View: 11277|Reply: 43
|
Hutan Hujan Tropika Tertua Dunia - Royal Belum Masih Kekal Dara
[Copy link]
|
|
Hutan Kekal Dara - Taman Negara Royal Belum merupakan hutan hujan tropika tertua di dunia dan mempunyai keluasan 117,500 hektar dengan usia lebih 130 juta serta bersempadan dengan Thailand di utara dan Kelantan di timur.
Kredit foto: Google
Royal Belum telah diwartakan sebagai kawasan dilindungi oleh Kerajaan Perak pada Mei 2017 dan diuruskan Perbadanan Taman Negeri Perak.
Pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti mandi air terjun di 12 lokasi menarik, aktiviti merentasi hutan, berkhemah, berkayak, berakit, melihat spesis burung enggang, menghayati kehidupan fauna dan flora.
Memetik laporan Sinar Harian, aktiviti memerhati burung semasa musim burung merupakan salah satu tarikan di Royal Belum seperti yang dimaklumkan oleh renjer Perbadanan Taman Negeri Perak, Mohd Yusri Abdullah Sani.
Kredit foto : Perak Today - Burung Enggang merupakan burung yang paling menarik perhatian peminat burung di Royal Belum
Semasa musim memerhati burung dari bulan Julai hingga September, jurugambar alam semula jadi dari seluruh pelosok dunia akan berkumpul di Royal Belum untuk memastikan mereka mendapat gambar paling cantik.
Tasik Temenggor merupakan tarikan untuk pemancing yang pastinya tidak mahu melepaskan peluang keemasan menangkap spesies ikan seperti 'hampala' dan ikan gergasi berkepala ular atau ikan lumpur.
Kredit foto : Majalah Pancing - Ikan haruan turut ada di Tasik Temenggor, Royal Belum
Kredit Foto - Orang Perak - Tasik Temenggor, tasik kedua terbesar di Malaysia
Bagi sesiapa yang ingin bermalam di Tasik Temenggor, bolehlah menyewa 'rumah bot' dan merasai suasana malam yang sunyi dan udara nyaman tasik yang begitu mengasyikkan.
Kredit foto : Google - Antara perkhidmatan rumah bot di Royal Belum
Selain kaya dengan khazanah flora dan fauna, orang asli dari kumpulan etnik Jahai turut mendiami hutan Royal Belum. Mereka tinggal di tebing Sungai Klewang, di mana sungai tersebut dijadikan sumber air dan makanan serta jalan perhubungan untuk ke dunia luar.
Kredit Foto : Google - Perkampungan orang asli di Sungai Klewang, Kg. Klewang, Royal Belum
Tarikan lain di Royal Belum adalah seperti menjejak bunga Rafflesia, merentasi hutan ke Santuari Ikan Sungai Ruok dan bermandi-manda bersama spesis ikan di air terjun sungai berkenaan.
Kredit foto : Harian Metro - Rafflesia bunga terbesar di dunia hidup subur di sini
Kredit foto : BH Online - Aktiviti mandi bersama ikan di Sungai Rouk
Ini termasuk dapat melihat hidupan liar mahupun melawat Salt Licks yang menjanjikan keseronokan tersendiri.
Kredit foto : Google - Salt Licks tempat haiwan menjilat garam mineral
Royal Belum sememangnya menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dan mencabar untuk dilakukan di samping memberi ketenangan jiwa buat anda kerana dikelilingi hutan tebal dan jauh dari kesibukan bandar.
Apa tunggu lagi, segeralah merancang percutian anda ke Royal Belum untuk merasai sendiri panorama hutan penuh kehijauan, pemandangan indah, damai dengan bebas menghirup udara segar yang menyamankan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Baru baca thread cek dara guna 2 jari lepas baca dr amalina komplen ttg llki mlyu yg taksub dara
Ni hutan pun nak tekan kn dara juga
Penting sgt dara tu
Apa bahasa melayu ni dh xdak perkataan lain |
|
|
|
|
|
|
|
hihi..nak perkataan ringkas...kita tukar virgin lah ( gurau )
|
|
|
|
|
|
|
|
Cmana org asli blh ada kat sana ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
tmpt haiwan menjilat garam mineral tu camne kaedah dia? |
|
|
|
|
|
|
|
dorang dok ulang alik melalui sungai klawang tu bila nak ke pekan Gerik
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga keasliannya terus dikekalkan |
|
|
|
|
|
|
|
Sira (salt-lick) merupakan titisan ‘mata air’ mengandungi nutrien garam yang sering dikunjungi oleh haiwan liar untuk ‘mencuci mulut’ selepas mengunyah makanan.
Sira garam atau jenut ini adalah tempat di mana binatang-binatang liar seperti harimau, tapir, rusa dan sebagainya datang untuk menjilat garam-garam mineral yang terdapat di sekitar jenut / sira ini untuk menambah atau mendapatkan zat garam mineral serta nutrien-nutrien penting seperti kalsium, magnesium, natrium dan zink yang amat penting dalam diet pemakanan binatang liar tesebut, seperti manusialah memerlukan vitamin A, B, C zat besi, kalsium cuba bezanya kita boleh dapat semua khasiat tersebut daripada makanan yang kita makan.
Binatang-binatang datang jilat takungan/batu yang ada sira kat kawasan tu ( rujuk gambar)
Salt Lick
|
|
|
|
|
|
|
|
oo mcm tu..hebatnya kejadian Allah..mekasih nat
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh. Terbayang sejuk sungai ble berendam. Soo refresh. Masuk hutan ni mcm terapi. Tgok pokok hijau, kuar balik rasa release beban {:shy{:full |
|
|
|
|
|
|
|
Pokok medang berbelas pemeluk ada kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya tempatnya....semoga sentiasa terpelihara |
|
|
|
|
|
|
|
Tertunia tu apa tuan tanah?
|
|
|
|
|
|
|
|
ya ampun.... tertua = tertunia... sape ada power lebih tolong edit tajuk hhuu
|
|
|
|
|
|
|
|
Aduhhh.. teringinnye nak pergi. |
|
|
|
|
|
|
|
sama-sama. jom ke royal belum... saya pun teringin nak pergi...asyik lalu tasik banding je
|
|
|
|
|
|
|
|
Hi.
Saya tengah cari geng nak cukupkan 20pax
trip boathouse royal belum
3 hari 2 mlm
date: 25-27 jan 2020
pakej: RM369 (sewa bot dan include meals)
*Sekarang dah ada 20org.
Aktiviti:-
Bermalam dalam boathouse
Melawat ke perkampungan orang asli
Mandi air terjun
Jungle trekking ke sira garam dan bunga rafflesia
Santuari ikan kelah
Memancing
Mandi tasik
Sesiapa berminat dan nak request for details, pm ye.
Thanks
|
|
|
|
|
|
|
| |
|