Masih ingat kejadian pewangi semburan rumah yang tersekat di lubang dubur seorang lelaki tidak lama dahulu? Kini satu lagi kejadian hampir sama berlaku di Thailand.
Kredit foto: Carian Google
Seperti dilaporkan akhbar The Thaiger, wanita berusia 51 tahun dikejarkan ke hospital Bangkok apabila mengadu sakit di bahagian kemaluannya.
Setibanya di wad kecemasan, pihak hospital terkejut apabila mendapati sebiji timun tersekat di bahagian alat sulit wanita itu yang dipercayai menjadi punca kepada rasa sakitnya.
Kredit foto: The Thaiger
Wanita itu memberitahu kakitangan perubatan bahawa beliau terjatuh di rumahnya dan sebiji timun kebetulan berada di tempat dia terjatuh dan tersekat di dalam kemaluannya.
Walaupun wanita berkenaan menegaskan bahawa kejadian itu adalah satu kemalangan, pemberita Thai TV mengatakan bahawa pihak hospital tidak mempercayai penjelasannya.
Kredit foto: Carian Google
Bagaimanapun, mereka berjaya membantu mengeluarkan buah timun yang tersekat dan menyakitkan wanita itu.
Untuk menjaga privasi wanita tersebut, akhbar dan portal berita tidak dibenarkan menyebarkan nama pesakit dan hospital terbabit. Pihak hospital menasihati wanita itu agar lebih berhati-hati dengan objek timun di lain hari agar tragedi sama tidak berulang. - CARI |