apa yg dia yakini.. stick with it and hati x mungkin boleh berubah ubah walau apa terjadi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting bukan plagiat karya orang...kalau ada yang plagiat, sila report kat @admin6
|
|
|
|
|
|
|
|
Meols nak cuba.
Hati. Jika kita tafsir sendiri makna hati itu pasti kita tidak tergamak untuk merobek, meluka, dan menyakiti.
Hati. Merah warnanya. Seakan daging teksturnya. Jika dihiris mengalirlah air pekat berwarna merah.
Hati. Jika dibelai disayangi pasti bahagia akan dikecap. Jika ditikam merana yang kita dapat. Tapi jangan lupa, hati ini Tuhan yang pegang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg i faham dari puasi ni...
Setiap manusia mempunyai hati
Walau bijak mana sseorang itu menggunakan akal untuk berfikir dan membuat keputusan,tapi hanya kerana sesaat terleka dan turutkan kata hati yg beremosi yg tiada kawalan diri..akibatnya boleh kekal sepanjang hidup..
Boleh diibaratkan seperti kertas yg terkoyak..
Walau di cantumkan balik menggunakan selotep,hasilnya tetap tidak sama seperti yg asal,kesan koyak tu tetap ada..
Terlajak perahu boleh di undur,terlajak kata binasa diri..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sy cuba ye
Rahsia di hati tak siapa yang tahu.hanya pemilik itu sendiri yang tahu dan hanya pemilik itu sendiri mencorakkanya.
Kebaikan yg ikhlas di hati akan terpancar sinarnya tanpa perlu di pertontonkan.dan jika kepuraan di hati maka terlihat la sisi hitamnya meskipun cuba menutupinya
Hati sangat kecil tetapi sangat rumit untuk difahami
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|