Dalam diam rupanya selepas lama menunggu lamaran dari pihak lelaki, Erra Fazira, 45, pula yang buka langkah dengan menghantar lamaran kepada lelaki yang pernah mempunyai hubungan dengannya, Shahir Zawawi, bekas juara Akademi Fantasia.
Apa pula ceritanya ini? Rupanya lamaran itu hanyalah sebagai penampilan istimewa dalam video muzik lagu terbaru Erra bertajuk Menangkah Cinta.
Kredit foto: Carian Google
Menurut Erra memberitahu MStar dalam satu siding media, pemilihan itu bukanlah satu gimik murahan tetapi dibuat selepas mendapat kata sepakat daripada semua pihak untuk memilih artis yang sudah dikenali untuk berdamping dengannya dalam video itu.
'Mulanya nak pilih Datuk Awie memandangkan kami ada projek bersama tahun depan tetapi jadual tidak sesuai' kata Erra. Nama lain juga disebut-sebut seperti Zul Ariffin dan Remy Ishak.
'Akhirnya Shahir menjadi pilihan' kata Erra lagi.
'Awalnya Shahrir menolak jadi Ungku Ismail jadi pilihan tetapi tiba-tiba Ungku Ismail pula ada halangan dan Shahrir pula bersetuju jadi pengganti di saat akhir' tambahnya lagi.
Kredit foto: Berita Harian
Menurutnya lagi, beliau terkejut apabila Shahir menerima lamarannya. Umum tahu mereka pernah mempunyai hubungan cinta tetapi telah putus awal tahun ini. Video muzik itu mula dimuatnaik di Youtube jam 8 malam ini (Rabu) sebagai hadiah terbaru dari Erra kepada peminat setelah lama tidak mengeluarkan lagu baru.
Adakah ini petanda kasih antara Erra dan Shahrir bakal bertaut semula? Kita nantikan.- CARI |